Nuffnang Ads

Saturday, January 16, 2016

Ajal Menjemput Tak Kira Masa

Pertama kali I nak zahirkan sembah takziah kepada keluarga DiRaja Johor diatas kemangkatan Tunku Jalil pada hujung tahun lepas dan kepada keluarga diraja Negeri Sembilan diatas kemangkatan Tunku Alif semalam..

Dimulakan dengan pemergian sahabat satu pejabat kami, Arwah Nurul, boleh baca DI SINI untuk post yang pernah I tulis setahun yang lepas. Semacam tak percaya dengan pemergian Nurul yang masih muda. Tepat 9 November 2015, kami sepejabat sekali lagi terkejut menerima berita kematian bekas pegawai kami iaitu Encik Ahmad Hasbullah. Diikuti dengan perkhabaran perginya Along kepada sahabat kami, Fura yang dijemput Allah pada hari Selasa, 12 Januari 2015. Dan semalam,15 Januari 2015, 2 berita mengejutkan iaitu sahabat kepada suami I, Piko yang kembali ke Rahmatulllah pada jam 2.00 am dan Tunku Alif yang telah gering beberapa ketika. 

Satu perkataan saja, betapa mudanya usia mereka ketika Allah menjemput mereka. 
  • Arwah Nurul, pergi meninggalkan 2 anak kecil ketika usia baru menginjak 30 tahun akibat demam panas ketika masih di dalam pantang. Tak berkesempatan nak berjumpa arwah selepas melahirkan Afeef.
  • Pemergian bekas pegawai kami di JKR Negeri Sembilan, Arwah Ahmad Hasbullah pada usia 36 tahun juga meninggalkan kesan di hati kami. Beliau telah koma akibat dari demam Denggi berdarah.
  • Almarhum Tunku Jalil, melawan kanser hati selama setahun sebelum menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 25 tahun. 
  • Arwah Along kepada sahabat kami juga meninggal dalam usia yang agak muda iaitu 34 tahun akibat dari pendarahan di dalam ususnya. Arwah Along meninggalkan seorang anak berusia 9 tahun, Balqis. 
  • Semalam, jam 3.00 am I telah dikhabarkan oleh sahabat-sahabat kepada suami yang memberitahu bahawa Arwah Piko yang berusia 33 tahun telah kembali ke Rahmatullah setelah rebah ketika sedang bermain futsal. 
  • Almarhum Tunku Alif pula telah menghembuskan nafas terakhir di PPHUKM setelah beberapa hari di sana dan Almarhum Tunku Alif telah mangkat sehari selepas Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz. 
Zaman dah berubah, Kiamat semakin menghampiri kita. Allah pun dah beri petunjuk bahawa usia kita semakin singkat. Tak kira masa, malaikat maut akan mencabut roh kita dari jasad. Janganlah, dikala pemergian sahabat-sahabat kita barulah rasa keinsafan itu datang dan berubah ke jalan Allah sementara sahaja. Kita kekalkanlah ibadah kita dan apa jua yang kita lakukan adalah kerana Allah semata-mata. Kita bersyukurlah dengan apa yang kita ada, banyakkan bersedekah dan berbuat baik dengan semua orang terutama ibu bapa dan ahli keluarga kita. 

Ya Allah, Kau ampunilah semua dosa-dosaku :'( Amin...

*sekadar mengingatkan diri sendiri... Bahawasanya, ajal itu sentiasa dekat dengan kita. Cuma kita yang tidak perasan bilakah masanya kita akan dijemput*

No comments:

Post a Comment