Nuffnang Ads

Monday, March 16, 2015

Sazzi's Pantry - Pisang Goreng Cheese Chocolate

Gosh! Memang I terribly in love with this food. And it contains thousand of calories, too. Ok abaikan bab kalori itu sekejap. Kalau diikutkan, memang tak dapat lah I menikmati makanan exotic yang satu ini. Hehe. Ok memang sedap dan kena dengan tekak I. Tapi yang chocolate aje la. Kalau flavour yang lain tu I kureng sikit ye. 

Untuk kali ni, I takde pulak tangkap gambar step by step. Yang outcome dia je I mampu snap. Kerana, keterujaan nak makan tu yang buatkan I gelojoh sampai lupa nak tangkap. Sayang settle je pisang goreng panas-panas tu I pun mulakan operasi. 

BAHAN-BAHAN

Pisang yang telah digoreng
Susu pekat
Cheddar cheese (I pakai Bega)
Chocolate rice ATAU chocolate syrup (I suka dedua!)

CARA-CARA

1. Selepas mengangkat pisang yang telah digoreng, toskan dan letakkan di atas kertas kedap minyak atau tisu dapur.
2. Susun sebaris ye, kalau main campak berlapis-lapis nanti tak semua permukaan kena cheese dan chocolate
3. Tuangkan susu pekat di setiap pisang. Kalau boleh sikit je takut nanti manis sangat
4. Parutkan cheddar cheese di sekeliling pisang agar permukaan pisang diliputi cheese
5. Tuangkan chocolate rice atau chocolate syrup mengikut kesukaan anda masing-masing
6. SIAP!

Jangan complaint kalau mahal makanan yang dijual di luar sana. Kalau nak instant, beli je pisang goreng di kedai dan buat sendiri konsep Pisang Goreng Cheese Chocolate yang u all nak. Memang harganya mahal, kerana bahan yang digunakan. I rasa ok kot harga RM5 untuk 6 atau 7 slices pisang goreng yang diletakkan cheese dan chocolate

Apa pun, selamat mencuba dan selamat menikmati Pisang Goreng Cheese Chocolate

Aummm! Aummmm! 

No comments:

Post a Comment