Akhirnya... Setelah sekian lama I menolak diet ini, kehadiran kawan-kawan yang dah terbukti kurus menjadi penguat semangat. Ditambah dengan rakan-rakan seangkatan TTC dalam support group semuanya berjaya dalam perjuangan dengan Diet Atkins. I cuma sedih sebab I tak boleh tinggalkan Milo Ais kegemaran I. Dah seminggu, berjaya jugak I tinggalkan minuman kegemaran I. Alhamdulillah.
Yerp, I buat Diet Atkins. At last! Setelah didorong oleh seseorang. Seseorang yang masakkan untuk I, yang kejut I bangun, yang picitkan kepala bila I pening sebab tak makan. Hehehehehe. I pun dapat kekuatan sebab masa I ber'medical leave' macam tak ada nak buat apa sangat dekat rumah. Buat research lebih kurang dan terus dapat ilham. Why not, cuba waktu dekat rumah. Kalau sakit pening permulaan, boleh tidur je dekat rumah. Compared to, kalau dah masuk office. Susah nak ngelat. And that's it! I dah genap 7 hari mengamalkan Diet Atkins.
Dekat sini I bukan nak bagi tips macam otai-otai Diet Atkins ini tapi nak berkongsi apa yang I rasa dan pengalaman I yang baru seminggu berdiet ni. Honestly, dekat rumah I takde weighing scale (and I better get one) cuma dekat rumah Mama yang ada. Jadi I tak tau berapa penurunan sampai ke hari ini. Cuma selepas 3 hari, I ke rumah Mama dan timbang, berkurang sebanyak 2 kg. Yay! Dan honestly lagi sekali, I memang ada makan cupcakes dan nasi. Sebabnya? Baca sampai habis ye :)
First of all, untuk semua rakan seperjuangan yang kerap sakit kepala kalau kurang makan atau makan lambat, meh sep sikit. I pun sama je... Sebab tu I refused nak buat Diet Atkins mula-mula dulu. Sebab tu, sebelum nak mula, I banyak gather information untuk memudahkan I kalau I dapat komplikasi apa-apa. Dan untuk kawan-kawan, I dedikasikan post ini untuk u ols. Ini ialah ketosis yang I alami :
PENING KEPALA - Sakit teramat sangat, macam nak hantuk kepala dekat dinding. Sumpah! Selama 2 hari setengah I suffer sangat. Jadi tak tentu arah. Sayang ada je dekat rumah siaplah I mintak tolong dia picitkan. I tidur sepanjang 3 hari. Nak tengok cahaya terang pun tak mampu.
LOYA - Of course, bila pening memang loya semacam. Perut masuk angin orang kata. Dah biasa makan nasi sekali ditinggalkan begitu saja. Hehehe. I bukan tak makan pun, makan sehari mau dekat 7 ke 8 kali hahaha lapor wey! Dada pun rasa pedih je. Gas muntah tu nak lalu pastu patah balik ke bawah haha. I telan sebijik cupcake, lagi rasa nak muntah! Pastu menyesal...
MENGANTUK - Mungkin disebabkan pening kepala. Mungkin disebabkan takde gula. Mungkin juga disebabkan I seorang insan yang kuat tidur. Errmm, rasanyalah. Mengantuk sepanjang zaman, orang kata. Bangun dah lambat, kesiangan gitu, tidur nak awal je. Macam tak cukup, macam tak puas.
MULUT KERING - Macam ada vacuum. Disedut semua air dalam mulut. Jadi kering dan pedih rasa mulut. Itu yang rasa nak minum air dengan banyak. Solution, jangan minum air sejuk sangat nanti sakit pulak tekak. Banyak gila stok air suam dekat dapur, jarang-jarang berlaku. I haus sangat. Nak minum lagi dan lagi dan lagi.
LEMAH GEMALAI - Nak kata kebuluran, tak lah kebuluran pun. Makan kemain hebat jugak lagi. Tapi yang lemah gemalai macam penari tradisional tu tah kenapa lah agaknya. Macam nak pengsan jugak. Mata berpinau. Kalau boleh masa ni jangan keluar rumah ke bawak kenderaan ke nanti accident susah.
DISCHARGE - Ok ini khusus untuk kaum wanita. I mengalami perkara ni dan I sangat takut. Bila buang air kecil je berketul-ketul keputihan dalam mangkuk jamban. Serammm. Kamonnn, takkan tak seram kan bila tak pernah-pernah ada discharge sedemikian rupa sekali muncul dengan banyak. Bagi gegerl, perkara ni penting dan merupakan tanda penyakit. I ada baca tanda-tanda ketosis dalam blog-blog berkenaan pengalaman Diet Atkins. Ianya normal. Solution, jangan panik. Hanya 5 hari saja I mengalami. Lepas tu clear macam biasa. In shaa Allah....
Alhamdulillah. Berjaya I atasi masalah I yang pertama ini. Masa nak mulakan Diet Atkins, pening kepala lah perkara yang I paling takuti barulah diikuti dengan rasa lapar. I berjaya atasinya, walaupun mengambil masa selama 2 hari setengah. I berjaya menjadi seorang 'silent reader' yang menggodek file yang dilampirkan di dalam Kelab Diet Atkins Malaysia di Facebook. Seronok gila I baca semua tu. Setiap hari baca sikit-sikit. Lagi berkobar tengok diorang post gambar. I want to be one of them.
Dan kalau Kelab Diet Atkins Malaysia ialah buku teks, blog bicikut.blogspot.com adalah buku rujukan I. Jangan malas, kalau nak berjaya. Itu je. Kalau siapa pernah baca blog I dari awalnya, bukan tak tau kaedah-kaedah I nak kurus ni pelbagai sangat. Apa je yang I tak cuba. Dari berZumba sampai ke sapu losyen kurus tu hihihi.
Will update more on my progress soon. I makan tak extreme pun. Cuma ayam goreng. Tapi, I akan sedaya upaya share cara pemakanan I nanti untuk peminat-peminat I yang tersayang hahahaha puiiiii! Bagilah mak nak perasan happy sikit....
I read something good yesterday, orang yang mengamalkan Diet Atkins ni happy semacam. Hati berbunga-bunga indah riang semualah. I have to admit it. Walaupun kerja serabut dekat office, kena buat 2 persaraan, tapi semaknya tu sekejap je. Hehehehe. Try lah u ols... Tapi jangan lupa, sertakan doa dan niat pada Allah. Setiap kali nak makan tu niat nak turun berat badan sebab apa kerana Allah...
Nanti sembang lagi k... Semenjak dua menjak ni, banyak pulak idea :)
Nak kurus cenggini balik... or even smaller :) #throwback Hari Pernikahan |
You turun 2 kg dalam 3 hari? Boleh tak share menu and tips yang you buat sepanjang atkins?
ReplyDeletei xmakan apa-apa yg pelik.. pagi scrambled eggs, tghari ayam goreng/ikan goreng dalam 2 ketul, malam telur dadar kdg2 sup ayam... lepas tu in between meals tu mkn telur rebus je... i byk gile minum air masak sebab i pergi Zumba... pagi2 i ada minum green tea utk pembuangan yg senang hehehehe lgpun i xmakan sayur.. tu je i buat
Deletei makan nasi utk rasa je dalam 2 sudu lepas tu sebijik cupcake yg kecik masa hari ke-7 :D fuhhhhhh!
alamak seram pulak. ai baru nak belajar mencuba. belajar mencuba.. belum mencuba.. kihkihkih... takut side effect la pulak mcm sakit paa tu
ReplyDeleteserius... yg pening kepala tu i paling tak boleh nak tolerate. mmg gegila btul hehehe. sbb tu i cuba buat masa i x keje nnt lg sakit :D
DeleteAkak pon baru mulakn diet ni ..tu pon lps kena lecture dgn doktor sebab darah naik melambung...mmg awl ni amt seksa tp tpksa buat jugk mudh2an berjaya ye dik
ReplyDeleteAkak pon baru mulakn diet ni ..tu pon lps kena lecture dgn doktor sebab darah naik melambung...mmg awl ni amt seksa tp tpksa buat jugk mudh2an berjaya ye dik
ReplyDeleteSy dh 7 hari berdiet atkin. Turun 5kg.rasa ringan badan n asma pun dh tak menyerang lagi. Heheh alhamdulillah.
ReplyDeletePening kepala ni memang lazim ye akak untuk permulaan diet atkins? Sebab saya baru start diet atkins. Baru 2 hari. Sakit kepala ya amat. Saya takut belanjutan sampak seminggu. Atau 2-3 hari sahaja sakit kepala. Saya dh minum 3litre air sehari.
ReplyDeleteSy bru buat smggu dari ..strt dr berat 77.8 kg.. Sekarang hr ketujuh timbang pg tadi 75.1....dan betul pening kepala sangat2 . Dr hr kedua sampai hr ketujuh ni.... Moga Mampu bertahan lg seminggu.. Haha...
ReplyDeleteterbaik
ReplyDelete8CENT.COM : MEMBELI BELAH DENGAN MUDAH
ReplyDeleteSebagaimana kita tahu pada zaman kemodenan ini pelbagai teknologi telah memudahkan urusan seharian kita.
Antara teknologi yang sedang hangat pada hari ini adalah perniagaan atas talian, dimana segala urusan jual beli hanya atas talian. Tidak perlu lagi untuk kita bersusah payah membeli barang keperluan kita dengan menaiki kereta menuju ke kedai yang jauh.
Sepertimana kita tahu pada hari ini ramai diantara masyarakat malaysia yang menceburi bidang perniagaan atas talian. Walaubagaimanapun rakyat malaysia mempunyai semangat yang tinggi untuk mencuba berniaga secara atas talian. Hari demi hari kita dikhabarkan oleh pihak media dimana adanya laman web untuk jual beli barang keperluan seharian. Salah satu laman web perniagaan yang terkenal adalah mudah.my, kemudian wujud yang lain seperti lazada dan shoppee.
Setelah kewujudan laman web perniagaan tersebut, muncul satu lagi laman web perniagaan atas talian yang bernama “8 Cent Malaysia Sdn Bhd” dimana ianya menjual pelbagai barang keperluan seharian dan sesuai bagi semua peringkat umur di laman web www.8cent.com .
Menariknya tentang laman web 8cent Sdn Bhd ini adalah mudah difahami struktur laman web dan mudah digunakan untuk membeli barang keperluan seharian.
Selain itu laman web perniagaan atas talian 8Cent Malaysia Sdn Bhd juga kerap juga mengadakan jualan murah sebanyak 50%, 80% dan tidak ada bayaran cukai barang. Berbanding dengan laman web perniagaan lain hanya mengadakan promosi atau jualan murah pada hari tertentu dan menetapkan beberapa peratus cukai barang. Seterusnya laman web perniagaan 8 Cent Sdn Bhd juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan.
Akhir sekali, kita sebagai pelanggan haruslah mengutamakan aspek berjimat cermat dalam perbelanjaan. Tidak semua kedai harga sama atau mahal, jika kita bijak membuat pilihan sudah tentu ianya memberikan kepuasan dan keuntungan pada diri kita.
Untuk keterangan lanjut, layari
---->> https://www.8cent.com <<------
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ReplyDeleteWhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
Telephone..Number:[+60]1123759663
email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
[[[[di atas adalah data peribadi saya]]]]]
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]