Mungkin bukan rezeki. Mungkin juga peringatan dari Allah. Apa pun, perkara yang terjadi ni buat I serik dengan ketidakjujuran seorang peniaga yang sudah biasa menjalankan perniagaan. Benda yang paling I takut apabila berurusan secara online telah pun terjadi. Mengambil langkah tak mau bising-bising seperti yang disarankan oleh Encik Suami, I pun redha dengan apa yang berlaku. Menjadikan I lebih berhati-hati dengan sesiapa saja yang menjalan aktiviti perniagaan sebegini.
Menyedihkan, I berurusan dalam aplikasi Carousell menggunakan telefon pintar je. Berminggu jugak I survey, untuk kepuasan diri dan menang dalam membeli. Ada beberapa peniaga yang meletakkan tawaran yang agak menarik. Kebanyakannya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Kecuali, ada seorang saja dari Nilai, Negeri Sembilan. Harga pun lebih kurang.
Macam-macam sangat dalam kotak fikiran I. Selama ni I memang pernah membeli online. Kebiasaannya dari Lazada atau Groupon atau reseller di dalam aplikasi Instagram dan Facebook yang I yakin dengan aktiviti mereka. Kali ni I berurusan dengan orang perseorangan yang hanya menjual semula secara preloved. Sejak dari mula, I dah rasa tak sedap hati. Entah, naluri kita ni bila ada benda tak kena mulalah rasa seram sejuk la dan macam-macam lagi. Lagi-lagi buat keputusan tanpa bertanya kepada suami hahahahah. Ok, kali ni memang silap I... Antara perkara yang buat I terfikir mungkin sesuatu akan terjadi ialah :
- Kami hanya berurusan melalui aplikasi Carousell. Penjual tak berikan nombor telefon untuk memudahkan urusan bank-in dan meet up. Semua gambar nombor akaun dan slip pembayaran I post melalui Carousell sahaja...
- Gambar yang dipamerkan seperti bukan gambar yang asli. Nampak cantik macam gambar yang di'plagiat' melalui Google. Kita boleh tau kualiti gambar.
- Responden terhadap Id pemilik akaun di Carousell itu mendapat review yang tidak baik sebanyak 4. Komen yang diberikan juga menunjukkan mereka tidak berminat untuk berurusniaga dengan pembeli itu lagi.
- Bila I tanya keadaan barang, hanya dikatakan dalam keadaan baik dan tidak diberikan sebarang gambar untuk dilihat.
- Hari yang sepatutnya diajak berurusan ditangguhkan ke hari berikutnya. Dengan alasan, peniaga tersebut berada di Kuala Lumpur. Kemudian, hari yang sepatutnya berjumpa pun ditukarkan lokasi pula. Waktu ni kesabaran dah agak menipis.. Nasib baik dia setuju nak jumpa di tempat yang mudah bagi kami.
I cuma menyedari perkara-perkara diatas bila I dah pun meletakkan deposit sebanyak RM50 di akaun peniaga tersebut. Nak tarik balik, dah terlajak bayar deposit. I pun meneruskan juga urusan pembelian dan berjanji untuk berjumpa di McDonald's Nilai. Sudahlah tak nak keluar kereta, I dah beritahu kereta I yang mana satu pun tak diambil kisah. Memang hati I dah agak panas..
Tiba masa yang dinanti, peniaga tersebut pun memunculkan diri. I cuba sedapkan hati. Semoga takde apa-apa. Bila dikeluarkan sahaja barangnya, I terus tengokkan kotak yang dipegang. OK! BRAND LAIN! Maknanya dia menipu I! I ambil kotak tu sambil serahkan baki dan terus jalan. Sampai di kereta terus I masukkan ke dalam boot. Hati masih panas. I ditipu bulat-bulat.
Sampai dirumah, suami I pun cuba sedapkan hati. Nasib baik berkurang jugak panas hati tu. Tengok keadaan barangan yang baik. Tanpa cacat cela. Warna pun tak pudar dan lengkap. Cuma dalam hati masih berasa, ini bukan jenama yang I nakkan. Sedih. Marah. Geram. Sakit hati. Semua ada. Puas encik suami pujuk. Alhamdulillah, I redha dengan rezeki Allah. Orang lain tak dapat beli langsung pun...
Harapnya ini jadi pengajaran untuk I. Lebih berhati-hati dalam membeli barangan terpakai. In shaa Allah, ini pengalaman I mungkin yang terakhir untuk berurusan sebegini. Apa yang dapat I katakan, I akan usahakan untuk dapatkan benda yang baru walaupun agak costly, daripada dapat barangan preloved tapi ditipu begini. Kepada peniaga tersebut, Puan Yanti, terima kasih sebab tipu brand tu. Walaupun I duduk Seremban tapi I tak sebodoh itu. Mungkin Puan Yanti puas hati dapat jual barang puan secara preloved, sebagai customer yang tak redha, nanti puan tanggung sendiri lah akibatnya. Sepatut kejujuran diutamakan.
Pengalaman I tak seteruk orang lain di luar sana yang dah melabur ratusan malahan ribuan ringgit, cuma kekecewaan tu tak dapat dibendung. Sakit mata je bila I memandangnya. Kepada peniaga di luar sana, janganlah ingat kami, customer ni bodoh. Tak salah kalau jujur, tapi berdosa kalau menipu. Hati mungkin puas, tapi takkan tenang. Semoga semua lebih berhati-hati bila berurusniaga ye...
No comments:
Post a Comment