Nuffnang Ads

Friday, February 12, 2016

Tips iBooks Bagi Pengguna iPhone

Terujanya I! Serious la sangat best benda yang I nak share ni. Actually, benda ni dah pernah dikongsi di dalam Apple User Group (Malaysia). Tapi I tak jumpa la post berkenaannya. Jenuh nak scroll (jangan kecam, I tau ada column untuk 'search' muahahaha!). Memang best la, sebab memang jiwa I. Semuanya pasal buku.

Tak perlu nak pergi BBW bersesak lagi. Tak perlu nak search seluruh bookstore. Tak perlu nak minta relatives belikan dari oversea. Hanya perlu data dan smartphone. Senang kan?! Hahahaha. Selepas ni bolehlah implement dalam kehidupan seharian. Beli buku online banyak-banyak lepas tu save dalam iBooks sahaja. Students, takde alasan lepak mamak malam-malam tengok bola terlupa bawak nota. Save saja pdf dan transfer ke iBooks. Heeeee!~

Cara-caranya amatlah mudah sekali. Boleh ikut cara I yang panjang di bawah ye. Maklumlah, budak baru belajar. Jom tengok : 

Tak perlu jailbreak. I pengguna biasa-biasa dan tidak extreme. Cukup apa iBooks di dalam aplikasi iPhone.
Logo camni ye
Search di Internet, I guna Google saja. Samada yang free atau buku berbayar. KEBIASAANNYA, memang free saja buku-buku dalam gallery I. Oh yea, I memang line seciput dua, search pun dekat PC office (kantoi sudah...). 

Ini contoh ye :D nanti search la buku lain yang u all nak
Cara search, (tajuk buku) download free pdf. Dan I terus save di PC. 


Masih lagi menggunakan PC. Selepas save, I akan pilih buku mana yang I nak baca, dan save di dalam email

Kemudian, buka email melalui iPhone.  Buka buku yang kita save dalam draft tadi. Sampai appear pdf format seperti di bawah. Click pada link untuk share di sebelah kanan atas.

Contoh... Author kesukaan I :)
Pilihkan untuk copy di iBooks dan tadaaaaaa! Siap :)

Selepas ni, buka app iBooks dan buku u all ade dalam tu ye.
Untuk makluman, ada je cara ringkas tapi disebabkan I ni jenis ikut step, memang panjang lah jadinya. Hihihihi. Lepas ni dah expert tak payah step lagi, boleh buat lancar je kan. Lepas ni jangan main game. kita semua amalkan budaya membaca. Untuk pengetahuan, bukan novel saja yang boleh download, macam-macam buku ilmiah boleh juga kita masukkan ye.

Untuk iPhone yang memori tak berapa besar macam I, lepas habis baca delete lah bebuku itu. I cuma copy pada iBooks buku yang I nak baca sahaja. Kebiasaannya, 2 buku saja I save. Kalau I ke tempat yang tak ada line Internet, inilah masanya iBooks memainkan peranannya. Boleh baca buku. Ye, utamakan dulu pembacaan Al-Quran, Yassin dan Al-Kahfi dulu ye..

So, selamat membaca semua! Semoga tips ini berguna untuk semua. 

No comments:

Post a Comment