Taknak sedih-sedih lagi... Jaga iman, jaga makan, jaga hati, jaga kolesterol dan pelihara jiwa |
Wednesday, November 25, 2015
Monday, November 23, 2015
Cara Menjimatkan Storage iPhone
Sebenarnya I yang baru tau hal ni. Mungkin pengguna iPhone lain dah tau. Tapi I cuma nak berkongsikan saja pengetahuan baru yang I belajar malam tadi masa tengah layan mata nak tidur. Alhamdulillah dapat pelajaran baru. Biar lambat asal selamat, ye dak? Hehehehe
Selama ni I sebagai pengguna iPhone memang rasa malas sangat nak delete dekat camera roll yang gambar beribu tu. Ditambah lagi dengan Whatsapp group je dah berbelas, yang aktif tu yang selalu ada macam-macam gambar dan video dihantarnya. Kita kan semuanya memang bersifat ingin tahu, semuanya kita download. Kadang tu ada rakan meniaga lah, info terkini lah dan gambar terbaru. Gambar dalam camera roll I dah mencecah sampai 3k.
Adoi, lepas download gambar semua tu rasa malas nak delete satu-satu. Ditambah pulak download hari-hari. Macam-macam gambar ada..... Memori pulak tak besar. Budget ciput, beli yang paling rendah hihihi. Apa pun, jom lah kita belajar cara menjimatkan storage. Semoga bermanfaat kepada semua.
LANGKAH 2 : Click pada CHATS. Kemudian, disable terus button 'Save Incoming Media'
LANGKAH 3 : Kalau rasa berminat nak save mana-mana media yang kita terima melalui Whatsapp, boleh SAVE terus dari gambar tersebut seperti contoh ye.
Gambar dari group Sultan Kacak :D |
Syukurrrrr! Lepas ni taklah tercabut jari nak delete pelbagai jenis gambar yang kebanyakannya takde kena mengena dengan life kita. Senang kan? Selamat mencuba!
Wednesday, November 11, 2015
WW : Takziah
Ditujukan khas buat Allahyarham En.Ahmad Hasbullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 November 2015 |
Diari PCOS : 05
Kekecewaan akibat belum dapat menurunkan berat badan masih tebal. Teruk sangat naik berat I kali ni. Tak tau lah nak kata kesan dari pengambilan Duphaston ke sebab tak exercise ke sebab stress melampau ke. Yeah, kali ni I nak ceritakan betapa payahnya I nak menurunkan berat badan yang dah bagai dipam-pam ni. Susah gila, baju banyak sendat, kain banyak tetas. Tengok orang lain sukses menurunkan berat mulalah hati rasa cemburu. Sedangkan nafsu makan membuak.
Salah satu masalah pada penghidap PCOS ialah berat badan berlebihan dan 'craving for sweets' bak kata omputih. Ini lah masalah yang I hadapi sekarang. Paling I terkejut ialah, bacaan gula dalam darah I mencecah 7 walaupun belum makan pagi. Perghhhhh! Kau rasa? Ye, disebabkan inilah I kena betul-betul motivate diri untuk kembali ke berat asal sebelum kahwin.
I ada dibekalkan dengan Metformin untuk makan 2 kali sehari. Menurut dietitian dan pakar yang merawat I, sedikit sebanyak Metformin akan membantu dalam menurunkan berat badan. Di bawah adalah post I mengenai kesan-kesan Metformin yang I dapat sepanjang I makan Metformin.
Faktor jerebu dan pengangkutan menjadi penghalang untuk I meneruskan aktiviti fizikal. Selain daripada kaki memang dah tak kuat, ketiga faktor yang I sebut memainkan peranan penting dalam sukarnya untuk I beraktiviti. Ye, kekangan masa juga membataskan I. Kami berdua masih meneruskan perniagaan. Yang paling menyedihkan, selagi BMI di atas paras 'obese' doktor takkan memberi apa-apa jua jenis rawatan kesuburan kerana risiko yang bakal I hadapi sekiranya diteruskan.
Ada betulnya, I memang jenis membuak naik berat badan kalau makan Clomid. Selera dan nafsu makan bagaikan juara sangat. Pukul keliling kalau pegi makan buffet. Risiko itulah yang membuatkan lambat urusan TTC pada kali ini. I dimestikan menurunkan berat badan sebanyak 30kg. Kalau bolehlah! Kalau tak boleh, dapat turun 10% dari berat sekarang pun ok.
Frust betul tengok number dekat atas ni... |
Yeah, I'm struggling now. Bukan senang nak turun, dengan keadaan suami pandai masak, dikelilingi dengan makanan sedap-sedap, restoran tumbuh macam cendawan selepas hujan dan kawan-kawan yang meniaga brownies, kek, puding dan lain-lain lagi. Pendek kata, ish, memang susah gila beb. Nak nanges pun ada jugak ni. Tapi, usaha kena diteruskan juga.
I dah mula ber'Zumba' balik. Ada port yang best dah sekarang. Thank you my cuzzie, sebab bawak I dekat tempat yang menarik dan ada geng sikit. Biasanya I sorang-sorang je. Memang best aerobik dekat KOMBES, cuma, almaklumlah musim hujan. Tempatnya open. Tak sesuai untuk musim tengkujuh macam sekarang. Alhamdulillah, tempat baru ni I akan cuba konsisten. Bersama-sama diet yang seimbang. Kemungkinan I akan teruskan semula diet sebelum ni.
In shaa Allah.... Ameen....
Wednesday, November 4, 2015
Sisi Buruk 'Social Network'
Kritikal. Membimbangkan. Itulah dua perkataan yang menerangkan mengenai keburukan social networking. Walaupun terdapat banyak lagi kebaikan mengenainya, namun, fokus utama pada hari ini ialah membincangkan mengenai kepincangan yang diakibatkan oleh obsesi terlampau terhadap social network. Sedikit sebanyak terkesan kepada individu, keluarga, masyarakat malahan seluruh dunia. Perhubungan yang semakin meluas menjadikan social network semakin popular di kalangan kita semua. Tiada lagi rakan pena, penghantaran telegram dan kad ucapan perayaan.
Sebagai salah seorang insan yang mengamalkan kehidupan normal seperti insan lain, tidak pernah terlepas pegangan telefon bimbit dari tangan, melayan segala macam aplikasi yang tersedia. Lupa, alpa, dengan semua hal kehidupan yang realiti. Lupa siapa diri sendiri, apa status, waktu makan dan tidur serta kurangnya masa bersama keluarga. Inilah yang dikatakan sisi buruk di dalam social network yang melanda semua manusia kebelakangan ini. Hebat sungguh penangan social network dalam kehidupan seharian kita.
Kerana mulut badan binasa, sudah tidak lagi relevan kerana ketepatan penggunaan 'kerana jari badan binasa' lebih menunjukkan kaitannya di zaman serba canggih ini. Seorang individu boleh menjadi popular hanya dengan satu klik butang 'share' di Facebook, sebuah keluarga boleh pincang hanya dengan satu perbualan di dalam Whatsapp dan sebuah negara boleh diancam bahaya dengan hanya status di Twitter. Kerana jari yang berperanan meluahkan apa saja yang difikirkan oleh otak. Kelahiran keyboard warrior semakin memuncak setiap hari. Tidak kira umur, pangkat, jantina serta kaum dan agama, semuanya petah ketika membahaskan pendapat masing-masing di dalam apa jua topik tanpa mengira sensitiviti. Kecewa dengan keadaan begini dimana kanak-kanak di bawah umur juga semakin ghairah dengan aplikasi telefon pintar dan berlumba-lumba menjadi yang terhebat. Apa jua jenis pelajaran mudah didapati di hujung jari sahaja. Mudah, cemerlang dalam pelajaran, dihadiahkan telefon pintar. Nilai kasih sayang diukur dengan kejujuran di dalam kata-kata yang diluahkan hanya di dalam 'moment' di WeChat.
Nilai kekeluargaan juga berkurang. Bukan kerana segala ucapan hanya diungkapkan di dalam Facebook, tetapi, suasana rumah menjadi senyap sunyi dengan adanya hubungan secara maya di talian. Dulu, bebelan ibu yang kita takutkan, rotan ayah yang kita gerunkan. Sekarang, tiada lagi bebelan ibu, hanya ketikan keyboard yang mengguruh. Anak-anak kecil yang sering merengek pula disajikan dengan video-video di YouTube untuk membiarkan mereka leka. Kesannya, segala perkara boleh dipelajari melalui Facebook, YouTube, Instagram dan hanya perlu Google sahaja. Di samping itu di hari-hari perayaan, akan penuhlah gambar di dalam Facebook dan Instagram. Di rumah, riuhnya hanya seketika, ketika bergambar. Selepas itu, hanya senyap sunyi semuanya menghadap ke arah smartphone masing-masing. Ini biasa terjadi, sangat biasa dan telah menjadi kelaziman tanpa segan silu, sambil berbual, telefon di tangan.
Tidak dinafikan, social networking telah berjaya merapatkan ukhwah sesama insan. Yang jauh telah berjaya didekatkan dan yang terpisah berjaya ditemukan semula. Tak percaya..? Sila periksa Whatsapp group di smartphone masing-masing. Semuanya, rakan sekolah rendah yang lama terpisah, rakan sekolah menengah yang dulu sama-sama nakal, rakan universiti yang banyak menyimpan rahsia kita dan persatuan-persatuan. Ukhwah yang terbina diharap membawa kebaikan kepada semua, bukan membawa kecelakaan. Kenapa dikatakan kecelakaan, disinilah kekasih lama bertemu semula dan disini jugalah segala persoalan dan permasalahan dikongsi bersama orang luar dari keluarga kita. Ini yang kita sangat takutkan, kepincangan sesebuah keluarga. Sepasang suami atau isteri boleh bermasam muka dan seorang anak boleh lari dari rumah hanya kerana ingin mengikut kawan. Perkenalan di dalam laman seperti Tagged juga menimbulkan keburukan sekiranya tersalah langkah. Tak semua orang yang perangainya seindah gambar yang dimuatnaik ke dalam lamannya.
Bukan semua adalah social network menghamburkan keburukan, terdapat juga kebaikan di dalamnya. Akan tetapi, keburukan ini lebih menakutkan kita daripada kebaikan yang kita terima daripadanya. Anak-anak kecil perlu diberi perhatian sepenuhnya dengan penggunaan smartphone. Kita pasti tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada ahli keluarga kita. Apa yang dapat kita lakukan hanyalah pemantauan yang sangat ketat. Tak mungkin ianya dapat dibendung kerana penggunaan yang meluas di serata dunia. Cuma, jangan biarkan diri kita diselubungi rasa bersalah sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada orang-orang yang kita sayang....

Subscribe to:
Posts (Atom)