Nuffnang Ads

Friday, January 24, 2014

Kahwin Oh Yeah : Gift Voucher RM200

Surprise! Rasa macam tak kena je kan bila I yang buat surprise macam ni. Hahaha.

Voucher best ini ditujukan untuk semua Bride-To-Be yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam tahun 2014. Sepanjang tahun, yes, sepanjang tahun ianya valid.

Cara-cara memang dah ada dekat gambar di bawah ini, but to make things more clear, lets see what we have here for this gift voucher:

1. Follow me ;) There'll be more interesting stuffs will be uploaded soon. 

2. Terus ke Shuttera Studios FB Page dan like page mereka.

3. Scroll on their pictures. Cantik kan, cantik kan.

4. Whatsapp me! The number is given below. 

5. Buat bayaran RM200 dan I akan berikan voucher code. Simpan! Selagi belum pakai hehehe.

6. Booking date dengan Shuttera Studios. Guys, for wedding photos only k.

7. SELAMAT BERKAHWIN!

Jom semua B2B. Especially dari kawasan Seremban dan sekitar yang masih tercari-cari wedding photographer yang sangat baloi-baloi.

Grab them! :)

Monday, January 20, 2014

Kahwin Oh Yeah : Gambar Kahwin!

Nak tengok tak? I am so over excited towards my wedding photos. Dan ada perkara menarik jugak nak bagitau dalam post selepas ni, special untuk mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan. Lagi-lagi kawasan Seremban dan sekitar. Apa-apa hal pun I nak cerita pasal gambar kahwin I dulu. Bagi tengok sikit lah sebagai teaser daripada Shuttera Studios

Amboi, keris tu, kalo tercocok siap u.
Sesapa, tolong ajar I camne nak ade pic blur-blur tu, slalu Instagram je. Ngeeeeeeeee~
Tapi ni semua gambar outdoor aje. Gambar nikah belum dapat dikesan lagi. Dah dapat nanti, of course la I akan show off sini. Benda paling best dalam apa-apa majlis ialah foto. A picture worth a thousand words, y'all!

Nampak abang sebelah tu sanggey lebey :D
Terima kasih kepada Shuttera Studios yang menurunkan 2 orang photographer iaitu Firdaus dan Shidi. Korang memang kepoci! Hahahaha. Asyik nak tergelak je keje akak ni dik bila korang mula bukak mulut. Tau tak corset tu ketat? Dan samping suami akak tu pun sendat. Actually, memang I penat sangat dalam dua hari tu tapi bebudak ni boleh ceria je. Korang minum Redbull 3 katon ke?

Tak sabar nak dapatkan gambar-gambar lain. Macam biasa, first thing I nak buat profile picture dekat FB sendiri ehem-ehem, ko hado? Family pun dah gatai-gatai tanye itu ini. Tak sabar lettew nak tengok keromantisan kitorang. 

FYI, Shuttera Studios memang based dia dekat Seremban. Senang cerita, I dah siap link pada account FB diorang tu, click la sendiri tengok hasil mereka. Harga??? Best! Tak caya? Pergi survey sendiri, nanti patah balik sini ye. Puas. Sebabnya, mereka berusaha sekerasnya untuk suruh I posing maut tapi sorok lelemak sikit. Tak mau cerita lebih nanti diorang kembang setaman bunga. Hahaha.

Posing gini yang paling sakit pinggang sampai I demam urat!
Do click the link, like their page, make your deal (photos for : wedding, portraiture, newborn, pre-wedding, post-wedding, parties and etc) and let them do their thangg! 

Phew, sembur-sembur jugak air dalam mulut nyebut semua benda di atas. 

Bye!

Oh Rumahku : Okeylah Tu

Cosy and cute. Kononlah konsep rumah sangat. Nak lagi cosy kena adjust langsir tu bagi lagi syahdu. Eh tahlah, everything just happened to be so perfect now. Memang ada kurang lagi here and there cuma butakan mata anda seketika nanti lama-lama oklah tu. Nak semua segedebuk memang pengsan mak!

Dapur dah siap dengan semua benda basic. Harapnya dengan kekurangan semua ni takkan mengganggu tugasan memasak hehehe. Cukuplah tu, ada dapur, tong gas, utensil semua. Lain-lain tambah kemudian.
Bilik tidur ngam. Siap ada tv dan DVD player lagi. Hotel sangat bilik ni. Agak malas nk keluar sekangkang kera ke ruang tamu leh la lepak bilik je. The most precious corner is where I placed all my books. Seronok!

Sekeping gambar sudah....
Living hall pun dah takde apa yang nak ditambah. Siap dengan Astro ada channel CI (Crime and Investigation) okeh senang hati sangat dah ni. Dah takde apa lagi nak kena tambah dekat hall kitorang. Biar simple. Esok nak mengemas pun senang.

Cukup-cukuplah buat masa sekarang. Nanti kita tambah aircond dengan washing machine ye Sayang.

HOME, IS WHERE MY HEART IS :)

Tuesday, January 14, 2014

Ke Laut Weh!

Buat sementara waktu sebarang aktiviti penulisan blog adalah terhenti sementara. Due to our birthday vacation for a friend. Paling best ialah, kami ke laut! Been waiting for this moment, tak boleh lepaskan peluang best dan indah ni. Tapi kalau perasan, still, nak jugak curik masa untuk menulis. Kalo dah naluri suka berborak tu ada memang tak dapat elak lah. Kali ni serious, ok I nak melautkan diri dulu. Will be back to normal on Wednesday. Sekarang bagi kami chance untuk berduaan. Heeeeeeee :D

Friday, January 10, 2014

Persediaan Bakal Raja Sehari

Jangan salah sangka, ni bukan persediaan dari segi baju atau dulang atau katering and so on. Apa yang I nak cuba kupas kopek dan siat disini pada entri ini ialah mengenai MENTAL dan FIZIKAL pengantin a.k.a raja sehari. Setelah dikaji, memandangkan dah berpengalaman ni mulalah poyo sikit nak share itu ini. Diharap berguna sebagai panduan kepada bakal pengantin. Mana kan tidak, I dan SiDia demam berhari-hari ok. Belum sihat lagi. Terpaksa makan ubat dan menahan amarah akibat dari keadaan sakit yang membataskan kami untuk buat kerja-kerja lain. Grrrr~

Dari segi fizikal, pastikan badan anda selesa dan boleh muat baju dengan sebaik mungkin. Kalau boleh biarlah longgar sikit jangan ketat sangat nanti kita sendiri rasa down sebab nak duduk akan rasa susah dan tak selesa. Kena ingat tau, kita akan menjadi sedikit lasak masa hari bahagia tu sebab nak kena bangun dan duduk di pelamin, meja makan beradap, sewaktu majlis akad, sesi fotografi dan kita kena berlarian anak sikit kadang-kadang sebab semua orang akan panggil kita, mata semua tertumpu pada kita, berebut orang sana sini panggil. Make sure, rasa selesa masa pakai baju tu.

Untuk fizikal pun, memang raja sehari PERLU sangat menjaga kesihatan diri. Memang biasa kalau nak jadi pengantin semua benda pun kita uruskan. Maklumlah, mana ada wedding planner kan. Dari urusan dapur sampai ke laman rumah semuanya pengantin buat sendiri. Kalau boleh sediakan awal dan bahagikan tugas-tugas ni. Memang kena lasak tak boleh lembik-lembik tapi bila guna terlampau banyak sangat tenaga pada sebelum majlis perkahwinan akan effect pada hari bahagia kita. SUPER LEMBIK! Sebab dah terlampau penat menguruskan pemasangan khemah *ops* dan masak kenduri hahaha. Ni contoh je. Pengalaman I, memang penat sangat. Semua I uruskan sendiri. Dengan bantuan Sayang, I buat semuanya sendiri. Cuti tahunan dah bankrap, memang habis. Tinggal ngam-ngam untuk sehari sebelum dan selepas majlis. Arghhhh!~

Mental paling kena kuat. Sebab mental kontrol semua perilaku kita sewaktu majlis berlangsung. Kalau lemah mental, demamlah kita. Kalau kuat mental, dapatlah kawal semua rasa tu. Nak tau kenapa kita mudah pening kepala masa majlis. Satu, memang cuaca sangat memainkan peranan penting. Sedangkan majlis waktu malam pun kita sakit kepala, inikan pulak waktu tenghari. Pandai-pandailah setting kipas keluar air sikit dekat pelamin dan main table nanti ye hehehe. Dua, majlis tu kita jemput ramai tetamu dan kita sedang force otak kita untuk recall muka mereka supaya synchronize dengan nama yang kita nak keluarkan dari mulut kita. Contoh, Pak Lang dan wifenya, Mak Lang Suraya dan Pak Tam Ami dan wife, Auntie Lin :) Itu baru sedara mara dekat. Sedara mara jauh yang jarang jumpa macam mana? Kerut-kerut dahi ok nak memikirkan. Hahaha.

Apa pun, berlatih dari sekarang untuk sentiasa tersenyum. Penat rahang bila kena paksa senyum. Lagi-lagi bila sesi fotografi tu. Sampai photographer paksa la pengantin senyum. Take it seriously, your picture worth your lifetime. Kena pastikan elok. Jangan lupa jugak untuk maintain mekap, redha dengan bulu mata palsu, bagi perempuan. Pasrah dengan sampin songket 2 lapis bagi lelaki. Memang akan rasa sangat mengah dengan semua ni, bertahanlah ye.

Nak tau masa bila pengantin boleh berehat? Masa pakai inai tu, rehatlah cukup-cukup. I amik kesempatan untuk pakai inai dua malam berturut. Maknanya dapatlah rehat secukupnya waktu betul-betul yang u kena berehat. Kejung dan keras aje dibuatnya. Sampai kena mintak orang cebokkan. Ok this is disgusting. Pesanan dari BFF, siap-siaplah pakai baju tidur agar tak susah nanti lepas berinai terus tidur. Nak senang inai dekat jari je, inai lukis lagi leceh nak jaga.

Bukan niat nak menakutkan sesiapa, lagi-lagi bakal pengantin. Ini ialah kenyataan yang kami-kami semua dah rasai. Dah, tak nak cerita lebih-lebih :D

Bye!

Jutaan Terima Kasih!

Terima kasih pada yang hadir. Tak kiralah dari keluarga  hingga ke teman rapat. Ucapan tak terhingga pada keluarga yang turut membantu merealisasikan Majlis Pernikahan Sazwani dan Hafizi walaupun ringkas tapi berjalan lancar dengan meriah dan cantiknya. Walaupun cerewetnya I dengan semua benda tapi Alhamdulillah..

Untuk Mama dan Ayah, terima kasih tak terhingga dengan segala pengorbanan. Tak boleh diucap dengan kata-kata. Rumah yang indah diusahakan oleh kederat mereka yang dah berusia. Sedih tengok pengorbanan mereka dan Adik. Banyak lagi yang mereka uruskan. Katering, khemah dan PA System dan perkara lain dari yang kecil hinggalah besar. Masih takde gambar I dengan Mama dan Ayah dalam simpanan mana-mana camera T____T kalau sesiapa ada tolonglah...

Untuk Abang Jais dan ibunya, terima kasih jugak untuk makanan yang sedap-sedap. Terima kasih sebab memenuhi kehendak I dan Mama dari khemah sampailah ke makanan kepada tetamu. Alhamdulillah, elok semuanya. Terima kasih jugak dengan telur. Hanya Allah dapat balas jasa kalian.

Pelamin Abang Ikmal memang cantik. Harga memang superb. Terima kasih bang! Cantik sangat, sesuai sangat, rasa puas hati. Tak sia-sia penantian selama ni hahaha. In shaa Allah, ambil lah servis dari Abang Ikmal. Mesti puas hati.

Baju buatan Kathy Fashion dari Senawang memang sedap sangat I pakai. Kain kosong dari Nagoya di Terminal One Seremban je diserikan pulak dengan manik indah dari Kak Niza, Rerama D'Zein Studios tambahkan seri lagi padanya. Kak Niza, terima kasih sebab buatkan last minute sangat manik semua tu.

Paling utama, terima kasih Ain dan Herri! Korang memang best dan gabungan paling meletup. Ain, mekap u cantik sangat hari tu. I puas hati gila-gila. Kerja u best sangat. U pakaikan I shawl pun I suka jugak. Phew! Nak puji ape lagi semua dah best sangat ni. Herri pun happening sangat. Best jugak keje dengan u all. Semoga dipermudahkan lagi rezeki Ain dan Herri. Aminnnnn!

Terima kasih jugak, semua jurugambar. Wahh, ramai sangat ke? Dari Shuttera, adik 2 orang yang sempoi. Tak sabar akak nak tengok gegambar dik. Dekat FB pun dah rasa kembang kuncup hidung ni. Hahaha. Terima kasih jugak Shamin dan Shah. Tanpa korang takkan dapat kitorang feeling retis sangat. Sap sap sap sap semua kamera nak snap kitorang termasuklah korang. Gambar-gambar pun da'bomb jugak! Bila nak siap ek. Tak sabar nak upload :D ngeeee

Keluarga dan kawan-kawan yang upload dan tag gambar dekat FB, korang memang awesome! Kawan-kawan baju marhaban, jangan pernah berhenti buat havoc ok. Kita ada lagi a few kenduri to go after this. In shaa Allah. Boleh buat baju sama lagi. Muahahaha.

Geng Marhaban ni! Love u all!
my BFF. Wondergerldix forever, beybeh!

Thursday, January 2, 2014

Kahwin Oh Yeah : DIY Dulang Hantaran

3 kuntum bunga rose putih, 4 tangkai bunga kecik tak tau nama, 3 helai fern leaves, setangkai pearl campur beads diikat dengan dawai warna chrome dan shredded papers diletakkan diatas dulang dan siap! Ringkas bagi insan yang dah tak ada masa nak membalut ribbon bagai. Nak jugakkkk entri DIY hantaran. Tapi maaflah, terlupa nak buat step by step sebab serabut sangat bersilat dengan flora dan fauna dekat rumah. Maklumlah anak bulus 3 ekor mana penah pegi taman bunga.

Jom lah tengok bahan-bahan yang I gunakan.

1. Dulang warna putih siap dengan kaki berlingkar yang dibeli dengan harga RM10 setiap satu. Silalah cari di Nilai 3 ye. Lap sikit habuk jangan nampak benor pemalasnya..

2. 1 bata span basah dengan harga RM2.90 sahaja dan siap ada less untuk year end. Potong dua dan potong lagi tengahnya kalau tak nanti akan jadi tinggi sangat tak level dengan dulang. Rendamkan span dan balut dengan aluminium foil. Balut elok-elok ye.. Kemudian letakkan atas dulang.

3. Ambik 3 tangkai bunga rose putih ada celup pink sikit. Actually bunga ni satu bouquet RM7.90 ada 10 tangkai. Dua bouquet untuk cukupkan 5 hantaran. Potong ikut sedap rasa untuk dicucuk pada span.

4. Ambil 3 tangkai bunga yang kecik dan bercampur warnanya. Setiap bouquet ada 5 tangkai dan setiap tangkai ada 5 kuntum. Sama juga, potong setiap tangkai dan adjust sikit dedaunnya.

5. Di kedai aksesori perkahwinan ada jual beads yang bercampur dengan pearl dalam satu tangkai. Ambil setangkai dan bahagikan 3. Setiap plastik ada 5 tangkai berharga RM8.90. Potong elok-elok sebab takut tertanggal pearl.

6. Fern leaves dipotong dua dan adjust sikit cutting dia supaya nampak bentuk kelopak. 3 tangkai cukuplah nanti nampak macam pasu bunga hehehehe. Harga tak tau sebab ini recycle dari pasu Mama. Tq Ma!

7. Cucuk semua tetangkai tadi pada span dan deco secantik mungkin ikut kreativiti masing-masing. In shaa Allah, buat dengan keyakinan.

Siap!
8. Setelah dicucuk, ruang dulang tu cover je dengan kertas yang kena shred. Seplastik harganya RM9.90 dan boleh guna untuk 11 dulang kot! Ada balance lagi ni.. Nak? PM me hahaha. Memang nak senang aje Samani. Tak payah pening kan. Bagusss.

Siap! Belilah cokelat ke apa-apa yang dah dipersetujui untuk diletak atas dulang. Kalau boleh ikat sikit dengan ribbon supaya nampak lagi menarik. Sekarang, boleh tidur dengan nyaman dan tenang.

inilah rupanya bila dah letak kertas shredded tu.

Kahwin Oh Yeah : Hantaran Simple

Saje nak membanyakkan entri. 

Kali ni nak cerita pasal dulang hantaran pulak. Ada 5 dulang semuanya. Sirih junjung, coklat, cupcakes, buahan dan cincin. Puas sangat dapat DIY semua dulang ni. Kalau ikutkan hati memang takde dulang tapi nampak macam kosong pulak majlis. Mujur Mama paksa buatkan dulang tu hehehe.

1. Sirih Junjung - Tak minat junjung tinggi sangat. Cukuplah ianya tumbuh melata. Senang semua orang nak nampak dan tengok.


2. Coklat - Alhamdulillah, sempat beli masa jualan krismas di Publika. Dan dapatlah coklat sedap Lindor by Lindt. Nak tau macam mana rasa? Cuba beli. Perghhhhh!~


3. Cupcakes - Berjaya tempah dari Wondermilk di Publika jugak. Paling kurang order 3 hari ok. I amik design Love Letter sesuai la lovey dovey sangat. 



4. Buah-buahan - takde buahan sangatlah cuma idea dari Mama ni. Anggur hijau, merah dan hitam dan 10 bijik buah plum. Beli last minute, sehari sebelum majlis. 


5. Cincin - keputusan saat akhir jugak ni. Mama nak jugak I sarungkan cincin pada SiDia. Ok I turutkan tapi Mama buat tempat cincin ye. Hihihi.


Kahwin Oh Yeah : DIY Hand Bouquet

Ok ni paling senang dalam dunia. Beberapa benda je diperlukan ye. Kalau tak mau buat jugak tak tau lah. Ikut suka nak pakai bunga apa dan warna apa. Untuk hari perkahwinan I, bunga tulip memang dah confirm jadi pilihan hati. Termakbul jugak... Alhamdulillah.

Bahan-bahan yang diperlukan :
2 jambak bunga tulip putih dan pink-pink sikit
4 jambak bunga baby breath putih
Ribbon organza warna putih
Ribbon satin warna cream
Double-sided tape
Cutter

1. Potong bunga tulip jadi setangkai-setangkai sahaja. Sama jugak dengan bunga baby breath

2. Kumpulkan bunga tulip dan ikat dengan tali apa-apa

3. Selitkan bunga baby breath di keliling tulip. Make sure sama banyak dan adjust sikit bagi nampak elok

4. Lekatkan double sided tape di ribbon satin warna cream. Lilitkan keliling batang tulip dan kemas-kemaskan.

5. Buat lah ribbon jurai-jurai dengan menggunakan satin dan organza ikut sedap mata memandang

Macam biasa, kerja last minute jugak. Sebab tu takde gambar step by step. Kesian, buat sorang, takdelah orang yang tolong tangkapkan gambar. Apa pun tetap menjadi. Yahuuuuuww!

kuikuikui! gila senang dalam dunia :D

Kahwin Oh Yeah : Bila Samani DIY Sirih Junjung

Awesome! Nampak tak puji sendiri. Sebelum apa-apa baik sendiri puji nak motivasikan diri namanya ni. Hahaha. Ok, I sendiri tak sangka semudah ni je buat sirih junjung. Jangan peningkan kepala, pakai je sirih tipu-tipu yang boleh beli dekat kedai tu. Siap ada warna putih tau. Best sangat. Gambir dan kapur pun dah siap berbentuk bunga gitu. Cuma jangan pemalas, pergi cari dekat kedai menjual barang pengantin. In shaa Allah, jumpalah benda-benda ni semua. I buat sendiri sirih junjung! Nak tau camne? Jom, jom...

Bahan yang diperlukan :
5 kuntum bunga carnation warna peach cantik menarik kau memang da'bomb
4 jambak lalang yang ada bunga putih halus
2 jambak bunga kecik colorful (tak tau nama)
4 jambak bunga baby breath
Daun sirih hijau 2 size (besar dan kecil)
1 buah raga 4 segi
Span basah ikut size raga
Aluminium foil
Raga besar ni je I gunakan
Bunga colorful tak tau nama... sorry!

Bunga lalang ade bunga putih atas dia 
Bunga carnation, hopefully betul la hahaha
Actually, I pun tak tau macam mana nak bagitau cara buatan dia. Tapi harapnya faham lah bahasa ni kalau terkeluar pun tambi sangat.

Firstly, basahkan span dan balut dengan foil. Macam I, balut bahagian bawah aje supaya kalau tengok dari atas nampak lah hijau tu.. Lepas tu, adjustkan ke dalam raga putih cantik berseri ikut saiz kegemaran u all. 

Tanamkan lalang di sekeliling span biar nampak penuh tepinya. Tanamkan pula bunga baby breath selang-seli ikut suka. Kemudian baru tanam bunga colorful ke belah dalam sikit supaya nampak melata. Bunga ni ditanam bahagian tengah-tengah dan cari la ruang kosong mana yang tinggal. Akhir sekali barulah tanam bunga carnation sambil bezakan ketinggiannya.

Ambil 2 helai sirih berlainan saiz, lipat dan stapleskan. Untuk senang dicucuk, stapleskan sekali dengan toothpick bagi senang lekat dekat span. Selitkan celah-celah lalang supaya nampak kembang je keliling raga.
Sebelum jadi dengan sempurna sebab tak bubuh baby breath
Raga ni kena lah letak atas dulang sebab tak berkaki. Silalah cuba ye kalau nak sirih junjung tak berapa nak junjung ni menjadi salah satu hantaran.

Sirih sebenar di hari pernikahan