Nuffnang Ads

Wednesday, July 17, 2013

Kahwin Oh Yeah : Tudung Nikah Dan Sanding

Pening. Sebab faktor muka dan tona kulit. Dengan muka yang lebar kulit yang agak 'mendung' ni memang susah nak cari pattern tudung yang sesuai untuk majlis nanti. Dedua lah nikah dan sanding. Hampir buntu sebab otak dah tepu. Cuba jugak nak cari tudung yang sesuai tapi belum jumpa lagi lah.. Nak buat dan pakai yang pattern macam mana pun belum decide lagi. Kain dah nak dibeli hujung bulan ni.. Serius buntu...

I bukan jenis yang pakai shawl selalu. Memang ke office akan sarung Fareeda ataupun tudung Syria dan Bawal biasa. Tak reti melilit semua ni. Mungkin I lasak, last sekali tudung tu akan jadi messy gila. Sebab tu I selesa dengan tudung Syria. Senang sarung gitu je. Tapi untuk majlis perkahwinan? Blurrrrrr~

Ada jugak a few pages yang I jumpa dekat FB ada tukang jahit beads untuk tudung. Affordable punya harga jugak diorang bagi. Tapi jauh-jauh jugak. Yang paling dekat ialah Rerama Dzein Studio yang beroperasi di Seremban sahaja dan sangat dekat dengan I. Cantik-cantik buatan akak ni. Teringin nak tempah dekat dia. Kena tunggu lepas raya sebab sekarang dia busy dengan tempahan untuk raya. Dalam kepala otak memang nak hantar baju nikah untuk akak ni jahitkan beads dan patch lace dan ape lagi I tak tau... Reti sebut je ni. Kalau salah tolong maafkan.

Kak Niza... tolong jahitkan baju Wanie.....!
Dapat camni pun dah ok sangat-sangat untuk baju I.
Ada satu page ni memang mencuri hati I sangat-sangatlah. Hasil dari FBwalking jumpa jugak page yang memuaskan hati. Tapi tersangat lah jauhnya Koleksi Tudung Annur dan Azraveila ni... Dekat Sarawak yow! Baru la I tau ade anak tudung chiffon ikat. Ala macam ikat bandana dekat kepala tu. Cantik-cantik semuanya. Kalau KL atau PJ memang I gagahkan jugak pergi try yang ready stock dia. Nak adjust muka ok ke tak dengan tudung dan shawl yang macam tu.

Ha ni lah dia!
Macam ni pun ok kan..
Last sekali, page Art of Dazzling Beads ni. Nampak sempoi sangat tapi takde gambar-gambar testimoni dari customer. Cuma ada gambar tudung je. I nak tengok kalau tudung tu dah dipakai dekat kepala. Baru puas hati. Tapi tengok dari komen tu semua nampak customer semua puas hati. Hurmmmm akan dipertimbangkan. Online punya transaction kena redah dan redha ye kawan-kawan.

Cantik jugak kan kan kan
Sebagai tambahan, kalau ada yang cari-cari tukang buat baju a.k.a tailor a.k.a dressmaker bolehlah jenguk dekat page Dina Asfur Dressmaker yang sangat cantik-cantik bajunya. Ni untuk kes yang nak custom made baju la kalau takmo sewa-sewa kan. Puas hati I tengok baju-baju yang tailor ni jahitkan. How I wish I can sew my own thang! Masa ni mulalah menyesal tak reti nak menjahit langsung. Its too late, Samani, too late. You were born to be a government servant, not a dressmaker. *just talking to myself* U all tengoklah sendiri hasilnya dekat link atas tu. Macam tak puas tengok gambar rasa nak pegi jumpa tailor tu sendiri!

Cantik & simple!
Caption sama : cantik & simple :D
sebab baju pun pattern sama....
Baru I perasan... Dedua baju yg I paste dekat atas ni sama je kain dia kan yang kedut-kedut. Eh, memang taste camtu lahhhh. Bawah ni antara tudung yang I tengah berkira-kira nak buat yang camne. Please lah, siapa yang muka tembam macam I silalah bagi suggestion :'(( 

Lace semuanya, dan putih suci :) Love it!
Macam ni pun suka jugak.. Lawanya Irma Hasmie ni
Kalau ikut SiDia nak suruh camni.. ok ke?
Mungkin muka bam bam macam I sesuai kot tudung camni
Yes yes yes yes yes.
Owwwhhh, sungguh pening tahap tak boleh bukak mata. Bukak je mata tengok tudung pengantin nanti nak muntah. Yang gambar bawah sekali ni ok kan? Tapi I kena pilih 2 jenis ok. Lagi satu nak yang camne plak??



No comments:

Post a Comment