Nuffnang Ads

Monday, August 11, 2014

Selamat Berkursus Sayangku

Bukan selamat berkurus ye. Please take note. Sebenarnya I yang sedih lebih ni. Mengalahkan Sayang, mengalahkan isteri-isteri lain yang menjaga anak-anak, mengalahkan isteri-isteri yang ditinggalkan kerana suami berkursus berbulan lamanya, mengalahkan suami yang berbakti di sempadan negara dan paling penting kesedihan I mengalahkan isteri yang ditinggalkan suami kerana berjihad di negara Islam yang sedang berperang. Sorry Sayang, I memang emo lebih. Walhal Segamat, alahai, piece of cake je kalau Segamat in a blink I boleh sampai sebab bukan tak biasa berulang Seremban-Segamat-Seremban. Sabar, seminggu je tolong jangan over sangat hehehehehe. 9 - 16 Ogos je, ngam-ngam seminggu. Kalau pejam celik dah habis masa tu.
Gambar masa nak hantar Sayang ke IPK
Dengan sedihnya, I mengemas barangan Sayang untuk seminggu dari jam 1.00 am sampai ke 3.00 am. Tepat jam 7.45 am, kami sampai di IPK Negeri Sembilan untuk proses lapor diri dan pendaftaran peserta kursus. Ramai jugak peserta dan ahli keluarga yang datang untuk menghantar dan bagi sokongan. Alhamdulillah, Sayang tak berseorangan.. Kemas nampak Sayang dengan berbaju putih lengan panjang, berseluar hitam dan bertali leher gelap. Sama juga dengan peserta lelaki yang lain.

Amboi, khusyuknye Sayang.
Haaaa tempat ni lah I duduk.
Lama juga Sayang kena beratur dekat padang kawad tu. Adalah dalam hampir sejam. Walaupun panas pagi JE, tetap panas gak woi! I yang duduk je pun rasa bengap otak sebab dah makin panas. Macam mana diorang yang di padang tu ye. Penerangan adalah berkenaan perjalanan pergi dan pulang ke PULAPOL Segamat, kumpulan semasa berkursus, keperluan kewangan semasa berkursus, sedikit peraturan dan pelantikan ketua bagi kumpulan dari Negeri Sembilan. I mana lah reti istilah-istilah polis ni. Betul ke gelaran diorang kumpulan? Ke platun? Atau kontinjen? Correct me if i'm wrong... 

Ni dari Negeri Sembilan je nanti dekat PULAPOL Segamat ada lagi dari negeri-negeri lain...
Dalam jam 9.25 am, sebuah bas, sebuah lori dan sebuah van berjalan keluar dari IPK Negeri Sembilan untuk menuju ke PULAPOL Segamat. Allah, luluh rasa jiwa ni.. Bila tengok Sayang berlalu pergi menaiki lori. He chose to travel in that. 3 jam lepas tu Sayang mengadu pening sebab naik lori. Hahaha! Siapa suruh kan...! Alhamdulillah, selamat Sayang sampai ke PULAPOL Segamat berbekalkan 1 bag pack, 1 beg roda dan 1 beg kasut. Nampak macam sikit tapi beratnya, kalau I bawak dah tumbang ke belakang. Tah macam mana Sayang pikul nak naik ke dorm.....
Tahukah anda : beg merah tu berat giler!!!!!!!! 
Kenapalah Sayang tak naik bas ni.
Diaorang berdua ni prefer naik lori ni...
Ha... Berdua ni lah. Suka ye naik lori... Amekau! Haha
Bermulalah episod I sebagai ibu tunggal sementara untuk Koko dan MooMoo. Semua berkaitan rumah akan I uruskan SENDIRI, SEORANG DIRI... huaaaaaa! Mampu ke :'(

Sedihnyaaaaaa~

No comments:

Post a Comment