3 kuntum bunga rose putih, 4 tangkai bunga kecik tak tau nama, 3 helai fern leaves, setangkai pearl campur beads diikat dengan dawai warna chrome dan shredded papers diletakkan diatas dulang dan siap! Ringkas bagi insan yang dah tak ada masa nak membalut ribbon bagai. Nak jugakkkk entri DIY hantaran. Tapi maaflah, terlupa nak buat step by step sebab serabut sangat bersilat dengan flora dan fauna dekat rumah. Maklumlah anak bulus 3 ekor mana penah pegi taman bunga.
Jom lah tengok bahan-bahan yang I gunakan.
1. Dulang warna putih siap dengan kaki berlingkar yang dibeli dengan harga RM10 setiap satu. Silalah cari di Nilai 3 ye. Lap sikit habuk jangan nampak benor pemalasnya..
2. 1 bata span basah dengan harga RM2.90 sahaja dan siap ada less untuk year end. Potong dua dan potong lagi tengahnya kalau tak nanti akan jadi tinggi sangat tak level dengan dulang. Rendamkan span dan balut dengan aluminium foil. Balut elok-elok ye.. Kemudian letakkan atas dulang.
3. Ambik 3 tangkai bunga rose putih ada celup pink sikit. Actually bunga ni satu bouquet RM7.90 ada 10 tangkai. Dua bouquet untuk cukupkan 5 hantaran. Potong ikut sedap rasa untuk dicucuk pada span.
4. Ambil 3 tangkai bunga yang kecik dan bercampur warnanya. Setiap bouquet ada 5 tangkai dan setiap tangkai ada 5 kuntum. Sama juga, potong setiap tangkai dan adjust sikit dedaunnya.
5. Di kedai aksesori perkahwinan ada jual beads yang bercampur dengan pearl dalam satu tangkai. Ambil setangkai dan bahagikan 3. Setiap plastik ada 5 tangkai berharga RM8.90. Potong elok-elok sebab takut tertanggal pearl.
6. Fern leaves dipotong dua dan adjust sikit cutting dia supaya nampak bentuk kelopak. 3 tangkai cukuplah nanti nampak macam pasu bunga hehehehe. Harga tak tau sebab ini recycle dari pasu Mama. Tq Ma!
7. Cucuk semua tetangkai tadi pada span dan deco secantik mungkin ikut kreativiti masing-masing. In shaa Allah, buat dengan keyakinan.
Siap! |
8. Setelah dicucuk, ruang dulang tu cover je dengan kertas yang kena shred. Seplastik harganya RM9.90 dan boleh guna untuk 11 dulang kot! Ada balance lagi ni.. Nak? PM me hahaha. Memang nak senang aje Samani. Tak payah pening kan. Bagusss.
Lebih kurang hantaran tunang saya lah. Hehe. Bunga and theme warna je lain. ;)
ReplyDeletesama ek. camni je yg i reti buat hehehe :)
Delete