Nuffnang Ads

Wednesday, January 13, 2016

Suka Suki Penjual Popcorn

Proud
Belum lama lagi dan belum pun stabil lagi. Masih mencungap. Belum ngam lagi timing meniaga dan bekerja hakiki. Sangat memerlukan tunjuk ajar dari yang senior. Itulah I dan Sayang yang masih merangkak dalam dunia perniagaan. Sikit-sikit sokongan padu dari mereka yang mempercayai kami menjadikan kami yang masih merangkak ini dapat berdiri walaupun bertatih. Eh panjang pulak intro nye ye hihihi. Excited nak tulis pasal bisnes yang kami dah terjebak hampir setahun ni. Ye, baru lagi. Orang kata, sejuk lagi sebab tu kami pun mengeletor tak tentu arah. 

Ladzat! Hehehehe
Memang banyak sangat cabaran dalam perniagaan ni. Walaupun konsep kami hanyalah homemade, masalah tetap juga timbul. Lagi-lagi kami bermodalkan sendiri. I cuma nak share anekaragam kesakitan yang kami dah rasai. Mungkin ada yang sama dengan orang lain. 

MASAK SECARA MANUAL
Nak tau macam mana cara kami memasak? Masih menggunakan cara lama a.k.a old school. Meletupkan popcorn menggunakan kuali bersaiz sederhana dan mengacau caramel menggunakan kuali yang besar. Kekuatan tangan adalah sumber tenaga utama semasa mengacau caramel dan popcorn di atas dapur gas. Korang rasa......? Kami takde mesin canggih. Tengah kumpul modal sendiri untuk membeli satu yang boleh meringankan beban dan mengurangkan muscle. Kihkihkih. Tapi kata Mama, kacau guna tangan tu yang berkat orang makan sedapppp. Amboi Ma, tangan dah tak terangkat ni hehehehehe.

ORDER BERTURUTAN
Ni sedih sikit lah. Sebabnya, I jenis yang kesian bila orang dah order yang teringin sangat nak popcorn tu tapi kami tak dapat laksanakan. Serba salah rasanya terpaksa tolak atau postponed order ke satu masa yang ditetapkan. Kami terpaksa, kalau tak nanti tercabut tangan nak mengacau. Putus pinggang berdiri seharian. Paling tidak, order seminggu awal, agar kami dapat uruskan masa bekerja kami dan semua dapat merasa sorang sedikit. In shaa Allah... Semua order kami siapkan dalam tempoh yang ditetapkan, ada sesetangah tercicir sikit. Lumrah manusia. Kami tak lepas dari kekhilafan. Ayat play safe hehehehehe~

DELIVERY LUAR KAWASAN
Yang ini pun menjadi masalah bagi kami. Kami takde runner, apatah lagi unit logistik. Semua penghantaran dilakukan sendiri sahaja. Paling jauh setakat ini ialah Melaka dan Subang. Setakat dalam kawasan Seremban boleh sangat-sangat kami buat penghantaran. Kalau di luar Seremban, KL terutamanya, masalah yang timbul adalah dari segi masa kalau kesesakan lalu lintas dan kos penghantaran. Oleh kerana itu, antara solution bagi masalah ini ialah penghantaran hanya akan dilakukan sekiranya order minimum 100 pax. Terpaksa buat macam ni.. Cumanya, tidak terlalu jauh kawasan penghantaran sampai ke Ipoh atau JB. Belum mampu lagi... Satu hari nanti ye :) Amiiin!

ORDER TERLAMPAU BANYAK
Kami menggunakan konsep memasak secara manual. Kalau order sebanyak 300 pax tu boleh kami laksanakan. Kalau order sebanyak 1000 pax, dalam 3 ke 4 hari jugak berfikir tu. Nak terima ke tidak. Taknak ianya menghantui kami. Taknak terganggu kerja hakiki. Taknak eksyen sangat nanti tak terbuat. Tapi, kalau diberikan masa yang sesuai, in shaa Allah kami laksanakan. Dan order lain terpaksa ditutup sementara waktu. Hihihihi.

KECEDERAAN KETIKA MEMASAK
Siapa kata masak popcorn tak cedera hahahaha. Cedera jugak tau. Pernah popcorn meletup semasa I tengah mengacaunya dan tak sempat ditutup. Itu belum kira kecederaan Sayang terpercik caramel panas yang boleh dikatakan kalau terkena plastik akan menyebabkan hangus. Ye, jari I sendiri masak dek caramel panas. Dan minyak panas pun menggigit tangan dan seluruh badan yang lain. Itu part memasak popcorn, part membuka tin marjerin, kami memang dah tak berdaya nak menangis kalau tersiat dibucu tin. Dahlah dalam lukanya, melingkar pulak tak lurus. Haihhhh!

DITIPU BUYER
Pernah... Tak nak bagitau siapa. Tapi cukuplah kami membuat penghantaran di luar kawasan dan bila tiba di tempat yang dijanjikan, tiada langsung bayang pembeli :( Bukan itu saja, telefon tak berangkat dan mesej tidak dibaca. Selama 2 jam juga kami menunggu tercongok namun, kami pulang dengan kehampaan... Syukur, ianya mematangkan kami.

DILAYAN SEPERTI...
Nak cakap dah macam mendoakan diri sendiri tak elok kan. Tapi, itulah hakikatnya. Kami seperti bekerja dengan bos yang sangat bossy. Mengikut setiap arahan dan menunggu lama sudah biasa dialami. Sedih je kalau nak diikutkan. Apakan daya, cabaran perniagaan sebegitu. Kalau mengeluh, satu benda pun takkan menjadi. Cuba kalau orang yang membuat tempahan tu dilayan seperti mana dia melayan kami. Doakan kami diberi kesabaran dan ketabahan hati lebih dari orang lain, amin..

ADUAN
Ini yang paling rasa kelakar sangat. Serious lah, banyak gila aduan tau. Cuba kerja dengan kami selama seminggu. Antara contoh aduan adalah seperti : "...caramel manis sangat, boleh kurangkan?" "...ada popcorn yang tak kena caramel la... rugi!" "...mahalnya..." "...bekas yang haritu tak sama besar dengan bekas hari ni..." "tak rasa macam TGV pun..." takpe, inilah yang akan menguatkan lagi kami. Kalau takde aduan macam ni kita akan sentiasa rasa produk kita perfect. Bersyukurlah dengan aduan berhemah ini, jangan sampai viral di media sosial. Nauzubillahiminzalik...

Setakat ni, itu saja yang I dapat share :) Sebenarnya ada beberapa lagi. Tunggu post lain lah ye. Sekali lagi nak promote, Kalau berminat nak beli atau nak buat doorgift bolehlah Whatsapp husband I nanti ye kita bincang harga. Hihihihihi. Kemain lah Samani!

No comments:

Post a Comment