Nuffnang Ads

Thursday, July 25, 2013

Kahwin Oh Yeah : Wedding Shoes

Boleh imagine ke kaki I size 40 ke 41 (depends on the cutting of the shoes) akan pakai kasut pengantin yang ala sweet gitu. Apatah lagi pakai kasut pattern peep toes, akan tersembul ke lemak-lemak kaki? Maklumlah kaki dengan badan seiring sama naik, sama besar. Kesian la, dah memang genetik kot.

Nak semua! Semua!
Masa Diana kawin hari tu sempat jugak tanye dia punye kasut size 8 tu. Rupanya custom made, guna kain sendiri. Dek nak sama warna ngan baju pengantin. Kat situ I memang failed, sebab tak tanye berapa harga dan dekat mana. Confirm mahal. Another option, cari sendiri designer's brand. Tapi dengan harga mahal. Di samping tu, cari jugak kasut ready made yang agak-agak boleh muat kaki tembam.
Kenapa tah suka heels yang peep toes ankle strap ni.
First, kena match dengan baju dulu. Baju nikah warna apa. Baju sanding *ni yang penting sebenarnya, nikah tak pakai kasut dalam rumah* warna apa dan pattern apa. Kalau boleh memang nak pakai kasut yang disediakan oleh butik, risau tak muat, tak selesa dan pelbagai alasan lagi walhal benda tu takde masalah :) Baju nikah dah confirm, cuma baju sanding dalam kategori Samar Bayangan lagi hehehe. Yang pasti memang putih. Just cut it short, I'll go and find white bridal shoes that suits me well for my wedding. 
For my sanding I want this :)
Too much pink? Where is the peach in those pink-peach color?
This is much better :)
Second, bentuk kasut macam mana orang tembam sesuai pakai? Hajat hati memang peep toes yang nampak comel tu. I pernah cuba kasut macam ni sebenarnya tak sesuai dengan keadaan kaki yang lebar. Adakah stiletto yang runcing atau cone heel baru I muat? Peningnya kepala... These are the shoes that had caught my attention and they are so gorgeous, includes, Kate's shoes and Bella Swan's. I think Kate's can fit me.. Berangan atau cuba sedapkan hati sendiri ni? Pakai flat shoes pun ok kot?!

Cari kasut macam Kate Middleton ni best gak. Simple.
Kasut Bella Swan of Twilight ni mesti gatal-gatal tepi kaki nanti sebab kerawang tu.
Baik pakai ni kan.
Love those flats!
Thirdly, where to get those shoes? Specifically, the pretty one, and comfortable. Cari punya cari jumpalah kasut kahwin cantik-cantik di Christy Ng yang berlokasi di Damansara Uptown sahaja. Harga.. Ermmm, kasut design sendiri pun namanya. So, sesiapa yang berkaki macam I bolehlah cuba click ke website Christy Ng ye. Ada juga kasut yang dijual dengan reasonable price tapi kasut gemok memang, tak murah kot. Sedih. I've Googled again and I found Jumie Samsudin's Blog that mentioned about Payless Shoesource. Paling kelakor bila dia sebut 'wanita agam' hihi tak pernah terfikir dalam kepala otak selama ni. Same goes to Rabiatul Adawiyah's Blog yang sebut pasal kasut best di Payless. I pernah ke Payless di Melaka. OMG! Gila beli belah kasut u! Dekat situ jugak I jumpa kasut untuk dinner JKR dan kasut untuk ke pejabat. Puas hati. Harga? Way much cheaper and the quality is superb compared to Vincci. Yang cepat crack tu, mungkin tak dapat tampung berat tak ideal I. Sama juga Nose. Harga boleh tahan, quality ok sikit je dari Vincci. Sepanjang pengetahuan I, ada beberapa outlet Payless di Malaysia iaitu Mahkota Parade Melaka, Paradigm Mall Kelana Jaya, 1st Avenue Penang dan Sunway Pyramid. Dah simpan angan-angan, selesai aje beli kain untuk baju nikah terus I akan spend untuk kasut bersanding di Payless

Picture courtesy of  Rabiatul Adawiyah's Blog
Sangat pening menjadi Sazwani. Dari atas sampai bawah nak kena fikir secara kritikal dan mendalam. Apakan daya, it runs in my blood, Mama pun begini. Ohhh, teringin sangat nak menjadi seorang yang simple. Boleh ditolak kekiri, kekanan, depan dan belakang. Nope, u can't do that to me.

Salah satu wishlist, nak memiliki semua jenis kasut perempuan yang cantik-cantik dan ada gudang kasut sendiri. Taknak kalah, ingat u siapa, Kim Kardashian? Dahsyat woi dia, pregnant pun pakai kasut stylo mylo. Dan I wish sangat I boleh fit in semua jenis kasut. Sebab ni lah kaki I besar, nanti lupa diri. Hee~

Dia ni gila, sama macam I hehehe. Bak pinjam kasut u la kak.

p.s. kesemua gambar di atas ialah diambil dari Google dan website berkenaan semata-mata. Bukan segar dari I.



7 comments:

  1. Hi Waniesekuntum, hehehe. baru perasan blog post awak ni. dari tahun 2013 ya. whishlist kasut pengantin berjaya tak?

    -ruby.my-

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjaya! Payless sangat membantu hehehehehe

      Delete
    2. kak. payless kat paragidm mall dgn sunway dah ttup ke? saya pegi sunway takde pn 😭😭😭😭

      Delete
    3. kak. payless kat paragidm mall dgn sunway dah ttup ke? saya pegi sunway takde pn 😭😭😭😭

      Delete
  2. Saya ada sale untuk kasut pengantin , kasut baru tak diguna langsung .berminat boleh terus pm saya 0189742297 -miss nabila-

    ReplyDelete