Nuffnang Ads

Monday, October 31, 2016

Warkah Buat Anakku, Hani

Hani,

Sejak hari pertama Ibu melihat wajahmu, Ibu telah pun jatuh hati. Sejak hari pertama Ibu mengendongmu, tertitis jatuh airmata Ibu, telah Allah tuliskan amanah ini untuk Ibu dan Ayah membesarkanmu dengan segala kemampuan yang kami ada. Tubuh kecilmu kami bawa pulang ke pangkuan keluarga yang lain. Meninggalkan semua keserabutan. Di hari pertama itu jugalah, Ibu gementar, berkata-kata kepada diri sendiri, "...bolehkah aku menjadi Ibu yang baik...?" Ibu nekad, walaupun Ibu pertama kali diberi tanggungjawab yang sebesar ini, Ibu akan buktikan pada semua yang Hani akan dibesarkan dan dididik dengan segala rahmat yang Allah turunkan kepada kita.

Sejak hari pertama, memang murah sekali rezekimu, nak. Pelbagai urusan Ibu dan Ayah dipermudahkan Allah, seolah mengerti kegelisahan kami berdua. Namun, mukamu masih lagi berkerut-kerut tanda keresahan, ketidakpuasan hati dan mungkin juga keliru. Jangan risau sayang, Ibu dan Ayah akan sentiasa disisimu. Hani lah lambang cinta agung Ibu dan Ayah. Kita tidak akan dipisahkan, nak, kecuali maut menjemput salah seorang daripada kita bertiga. Janji Ibu dan Ayah, akan pertahankanmu walau apa jua rintangan dan dugaan diluar sana. Janji Ibu dan Ayah, akan sentiasa melindungimu daripada sebarang kejahatan manusia dan syaitan di luar sana. Selagi kami masih bernyawa....

Hani,

Rezeki kami, Allah berikan seorang anak yang cantik rupa paras, penawar hati Ibu dan Ayah yang kesunyian. Rezeki kami, dipermudahkan urusan Ibu dan Ayah menjaga anak yang tidak pernah banyak karenah. Rezeki kami, dianugerahkan satu nyawa yang tidak ternilai dari Allah, sedangkan Ibu dan Ayah tidak mempunyai persediaan yang cukup. Ibu masih lagi ingat, siang malam Ibu dan Ayah menjagamu, agar tidak terjejas dari sebarang kesakitan dan gangguan binatang serta serangga. Allah sentiasa mendengar doa Ibu dan Ayah agar segalanya elok untukmu. Bertuahnya kami berdua, memiliki kebahagian yang tiada galang gantinya. Tak putus-putus doa kesyukuran dari mulut Ibu, sejak Allah amanahkanmu kepada Ibu dan Ayah.

Bukan Ibu dan Ayah saja yang menyambutmu dengan kasih sayang, Uwan, Tok Ba, Opah dan Tok Wan juga bahagia sangat melihatmu, nak. Sehingga ke saat ini, tiada langsung apa-apa yang menyekat kasih sayang mereka kepadamu. Penenang jiwa mereka. Tidak pernah sekali mereka yang menyayangimu itu akan mengasarimu. Tubuh kecilmu mereka belai dan pastikan semuanya baik-baik saja. Allah terbitkan rasa sayang mereka kepadamu untuk menjadikanmu seorang yang lebih kuat dan bahagia, Jangan pernah rasa terpinggir, nak. 

Hani,

Ibu dan Ayahmu tidak semewah mereka yang lain. Kami membesarkanmu dengan segala adanya kami. Kami berusaha sekeras tenaga kami untuk membahagiakanmu dan membesarkanmu. Bukan balasan kemewahan atau kebendaan yang kami minta di masa akan datang darimu, nak. Anakku, cukuplah doa anak yang solehah darimu agar dapat memudahkan segala urusan Ibu dan Ayah di Akhirat kelak. Semoga Allah dengar doa Ibu...

Anakku Hani,

Penawar hati Ibu dan Ayah, cinta hati, madu dan racun, intan dan payung, gunung dan lembah, itulah ibarat dirimu anakku. Segalanya untukmu wahai anak. Bertahun kehadiranmu Ibu tunggu, barulah kini kebahagiaan itu meresapi jiwa Ibu. Segala usaha Ibu terbalas oleh kasih sayang dari Allah. Diberi pinjaman yang sangat berharga ini. Tidak sesekali Ibu akan sia-siakan amanah ini. Tak sabar Ibu nak melihatmu membesar, petah berbicara, bertatih-tatih jalanmu dan terkekek-kekek gelakmu. Setiap hari, kerinduan Ibu padamu hanya Allah tempat Ibu mengadu. Sepanjang hari bekerja, hati Ibu meronta untuk pulang kepadamu. Setiap detik dan saat melihat kebijasanaanmu menjadikan Ibu semakin rindu. Rindu untuk peluk cium, rindu bergurau senda. Besarnya hati Ibu kerna memilikimu, nak. Hebat betul panahan cintamu kepada Ibu.

Ibu sayangkan Hani. Doa Ibu, semoga Allah sentiasa pelihara dan lindungi kita dalam setiap urusan kehidupan kita. Semoga Allah jadikanmu seorang yang berjaya di dunia dan akhirat, dijadikanmu anak yang solehah, kuat aqidahnya, mulia akhlaknya, baik budi bahasanya, sopan perilakunya dan tinggi ilmunya. Semoga Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidupmu, nak. Allah, berilah anakku kekuatan dan kesihatan luaran dalaman, zahir batin, rohani dan jasmani. Sungguh, Ibu sayangkan anak Ibu. 

Cukuplah sampai disini bicara Ibu buat Hani. Sesunggunya coretan ini datang dari hati Ibu yang sedang bekerja dan merindui Hani. Ibu akan pulang untukmu, nak. Setiap masa Ibu tatap gambar anak Ibu yang manja. Jangan risau, petang nanti kita gomol-gomol ye, nak. 

Persediaan Makanan Pertama Bayi

Juah will turn 6 months in November. Ibu yang kena pikir macam-macam ni. Sebabnya, kalau diikutkan baby umur 6 bulan dah ready untuk makan. Maknanya, tak hanya bergantung kepada susu semata-mata, pemakanan yang sihat pun akan membantu tumbesaran. Cewahhh, ayat macam pengacara pulak hahaha. I harap-harap sangat dapat wahyu untuk rajin memasak makanan anak lepas ni. Memang bila search cara-cara tu macam tak susah, kadang tu benda yang paling senang tu yang buat kita paling malas nak remehkannya.

Setelah I buat carian, banyak rupanya cara untuk buat makanan bayi ni. Yang 1 perasa, yang 2 perasa yang beras putih, beras perang semuanya ada. Nak dengan taknak buat je. Apa pun, tengkiu Kak Yong Yin! Sebab bagi food processor dekat Juah. Alhamdulillah, rezeki anak. Puas jugak I save berbagai-bagai blog yang menyadurkan maklumat pasal penyediaan makanan bayi 6 bulan dan keatas. Yang paling akan diingati ialah '4 waiting days rule', dimana, Ibu perlu bagi satu jenis makanan saja kepada Juah selama 4 hari berturut-turut untuk tengok ransangan alergi pada Juah. 

In shaa Allah, I akan mula bagi Juah makan mula 1 Disember 2016. Lepas dah vaksin untuk 6 bulan, baru kita bagi itu budak rasa bubur nasi kosong dulu hehehehe. Supaya tak terkejut sangat. Lagipun bila dah start 1 haribulan senang nak follow 4 days waiting rule tu. Apa yang I dapat dari blog Puan Shakina Farhan yang clear sangat dia tunjukkan jadual pemakanan tu. Sementara itu, di blog Puan Linda Zainal pulak ada menerangkan macam mana resepi, cara penyimpanan dan cara penyediaan makanan bayi yang kita dah siapkan. Syukurrrrr, I suka sangat dan jadi dah tak sabar pulak. Setiap hari I bukak blog-blog yang berkaitan pemakanan bayi 6 bulan keatas untuk dihadamkan dan sebagai persediaan mental.

Disamping tu I ada jugak terfikir I kena sediakan beberapa benda untuk persediaan ni. Di samping tengok-tengok menu resipi, I sekarang tengah busy nak survey baby seat dan utensils hehehe ngade-ngade dan lebih-lebih macam biasa lah mesti Ibu kan. Ok, nanti next entri I share ape preparation I dalam menyediakan makanan untuk Juah ye. Sekarang bagi I usha dulu perkara-perkara penting hehehehe.

http://www.ibuzarith.com/2014/12/resepi-makanan-bayi-6-12-bulan.html

http://ctfand.com/2014/03/panduan-persediaan-makanan-bayi-6-bulan.html

http://ayachalo.com/resipi-bubur-puri-stok-ayam-dan-sayuran-untuk-bayi-6-bulan/

Sekadar menyebut beberapa blog. Banyak lagi sebenarnya yang I dah favorite kan dekat PC ni nanti I share lagi. 

Wednesday, October 12, 2016

WISHLISTS 34

Enough with travelling and vacation, enough with all the property or car and enough with my TTC matters. Cukup dah semua tu untuk kehidupan ini. Hidup dengan apa yang ada, in shaa Allah ada rezeki lebih baru upgrade. I had achieved all them by the age of 34. Allah dah bagi secukupnya, I bersyukur sangat-sangat dengan apa yang ada. Tahun ni, tak banyak pun yang I nak wish. Yang basic aje, simple tapi deep.

1. Kesihatan yang baik - Penting ni. Untuk menjalankan ibadah kepada Allah, nak menjaga keluarga tersayang, nak bekerja siang malam dan nak tengok anak membesar setiap hari.

2. Mengerjakan umrah/haji - Kalau ada rezeki nak Haji terus :) I punye impian nak ke Mekah satu keluarga. I bersama Sayang, Juah, Mama dan Ayah. Amin! Amin! Amin!

3. Suasana kerja - Teringin sangat ada suasana kerja yang tidak cramp. Cramp dari segi emosi dan cara bekerja. I nak suasana kerja sebelum ni yang tenang tapi kerja semua habis.

4. Anak solehah - I mendoakan anak I menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. In shaa Allah... Amiin.

5. Breastfeed - I harap sangat I dapat breastfeed anak I kalau boleh sampai ke usia 2 tahun. Allah je tau betapa I inginkan sangat mempunyai susu badan yang melimpah ruah.

6. KURUS - Yang ini masih duniawi. Hehehehe. Macam gile dah I menggemuk sekarang. Uncontrollable dah ni. Semoga I istiqomah nak meneruskan diet. Kihkihkih.

So far, takde yang extreme sangat kali ni. Lebih kepada kasih sayang. Chewahhhh. Ape pun I nak berterima kasih kepada Mama yang telah melahirkan dan membesarkan I dan sekarang tolong I lagi membesarkan anak I.

Entah, ringkas sangat rasanya tahun ni. Takde celebration apa pun. Just me. A plain me 

:)

10 Oktober :)

Thursday, October 6, 2016

Juah - 4 Bulan, Ibu Ayah Yang Kelam Kelibut

:) 
Sungguh! Memang I sangat-sangat kelam kabut sejak kebelakangan ni. Tapi kalau nak dibandingkan dengan 3 bulan terawal kemunculan Juah dalam hidup I.. kira macam dah ok sikit lah. Lepas dah ada si kecik ni baru I belajar sedikit-sedikit pasal time management. Dan ada a few Dos and Don'ts yang perlu diambil berat dalam kehidupan beranak kecil. Macam-macam ilmu yang I perlu serap bukan saja dari segi penjagaan bayi, keselamatan bayi, penampilan bayi, perkembangan bayi dan juga induced lactation. That's really makes me so kelam kelibut.

Dalam kelam kelibut, I masih lagi dapat bukak satu IG untuk Juah.. Chewah! Feeling anak retis ke? Tapi depa lagi dasat-dasat jauh panggang dari api. Cuma senang nak keep track dia punya perkembangan dan muka dari hari ke sehari. Not really sehari, Seminggu sekali paling least la. Tak salah pun memandangkan Instagram merupakan satu medium media sosial yang paling senang I akses dan paling senang nak maintain. But the Instagram account is for our viewing only, privately, not for public. Nanti Juah dah besor boleh tunjuk dekat dia muka dia masa kecik-kecik hehehe. Eh tapi bestlah ada Instagram untuk baby! I bebas nak upload ape je berkaitan dengan anak I. Seperti biasa, I sangat menjaga dan prihatin dengan perasaan kawan-kawan TTC. Hanya yang pernah melalui paham perasaan mereka. In shaa Allah, sebolehnya I akan menjaga. Doakan I...

Dalam kesibukan I ni suka I nak kongsikan beberapa perkara penting dalam urusan penjagaan bayi daripada pengalaman I sendiri sambungan dari entri Juah - 1 Bulan yang lepas. Bukan cedok dari mana-mana blog atau penulisan ye :)

  • Diapers - Siang I pakaikan Drypers Wee Wee Dry sebab siang Juah sangat aktif dan suka ngelejat-ngelejat. Kadar kekerapan tukar diapers pulak pada waktu siang agak kerap. kadang-kadang poo poo. Malam pulak pilihan I ialah Mamy Poko Extra Dry yang kering dan tahan 12 jam. Tapi bangun pagi cecepat tukar ye. Kesian anak... kadang tu jam 2.00 pun dah ditukarkan dek Ayahnya. Juah dah bertukar ke saiz M. Dah becor anak Ibu ni lah! 

  • Susu Formula - Masih lagi menggunakan Anmum Infacare Langkah 1. Alhamdulillah. Pernah tukar ke Isomil konon-konon masa tu Juah cirit birit tapi tak jalan. Guna Anmum balik baru ok. So kami decide untuk stick to it sahaja. Juah sudah sampai tahap 6oz sekali minum sekarang. 

  • Cucuk 2 dan 3 bulan - Alhamdulillah juga takde demam yang teruk. Cuma hari yang dicucuk oleh doktor tu dia cuma dedar saja badannya. Precaution yang kami ambil ialah basahkan badannya dan letak tuala basa di dahi dan leher. Sehari saja dedarnya. Anak Ibu kuat. Syukur. 
  • Muntah @ Muak - Ye, masih ada muak tu kalau terlebih minum susu atau tidak burp. Baju memang kerap perlu ditukar. Perlu kerap tukap bib jugak nanti masham sangat hihihi. Yang buat Juah muak kadang tu dia suka hisap jari dan jolok tekak. Tu yang selalu terjadi kes muak tu. 
  • Mandi - Sekarang ni wajib mandi 2 kali sehari. Pagi dan petang. Kalau petang tu tak mandi dengan masam dengan melekit kaki tangan dia pakej lah. Dulu baby kecik tak banyak gerak asyik tidur je. Now dah besar sikit makin ligat hehe. Ibu pun kena mandi 2 ke 3 kali sehari tau! 
  • Gelak - Usia sekarang memang best melayan. Kita agah dia dah boleh gelak. Terkekek-kekek gelaknye. Lagi-lagi kalau Ayah dan Tok Wan yang agah. Kalau Ibu dia kureng sikit.
  • Ligat - Kaki dan tangan semakin ligat. Masa nak mandi dah boleh dudukkan dalam besen. Masa nak pakai diapers dia punye melurut badan dia kebawah la keatas la. Sampai lari larau diapers tu. Hehehehe. Kepala pun dah laju memandang. She is strong.
  • Air liur - Dalam usia anak I sekarang, air liur menjejes laju sangat. Baju dia basah kuyup. Bib sehari berapa puluh kali tukar pun tak tau. I ada baca, usia macam ni memang pengeluaran air liur dia melampau-lampau sebab dalam tempoh ni gusi dia macam nak gatal sikit untuk tumbuh gigi. Memang Juah selalu gigit tangan Opahnya macam main harmonika ish ish ish!
  • Banyak mulut - Kalau nak tidur memang Juah akan menyanyi. Bahasa dia lah kan. Juah suka jerit-jerit. Memang kuat suaranya. Nyaring dan lantang gituuu. Kalau kena agah pun kuat jugak hehehehe. Sayang Ibu ni dah terer lah!
Haih, bila dah ada baby ni, memang betul orang akan tanye bila nak tambah adiknye. Juah baru 4 bulan, itupun malam-malam Sayang yang bangun bagikan susu dan tukar diapers. I..? serious tak sedar hape. Tugas I setakat jam 9 ke 10 malam biasanya. Lebih dari tu tugas Sayang... So, biarlah I fokus pada Juah je sekarang ni. Tahun depan baru kita fikirkan balik pasal nak bagi adik kepada Juah ye. In shaa Allah kalau ada rezeki tak kemana....

Baby Bu!

Buyat matanye mandang Ibu

Tiba-tiba nampak dah besor sangat