Nuffnang Ads

Wednesday, August 19, 2015

Pementasan Teater I AM POSITIVE

Ya Allah, kenapalah buat pementasan teater ni sekejap sangat. I think, I need more. Masa dapat surat jemputan, niat hati nak pergi ke teater tu semata-mata taknak duduk dekat office, ikhlas cakap. I bajet memang nak tengok teater ni sebab Syud takde sebab exam, so, I nak turun nak elak dari kena duduk sorang. Hahaha! Jahatlah...

Salah seorang pelakonnya...
Pementasan ini dibawakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban untuk kesedaran orang awam dan warga kerja kesihatan sendiri berkenaan dengan semua insan-insan biasa seperti kita tetapi disahkan HIV Positive. Teater IM P+ ini diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri Sembilan. Keempat-empat pelakon adalah dibawakan khas dari Persatuan Amal Firdausi dan terus terang I katakan bahawa, pembawakan mereka itu amat berkesan sekali. Berbeza dengan ceramah kesihatan yang sering diadakan di pejabat-pejabat Kerajaan, pembawakan seperti ini lebih menarik minat I untuk recommend pada orang lain.

Memang memula masuk kitorang muka happy sangat
Alhamdulillah, sekarang, kami makin faham apa perasaan insan-insan istimewa ini. Dimulakan dengan cerita seorang pesakit HIV yang merasa diri gagal dalam hidup, kini bangkit semula dan membina kehidupan baru yang lebih bererti. Kisah kedua, masih I ingat namanya Ayish. Yang dijaga oleh seorang lelaki yang berperwatakan perempuan dan gigih mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan anak beranak. Kesedihan I ditambah dengan kisah ketiga oleh Ija, seorang ibu beranak empat yang menyatakan keperitannya di'double standard'kan oleh petugas kesihatan. Dan yang terakhir ialah kisah seorang anak sulung yang dibuang keluarga, namun sekarang sudah dapat diterima semula...

Airmata I mengalir dari kisah pertama sehingga kisah keempat. Sedih tak tertahan. I ni jenis suka masukkan diri dalam apa-apa cerita sekali pun. Sebab tu terasa macam diri sendiri yang kena macam tu. Hehehehehehe! I, Dila, Bija dan Kak Ila memang enjoy sangat tengok pementasan ni. Di akhir sesi, sempat kami bergambar dengan barisan pelakon yang sporting.

Barisan pelakon
Kesedaran I terhadap insan-insan yang HIV Positive sekarang semakin meluas dan I semakin insaf sebab selama ni macam-macam tanggapan negatif I berkenaan dengan HIV. Lagi-lagi dengan drama-drama yang ditayangkan semuanya menunjukkan pesakit yang menghidapi HIV Positive akan mati cepat dan badan berkudis-kudis (that's what I learn from the dramas) dan ianya tidaklah seteruk itu. Ramai je yang survived sampai berbelas tahun...

Terima kasih Persatuan Amal Firdausi sudi bawak teater ini ke Seremban
In shaa Allah, kalau ada lagi pementasan ni datang ke kawasan anda, tengoklah, saksikanlah, masuk dalam cerita mereka. Fahamkan betul-betul, jangan terlampau cepat menghukum. Mereka, Allah beri masa untuk bertaubat dan mencari keredhaan sementara di dunia. Kita...? Bila-bila pun boleh dijemput. Teater ini ditayangkan secara percuma di sini, I tak pasti kalau di kawasan lain. Dengan usaha semua, berbaloi sangat teater kesedaran yang ditayangkan percuma ni.

Semoga Allah terus pelihara kalian semua.. I malu dengan diri sendiri, tak pernah mendapat keperitan seperti itu, tapi, jarang sangat bersyukur... I malu....

Di bawah ni ialah laman web mereka ye.

http://www.amalfirdausi.org/

No comments:

Post a Comment