Nuffnang Ads

Friday, July 24, 2015

#kyonuin

Sebenarnya, entri ini ialah throwback. Terlupa sangat-sangat nak hapdet pasal majlis pernikahan Kyo dan Nuin. I love you, Nuin! Sorry, aku terlupa. Ini pun teringat sebab scroll dalam phone ternampak banyak gambar memori masa majlis tu. Allah! Nampak sangat dah tua I ni, pelupa tahap gergasi dah wey. Muahahaha.

The Pengantin :)
Alhamdulillah, we managed to reach Masjid Wilayah Persekutuan at 2.15 pm right before the ceremony started. Sebenarnya kami dari Rawang, menghadiri majlis persandingan Fayzal dan Haslina (entri KIV lagi le ni kan!) Hehehehe. Walaupun tersangkut jugak dekat traffic jam, sempat jugak la I bersalin pakaian, transformed dari hijau ke biru. Terkejut family yang dekat Rawang bila I haplod gambor dah baju lain. Magic beb, magic! Kehkehkeh.

Jengg! Team biru :D
Masuk je Masjid Wilayah terus masuk ke Wedding Hall tempat majlis akan berlangsung. Dari jauh dah nampak Kak CT, Reen, Eyna dengan baju saka kaler biru. Put datang kemudiannya. Antara kawan-kawan lain yang hadir ialah Kak Ejja, Yana Jenna, Ain dan Suzy. Ya Allah, bestnya dapat berlaga pipi u ols! Kategori mini gathering le kan. The ceremony went well. Kyo dan Nuin telah pun disatukan sebagai suami isteri. Cuma yang paling tak syok dekat Wedding Hall itu ialah, macam takde air-cond di dalamnya. I pernah masuk untuk wedding Zaila dulu, ok je semuanya dari lampu, air-cond, microphone semua. Harapnya, pihak pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan buat pemantauan ye dekat permasalahan ini.

I need to diet!
With : Kak Ejja - Ain - Put - Yana Jenna - Kak CT
and the kids :)
Dari kiri : Reen - Wanie - Kak Ejja & minions - Ain & baby - Yana Jenna - Put - Kak CT - Eyna & baby
Ok I suke pic ni... nampak la shape sikit muka... gambor lain barai!
Sesudah majlis akad nikah, geng KAMI terus buat photo shoot sendiri dekat masjid. Hehehehe haruslah kan. Bukan keKAMI je, sesuami pun sama naik perangainye. Nak jugak... Ok le kan, boleh layan kepala. Lepas dah penat sesi photo shoot barulah reti lapar memasing. Terus kami bertolak ke Restoran Zam Zam untuk majlis makan-makan. Sampai dekat Zam Zam pun bergambor aje lagi! Gila kamera memasing, what to do muahaha.

I love you!
Sesuami pun nak jugakkkk hahahaha
Sayang - Peruz - Abg Rockstar - Abg Bas
Anak-anak dara Kak Ejja. Cantik kan Elsa & Anna hehehehe

Oh my, panjang berjela entri nih! I have to cut it short, enjoy our pictures! Yang gegedik semua tu, ampunnnn banyak-banyak hihi.

Dekat tangga pun jadi!
Mini gathering HA.. Alhamdulillah
Kitorang, termasuk Kak Maz, Adar dan Suzy

Thursday, July 16, 2015

Menggamit Memori

Bukan main title macam lirik lagu ke filem cinta Melayu tah. Kalau ikutkan content kenalah ayat bunga-bunga sikit kan. Hahahaha. Sebenarnya nak menyatakan keseronokan dapat jumpa kawan-kawan lama je. Memang lama gila tak bersua muka. Bertahun jugak. Rindu jangan cakap. Dulu sepanjang hari, sepanjang malam, muka depa je. Sekarang.....

Ahad lepas, 12/7/2015 berjaya jugak Leez organize satu sesi berbuka puasa bersama-sama bebudak Segamat yang dikasihi. Walaupun tak ramai yang bagi kerjasama, I kisah apa! Hahahaha. Cukup je tu 2 table dan 8 orang termasuk Sayang. Ok what... berpuluh jugak orang like gambar kitorang. Kihkihkih. Oh ye, last minute plan works! Kalau plan awal-awal memang kacau sangat! Hahaha.

Dak-dak Segamat!
Paling best, makan tu dekat Murni Bukit Jalil. Lega tekak dapat makan Aglio Olio. Fuhhh! Selesa! Kalau ikut tekak ni dah lama air I Love You ke I Miss You ke menjadi mangsa kerakusan perut I. Tapi apakan daya, tak boleh nak minum. Milo Dinosour pun jadi! Hahaha. Eh sorry, ini tergamit memori dengan makanan. Niat hati nak cerita pasal kawan-kawan tadi kan. Ok sambung balik.

Yang ada malam tu, Leez, Comel, Abid, Simba, Zami dan Mona dan anak-anak depa. Itu pun dah cukup I rasa nak merasai nikmat macam dulu. Lepak malam-malam sambil makan pastu gelak-gelak. Walaupun sekejap je rasa masa berlalu, rasa puas jumpa kawan lama yang pernah share sesama macam-macam dulu tak boleh nak beli dengan wang ringgit. Sekarang, semua dengan haluan masing-masing. Tak macam dulu, semua kita langgar. 

Semua ni dulu orang gila ahahaha
Dulu cerita semuanya pasal lecturer la kelas la, potblack la, PTPTN la, exam lah. Sekarang tak lagi. Semuanya bercerita hal kerjaya, hal anak-anak, hal dunia, hal negara. Berubah 360 darjah. I diam sebab I perhati, masing-masing dah matang soal berbicara. Biasa, yang perangai dedulu memang takkan dapat buang. Cuma depa dah upgrade ke version yang lebih bagus. Alhamdulillah. Diharap ikatan persahabatan ini kekal sampai bila-bila.

Hopefully ada la lagi sesi reunion macam ni. Nak jumpa yang lain-lain. Semua dah merata Malaysia. Semua dah berjaya, Alhamdulillah....

Paling rindu dekat awak Normama... dapat borak kejap je tak puas T____T

Diari PCOS : 04

Sewaktu temujanji bersama O&G di HTJS, I telah diberitahu oleh doktor mengenai keadaan kesihatan I secara detail. Alhamdulillah, I dapat terima yang I merupakan salah seorang PCOSer. Walaupun dah tau sebelum ni semasa di LPPKN Seremban 2, bersama Dr.Phang, tapi I dapat terima perkhabaran ini sepenuh hati dengan melihat ciri fizikal seorang PCOSer sangat banyak pada diri I.  

Dipendekkan cerita, I diberi ubat Duphaston oleh doktor pakar. Salah satu ciri-ciri PCOS ialah aturan haid yang tidak cantik. Maknanya, CD adalah tak tetap. Kadang tu ngam 30 hari kadang tu sampai 59 hari dan kadang tu... kira ikut bulan terus, sebab hari dah banyak sangat. Kesian kan... 

So, doktor memberi I Duphaston 10mg dengan cara pemakanan selama 3 kali sehari untuk dimakan selama 21 hari. So far, I dah makan 2 cycle tapi diberhentikan serta merta atas nasihat doktor. Memang cantik period datang sepanjang makan Duphaston. Dekat sini I nak share, kesan pengambilan Duphaston yang I alami. Kadang-kadang kita tak sedar itu ialah kesan ubatan yang kita ambil. So, lepas ni kena lebih alert :)

PENING
I ada alami pening ni tapi taklah sampai kategori migrain. Cuma pening-pening lalat gitu. Kalau macam tidur tak menentu atau cuaca panas sangat, I akan pening dan boleh dikatakan setiap hari I selet minyak angin dekat kepala dan hidung. Baru rasa lega. Tahap pening taklah sampai kena makan painkiller.

ANGIN
Seriously, sangat berangin rasa dalam perut! Dah makan pun still kembung lagi. Minum air panas lega sikit. Pastu, berangin balik. Atas bawah keluar angin tak usah nak cakap. Fed up rasa kalau dekat office, camne cara nak keluarkan angin tu. Bayangkan kesengsaraan I ni. Paling sengsara, meletup-letup rasa dalam perut ni.

LAPAR
Mungkin ini faktor psychology atau memang kesan ubat atau memang hormon kelam kabut atau dah dasar kuat makan. Honestly, berat I naik berkilo-kilo sejak pengambilan Duphaston. Walaupun berpuasa, susah sangat nak turunnya. Turun hanya 0.5kg dan naik semula 1kg. Huaaaaaaa! Tips dietitian pun tak jalan. Mulut memang nak craving je.

SENAK PAYUDARA
This is a bit sensitive but dalam usaha nak treatment tak boleh segan-segan kan. I tak pernah merasai pengalaman menyusukan bayi tapi cukup I kata setiap kalau nak datang period memang breast akan sakit macam senak, kalau nak pakai baju memang.... Fuh! Macam gitu lah rasa dia. Nak dekat 2 bulan I rasa benda tu. Sakit bukan main.

SENAK PERUT
I mengalami senak perut yang serupa macam senggugut tapi rasanya agak mild. Bukanlah senggugut teruk macam nak berguling tu. Skala 1 hingga 10, I boleh bagi tahap kesakitan tu hanyalah 4. Macam manja-manja je gitu kan.

HAID YANG BANYAK
Terperanjat I sangat, bila nampak banyaknya darah yang keluar masa waktu haid. Sebelum ni, I cuma pakai pad jenis SLIM dan under control. 2 kali period selepas makan Duphaston, mak aih! Macam empangan pecah. Pakai pad jenis MAXI sampai habis jugak 10 tu. Memang sangat-sangan uncontrollable betul kali ni.

Semoga dengan perkongsian ni dapat menenangkan hati kawan-kawan TTC di luar sana yang musykil kenapa badan rasa tak menentu. Kadang tu, kita tak perasan, tapi orang keliling perasan. Jangan risau sangat yer. Tak elok untuk treatment kita kalau stress macam tu hehehe.

Sebelum terlupa, kalau ada yang tak faham TTC punye abbreviations, boleh refer sini :

http://waniesekuntum.blogspot.com/2014/04/ttc-abbreviations-yang-biasa-digunakan.html

Kalau ada penambahan, mintak tinggalkan dekat komen atau email pun boleh. Memang highly appreciated. Terima kasih :)




P.S. Samani, orang dah mood raya, kenapa keluar cerita TTC? Tersasar sikit, sebab mood raya memang tak ade.. 

Tuesday, July 7, 2015

Am I Being Too Soft..?

Maybe, I was too kind to everyone until they thought that I'm ok with everything. No, I'm not actually... I'm not a living doll, I have feelings too, I have fatigue too, I'm sleepy too when I'm tired. Is there anything that is similar to other human being that I don't have..?

This entry is regarding the thing that I've been pushed towards my limit where I can't do that actually but I was being forced to swallow it everyday. I'm not a robot where u can programmed me and I will do everything in order and accordingly. It is a crazy thing to think that I have all the knowledge and energy, meanwhile, other people just sit down, watch and receive their rewards for what I did before.

Help me from my crazy life. They see me like I'm a computer. Give so much input and expecting I will make things happen, in one time. I'm tired of my life... Give me a break, give me a time for my self. Don't call me if that thing is not necessary for me to do it. Call them, call others, they might help if they were given orders to do it so. It's not only me...

I hope they'll understand. That I'm not supposed to being rude. I'm being soft all the time to others. When I speak, they will shout back and ignore me. That's ok with me. Ok until I run away from everyone, just don't ask me why. Because I'm tired with u, I'm tired with everyone being fake. And I'm tired of being pushed into limit.

From,
A disappointed, tired, sad, angry, sleepy and helpless person...