Nuffnang Ads

Wednesday, December 7, 2016

Bila Bayi Selsema...

Apa perlu buat?
Macam mana nak uruskan?
Kenapa bayi asyik menangis?
Sampai bila?
Apa ubatnya?
Siapa boleh tolong ubatkan?
Kenapa anak saya selsema?
Membahayakan ke?

Macam-macam dalam pemikiran ibu dan ayah bila bayi sekecil 5 bulan meleleh hidungnya dengan hingus. Belum dicampur lagi dengan hidungnya yang tersumbat menyebabkan ketidakselesaan. Malam-malam meragam dan tak boleh nak tidur. Sepanjang masa bersin dan nak minum susu pun merengek-rengek. Allahuakbar... Waktu ni ibu dan ayah perlu banyak sangat bersabar dan berzikir. Memang menguji kesabaran dan kekuatan mental fizikal.

Waktu bayi selsema dia akan kerap melekap pada badan kita. Dan dia takkan rasa selesa nak berbaring mungkin sebab mengganggu pernafasannya. Yang paling mengelirukan, kalau air-cond dan kipas dipasang kuat, selsema akan menjadi-jadi, tapi, bila diperlahankan, peluh pula yang menjadi-jadi sampai kuyup. Ye, itulah dugaan yang semua ibu dan ayah hadapi dalam proses membesarkan anak masing-masing.

Baru-baru ni, Juah ada dijangkiti selsema. Tak tau mana silapnya. Banyak persoalan dalam kepala I apa sebabnya anak I meleleh hingusnya. Sampai serabut kepala I jadinya hahaha. Sebenarnya memang ada banyak kemungkinan yang I tak nafikan. Antara penyebab kejadian selsema menyerang Juah ialah :
  • Mandi terlalu lama - Ibu kan bahagia tengok anak-anak bahagia. Apa lagi, bila dia tepuk-tepuk air tu konon macam anak happy la. Air walaupun suam, tapi tempoh lama untuk Juah mungkin dia tak tahan T___T
  • Tidur dalam Air-cond - rumah batu, siang sejuk malam panas. Bilik pulak kecik, kipas tak center bilik betul-betul. Apa lagi, malam-malam on kan air-cond untuk keselesaan seisi keluarga tidur. Memang nyenyak tidur si kenit ni dalam air-cond. Juah tak suke berpanas-panas. Tapi, Juah baby lagi... dia tak tahan air-cond tu... T___T
  • Habuk sana sini. Dalam rumah, luar rumah, dalam bilik. Ditambah ada construction depan rumah. Memang lagi berhabuk lah jawabnya... T___T
Walaubagaimanapun, ni semua adalah penyebab saja dan takkan boleh berlaku tanpa keizinan Allah. Allah nak menguji kami dengan diturunkan ujian melalui Juah. In shaa Allah, kami akan berusaha sekuat hati kami untuk mengembalikan kesihatan si kecik kepada seperti sediakala. Selebihnya, tawakal kepada Allah, agar diizinkanNya Juah sembuh sebagaimana Allah izinkan selsema ni datang kepada Juah.. Antara langkah yang telah kami ambil dalam rawatan kepada Juah ialah :
  • Hirisan bawang - pertama sekali, I hiris bawang dan letak di sudut ruang tamu dan bilik tidur kami. Memang bau macam teruk sikit. Kena tahan lah ye. Sampai dah kecut bawang-bawang tu boleh diganti dengan bawang lain pulak.
  • Sterimar - benda paling penting untuk ada bila ada baby. Sebelum minum susu, elok spray Sterimar ni supaya bila hingus mencair baby akan telan dan lendir akan keluar melalui najisnya. In shaa Allah Sterima ni selamat sebab ianya hanya air garam. Bukan ubatan.
Muncung tu memang memuat je masuk hidung baby
Gambar dari Google

  • Nasal respirator - benda penting jugak selepas Sterimar. Kenapa I kata selepas, kalau takde nasal respirator boleh sedut melalui mulut saja hingus yang meleleh tu.. I pakai respirator ni sebab I tak tau sedut guna mulut hehehe. Yang I pakai brand Pigeon. Mudah sangat.
Beli yang macam ni... senang nak sedut
Gambar dari Google

  • Minyak bawang putih - Cara buat senang je, cucuk bawang putih atas dapur, bakarkan sedikit dan kemudian lenyekkan. Kemudian I campurkan dengan minyak kelapa. Boleh juga baby oil biasa atau minyak masak. I pilih minyak kelapa memandangkan kulit Juah macam sensitif takut baby oil tu macam panas. Sapukan je bila-bila masa terutama lepas mandi.
  • Bawang putih di kaki - jangan letak direct ye takut kulit baby tak tahan. I lapiskan booties baby tu. Memang ada kes kaki baby melepuh. Kesian sangat...
  • Vicks untuk baby - kalau dekat farmasi Guardian atau Watson atau kedai-kedai biasa ada je jual Vicks untuk baby tapi harganya sedikit mahal berbanding harga Vicks biasa. Sapukan dekat dada baby kalau takde minyak bawang putih. 
Jangan sapu di hidung baby ye...
Gambar dari Google

Kali pertama Juah kena selsema memang I buat semua cara diatas dan selsema terus kering dalam masa 3 hari. Seminggu selepas tu, Juah diserang selsema lagi kali ni berserta dengan batuk. I buat macam cara diatas jugak. Kali ni, lama sikit Juah batuk dan selsema dalam seminggu lebih jugak. Setiap hari banyak kali jugak kami sedut hingusnya. Sekarang baru nampak ok. Memang baby kecik tak tahan cuaca sejuk, lepas tak hujan beberapa hari, Juah nampak sihat. Alhamdulillah, hanya batuk saja, takde demam langsung. Dan good news, Juah dah start makan! Yeayyyyy!~ Nanti I akan ceritakan pengalaman Jeah dengan solid food pertamanya pulak ye :)