Nuffnang Ads

Friday, January 10, 2014

Persediaan Bakal Raja Sehari

Jangan salah sangka, ni bukan persediaan dari segi baju atau dulang atau katering and so on. Apa yang I nak cuba kupas kopek dan siat disini pada entri ini ialah mengenai MENTAL dan FIZIKAL pengantin a.k.a raja sehari. Setelah dikaji, memandangkan dah berpengalaman ni mulalah poyo sikit nak share itu ini. Diharap berguna sebagai panduan kepada bakal pengantin. Mana kan tidak, I dan SiDia demam berhari-hari ok. Belum sihat lagi. Terpaksa makan ubat dan menahan amarah akibat dari keadaan sakit yang membataskan kami untuk buat kerja-kerja lain. Grrrr~

Dari segi fizikal, pastikan badan anda selesa dan boleh muat baju dengan sebaik mungkin. Kalau boleh biarlah longgar sikit jangan ketat sangat nanti kita sendiri rasa down sebab nak duduk akan rasa susah dan tak selesa. Kena ingat tau, kita akan menjadi sedikit lasak masa hari bahagia tu sebab nak kena bangun dan duduk di pelamin, meja makan beradap, sewaktu majlis akad, sesi fotografi dan kita kena berlarian anak sikit kadang-kadang sebab semua orang akan panggil kita, mata semua tertumpu pada kita, berebut orang sana sini panggil. Make sure, rasa selesa masa pakai baju tu.

Untuk fizikal pun, memang raja sehari PERLU sangat menjaga kesihatan diri. Memang biasa kalau nak jadi pengantin semua benda pun kita uruskan. Maklumlah, mana ada wedding planner kan. Dari urusan dapur sampai ke laman rumah semuanya pengantin buat sendiri. Kalau boleh sediakan awal dan bahagikan tugas-tugas ni. Memang kena lasak tak boleh lembik-lembik tapi bila guna terlampau banyak sangat tenaga pada sebelum majlis perkahwinan akan effect pada hari bahagia kita. SUPER LEMBIK! Sebab dah terlampau penat menguruskan pemasangan khemah *ops* dan masak kenduri hahaha. Ni contoh je. Pengalaman I, memang penat sangat. Semua I uruskan sendiri. Dengan bantuan Sayang, I buat semuanya sendiri. Cuti tahunan dah bankrap, memang habis. Tinggal ngam-ngam untuk sehari sebelum dan selepas majlis. Arghhhh!~

Mental paling kena kuat. Sebab mental kontrol semua perilaku kita sewaktu majlis berlangsung. Kalau lemah mental, demamlah kita. Kalau kuat mental, dapatlah kawal semua rasa tu. Nak tau kenapa kita mudah pening kepala masa majlis. Satu, memang cuaca sangat memainkan peranan penting. Sedangkan majlis waktu malam pun kita sakit kepala, inikan pulak waktu tenghari. Pandai-pandailah setting kipas keluar air sikit dekat pelamin dan main table nanti ye hehehe. Dua, majlis tu kita jemput ramai tetamu dan kita sedang force otak kita untuk recall muka mereka supaya synchronize dengan nama yang kita nak keluarkan dari mulut kita. Contoh, Pak Lang dan wifenya, Mak Lang Suraya dan Pak Tam Ami dan wife, Auntie Lin :) Itu baru sedara mara dekat. Sedara mara jauh yang jarang jumpa macam mana? Kerut-kerut dahi ok nak memikirkan. Hahaha.

Apa pun, berlatih dari sekarang untuk sentiasa tersenyum. Penat rahang bila kena paksa senyum. Lagi-lagi bila sesi fotografi tu. Sampai photographer paksa la pengantin senyum. Take it seriously, your picture worth your lifetime. Kena pastikan elok. Jangan lupa jugak untuk maintain mekap, redha dengan bulu mata palsu, bagi perempuan. Pasrah dengan sampin songket 2 lapis bagi lelaki. Memang akan rasa sangat mengah dengan semua ni, bertahanlah ye.

Nak tau masa bila pengantin boleh berehat? Masa pakai inai tu, rehatlah cukup-cukup. I amik kesempatan untuk pakai inai dua malam berturut. Maknanya dapatlah rehat secukupnya waktu betul-betul yang u kena berehat. Kejung dan keras aje dibuatnya. Sampai kena mintak orang cebokkan. Ok this is disgusting. Pesanan dari BFF, siap-siaplah pakai baju tidur agar tak susah nanti lepas berinai terus tidur. Nak senang inai dekat jari je, inai lukis lagi leceh nak jaga.

Bukan niat nak menakutkan sesiapa, lagi-lagi bakal pengantin. Ini ialah kenyataan yang kami-kami semua dah rasai. Dah, tak nak cerita lebih-lebih :D

Bye!

No comments:

Post a Comment