Nuffnang Ads

Thursday, March 5, 2015

Nasib Tak Baik Di KK Seremban 2

Segala aduan telah dipanjangkan pada hari kejadian kepada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui dalam talian. Diharap pihak bertanggungjawab akan mengambil maklum.

Pada 7/1/2015 (HARI RABU), saya telah mendapatkan rawatan di KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2 kerana masalah demam. Selepas ujian darah diambil, doktor telah meminta saya membuat ujian darah FBC semula pada 8/1/2015 (HARI KHAMIS) untuk ujian terpaksa dirahsiakan.

Saya telah hadir semula di KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2 pada HARI KHAMIS (8/1/2015) untuk tujuan mengambil darah. Saya difahamkan, untuk bacaan keputusan darah adalah mengambil masa selama 2 bulan selepas darah diambil kerana sample darah perlu dihantar di makmal di HOSPITAL TUANKU JAAFAR. Petugas kaunter NO.26 telah memberi satu tarikh iaitu 4/3/2015 (HARI RABU) untuk tujuan mengambil keputusan ujian darah.

Pada hari ini, 4/3/2015, saya telah hadir ke KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2 untuk temujanji yang ditetapkan pada jam 10.00 pagi. Pada jam 9.55 pagi saya telah mendaftar dan diarahkan ke KAUNTER NO.24 untuk mengambil keputusan ujian darah sebelum ke Bilik 34 untuk bertemu dengan doktor yang bertugas.

Malangnya, apabila saya sampai di KAUNTER 24, petugas di kaunter telah membuat saya kecewa. KEPUTUSAN DARAH saya tiada didalam rekod mereka walaupun setelah 2 bulan saya menunggu dan telah hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan di dalam kad temujanji. Petugas di KAUNTER 24 telah mengajukan 2 soalan dengan nada yang tidak menyenangkan.

PETUGAS DI KAUNTER : BILA AMBIL DARAH? SEPATUTNYA AWAK TAHU BILA TARIKH AWAK DATANG MENGAMBIL DARAH. PENTING TU.

SAYA : SAYA DAH CHECK BALIK DALAM DIARI SAYA YANG BETUL SAYA DATANG PADA 8/1/2015 YANG LEPAS. DAN ADA TERCATAT DI DALAM KAD TEMUJANJI SAYA...

PETUGAS DI KAUNTER : AMBIL DARAH UNTUK APA? SEPATUTNYA KENA TAU UNTUK APA DARAH AWAK DIAMBIL. KENA TAU TU.

SAYA : DOKTOR YANG MERAWAT SAYA ADA CAKAP BERKENAAN NAK BUAT UJIAN tuuuuuuuttttt. DALAM KAD RAWATAN TU ADA RESULT DARAH YANG SEBELUM NI SAYA PERNAH BUAT DAN DOKTOR PUN ADA BUAT CATATAN DISITU.

PETUGAS DI KAUNTER : HURMMMM TAK ADA PUN KEPUTUSAN NI SAYA DAH CARI DEKAT SINI PUN TAK ADA.

SAYA : TAKPE LAH KAK, SAYA DUDUK DULU YE AKAK CARI LA DULU..

PETUGAS DI KAUNTER : HA DUDUKLAH DULU, LAMA LAGI NI NAK CARI.

Selepas saya duduk beberapa ketika, petugas di kaunter tersebut telah memanggil nama saya dan dengan harapan saya sangkakan keputusan saya telah ditemui. Malangnya masih tidak dijumpai. Beliau menyoal saya berulang kali dengan soalan yang sama. Dan menyatakan tiada keputusan ujian darah saya disana.

Saya telah diarahkan untuk hadir semula pada 10/3/2015 (HARI SELASA) untuk mengambil semula keputusan darah saya. Dan, saya disuruh menelefon dahulu KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2 untuk mengesahkan samada keputusan ujian darah tersebut telah ada atau tidak dan doktor pakar hadir pada hari berikut.

Saya seorang kakitangan Kerajaan dan bekerja di dalam Daerah Seremban juga. Saya telah mengambil masa bekerja saya untuk berjumpa dengan doktor dengan harapan akan diberikan time-slip untuk diberikan pada majikan saya. Waktu bekerja saya amat berharga dan saya bukan keluar dari pejabat secara sesuka hati. 

Diatas ialah petikan daripada aduan yang telah I buat berkenaan dengan perkhidmatan yang I terima dari KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2. Selepas beralku saja kejadian ni terus migrain kepala I. Bayangkan, selama 2 bulan I menunggu untuk dibacakan keputusan ujian darah tersebut. I juga terpaksa menghentikan urusan TTC untuk memastikan I dalam keadaan yang baik sebelum mempunyai zuriat sendiri. 

Diharap pihak yang bertanggungjawab dengan permasalahan yang I hadapi ni memberi kerjasama dalam menyelesaikannya. Sampai ke hari ini, masih lagi sakit kepala I yang terpaksa menunggu sampai minggu depan...

4 comments:

  1. melampau la perangai diorang ni,cam ne lah orang nak pi klinik kesihatan kerajaan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor pakar dkt sana dah slow talk dengan I... ditanya lagi kenapa buat report pada KKM.. kalau tak report nanti SEMUA orang tak alert. Hurmmmmmm geram!

      Delete
    2. Alamak..sama la dgn kes anak sy ni. Sebulan tunggu result darah...4 jam tunggu turn, pastu result darah takde. Sakit jiwa dan raga..

      Delete
  2. jangan kata KKM, jabatan lain pun mcm tu gak.. bila dh kena viral dlm fb, baru kalut call tnya kita itu ini.. siap marah nape g viral kan.. dah emel, call, g kaunter semua staf membatu je.. xde jln lain, viral je la.. pelanggan ssh korang x peduli, jabatan sndri susah nak marahkan pelanggan lak.. rasakan!

    ReplyDelete