Nuffnang Ads

Wednesday, December 30, 2015

Hati Meronta Kuat

Rindunya, dekat blog ni. Rindunya sangat nak membebel. Banyak sangat gambar tersadai dalam telefon nak diluahkan dekat sini. Apakan daya, tuntukan kerja di pejabat, rumah dan perniagaan kecil-kecilan memerlukan masa digunakan dengan sebaiknya. Sejujurnya, life sekarang tengah hectic sangat. Hujung tahun banyak tempahan Homemade Caramel Popcorn.. Sazzie Homemade dah didaftarkan pula. Makin banyak kerojenye...

I sampai dah lupa, apa yang I nak coretkan, contengkan, luahkan dekat sini. I sampai tak ingat macam mana kebiasaannya format yang selalu I gunakan dalam setiap post. Teruk sangat hihihi. Bila datang ke pejabat pulak, tugas hakiki menanti dengan dahsyatnya. Dah ditambah segala mak nenek kerja. Itu I tak berapa nak kisah. Talian Internet pulak yang menjadi masalah utama. Sekejap ada, sekejap slow, sekajap di'blocked' Blogger (ini paling frust! Hurmmm), sekejap berdesup lajunya. Haish! Itu semualah halangan tu. 

Sangat banyak pengorbanan yang I perlu lakukan untuk satu entri yang tak berapa nak menarik ni. I terlepas perbualan dengan kawan-kawan dalam group di Whatsapp, terpaksa tangguhkan sekejap urusan nak key in GCR bagi pesara, tercuri masa nak sort laporan Kew.PA untuk dilaporkan dalam mesyuarat akan datang dan sangat-sangat terpaksa menahan mata yang mengantuk teramat. Huwarrrghhhhhh! Menguap kejap hehehe.

Hati tu, nak menaip, nak menulis, nak bercerita, nak meluah, nak mencurah. Kekangan masa, tenaga menghalang hati dari berbuat demikian. In shaa Allah ada masa akan I kembalikan kegemilangan blog ni. Chewah! Gemilang ke??? Nuffnang pun baru RM20++ ape ke gemilangnya. Hahahahha. 

Walaupun hari ni Wordless Wednesday, I tetap nak bercerita. Kebetulan, on Wednesday baru ada masa sikit nak sudahkan entri untuk blog yang dah lama bersawang ni. Kasihannn...... Terima kasih kepada pembaca setia yang setia menanti apa entri seterusnya dari I yang tak berapa nak free sekarang ni. Walaupun begitu, blog ni tetap di hati. Tunggu ye nanti berlambak-lambak gambar I akan publish dekat sini. Banyak cerita nih!

No comments:

Post a Comment