Ok ni paling senang dalam dunia. Beberapa benda je diperlukan ye. Kalau tak mau buat jugak tak tau lah. Ikut suka nak pakai bunga apa dan warna apa. Untuk hari perkahwinan I, bunga tulip memang dah confirm jadi pilihan hati. Termakbul jugak... Alhamdulillah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
2 jambak bunga tulip putih dan pink-pink sikit
4 jambak bunga baby breath putih
Ribbon organza warna putih
Ribbon satin warna cream
Double-sided tape
Cutter
1. Potong bunga tulip jadi setangkai-setangkai sahaja. Sama jugak dengan bunga baby breath
2. Kumpulkan bunga tulip dan ikat dengan tali apa-apa
3. Selitkan bunga baby breath di keliling tulip. Make sure sama banyak dan adjust sikit bagi nampak elok
4. Lekatkan double sided tape di ribbon satin warna cream. Lilitkan keliling batang tulip dan kemas-kemaskan.
5. Buat lah ribbon jurai-jurai dengan menggunakan satin dan organza ikut sedap mata memandang
No comments:
Post a Comment