Nuffnang Ads

Friday, August 5, 2016

Kedai Barangan Bayi Sekitar Seremban

Assalamualaikum warga Seremban. Untuk memeriahkan lagi kehidupan warga Seremban, I nak share sikit lah beberapa kedai barangan bayi yang menjadi pilihan I sepanjang di Seremban ni. Untuk yang mempunyai masa terhad, tak boleh nak ke KL atau sekitar mencari barangan bayi, Seremban ada juga kedai-kedai yang menawan hati. Agak hebat jugak kedai sekitar sini. 

MANJAKU, SENAWANG

Pilihan pertama I semasa kehadiran Juah dalam hidup. Segala peralatan dibeli dekat sini. Dengan botol, bantal, puting dan lain-lain. Kalau buat sale, dimple pillow untuk baby tu RM5 saja. Menyesal tak beli banyak-banyak. Boleh dikatakan lengkap lah kedai ni. Macam-macam barangan bayi ada.

TWINS BABY, SENAWANG

Pilihan kedua selepas dah pandai sikit mencari. Hehehehe. Selama ni memang tertumpu pada Manjaku saja. Selepas diperkenalkan oleh kawan-kawan lain, I pun dah pandai dan berjaya ke sini. Adalah beli beberapa barangan kecik dekat sini. Tapi I lebih kerap ke Manjaku. Murah sikitlah dari sini. Takpe, kadang tu ada yang takde dekat sini, ada dekat Manjaku dan vice versa.

BBDOTCOM, SEREMBAN 2

Syukur Alhamdulillah diperkenalkan oleh Eyna kedai ni. Dapat cuci mata sedap sikit. Macam-macam jenis barangan mandian baby yang organik banyak disini. Botol susu yang jarang dapat di kedai lain pun ada. Maksud I jenama yang lain dari yang lain lah. I happy dapat beli Suavinex dan NUK dekat sini. 

FIFFY, SEREMBAN 2

Yang ni pun menarik jugak. Baju nya cantik-cantik dan banyak juga pilihan baju yang menarik di sini, Port membeli belah jugak ni. Ada juga botol kesukaan I. I sempat beli puting Fiffy dan milk dispenser dan harganya lebih kurang dengan Manjaku.

QQ BABY, SENAWANG

At last! Jumpa kedai yang jual baju yang macam-macam rupa dan cantik dan murah belaka. Ada pulak dapat diskaun lagi ehem-ehem. Best wey! Tak sabar nak tunggu Juah besar. For the time being, pakai rompers sesaja kan. Takpa, sabar Bu, sabar.......

Ada lagi beberapa kedai baby yang I belum terjah. Nanti ada nak beli play-gym untuk Juah. Tengah survey. Juah dah pandai respond pada bunyian dan muka Ibunya, boleh beli kerincing yang boleh attract baby tu hahaha. Nampaknya macam-macam akal Ibu dah sekarang. Muahahahahaha!

3 comments:

  1. salam wani..slm kenal boleh jd kwn..sy pun susah jgak nak carik brg2 bby yg murah2 area sban ni..tq bg info ..sy sban jgak .. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt awak :) boleh2 meh jd kwn kite hehehehe. tu lah mmg susah sikit dkt seremban dan tak banyak choice.. kebanyakan brg pun sy beli online Instagram ngn Lazada je hihihihi

      Delete
  2. Ada sebuah lagi kedai baby di senawang. Cuba search The BamBam shop. Kedai ni ada brg pantang utk ibu serta brg keperluan bayi. Berdekatan dgn QQ baby shop tu

    ReplyDelete