Nuffnang Ads

Monday, April 6, 2015

Diari PCOS : 01

Tiba-tiba macam hari ni nak update blog pasal satu-satunya kelemahan pada wanita yang masih belum diketahui segala puncanya. Cuma ada simptom yang menunjukkan kehadiran PCOS dalam seseorang wanita itu. Tiada punca, tiada penawar. Memang pelik dan ajaib sangat. Wanita-wanita PCOS juga adalah wanita unik ciptaaan Allah yang tiada galang gantinya. 

I adalah salah seorang PCOSer yang tidak asing lagi. Di antara tanda-tanda yang menjadikan I seorang wanita PCOS, seperti yang dinyatakan oleh pakar sakit puan ialah :

Obesiti - keguguran kandungan - banyak bulu roma - rambut gugur - kulit tidak glow - gangguan waktu haid dan tinggi kolestrol. 

ALHAMDULILLAH. Dikurniakan satu keistimewaan yang tidak ada pada wanita normal yang lain. Menjadikan diri lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga setiap inci ketidaksempurnaan hormon agar tidak berlaku sebarang kecelaruan emosi dalam menghadapi PCOS. I memerlukan bantuan dari segi ubatan untuk mematangkan telur dan membantu proses kesuburan. 

Tipu lah kalau kata tidak pernah putus asa langsung dengan keadaan diri. Sifat itu ada, sentiasa ada, rasa gagal dengan diri sendiri dan keluarga. Apa yang kita perlu lawan ialah kegagalan itu sendiri. Kita tak sendiri pun. Kita ada mereka, rakan seperjuangan, yang mungkin lebih teruk lagi masalah fertility daripada kita. Daripada rakan seperjuangan ini lah I pun mula belajar sedikit demi sedikit. Cara nak maintain emosi, cara nak stabilkan hormon, cara nak lawan dengan kekurangan sendiri. I nak belajar, kerana I yakin, kalau mereka boleh kenapa tidak I?

I menyertai, dengan membaca setiap inci perbualan di support group Kelab PCOS (TTC) Malaysia dan Forum Ratuhati. Macam-macam petua, macam-macam ajaran dan macam-macam amalan yang tersedia. Amalan dari semua rakan yang senasib. Mereka memberi ilmu, mereka memberi laluan dan cara kepada I untuk membantu diri sendiri. Lebih baik dari membaca gosip panas, menghentam sana sini dan cerita yang tak masuk dek akal. 

Dengan penyertaan dalam support group yang dinyatakan, telah merubah 360 darjah cara I berfikir. Banyak yang I belajar dari segi pemakanan, suplemen dan aktiviti riadah yang bagus untuk wanita PCOS. Sangat membantu dan memberi suntikan semangat baru kepada I yang sentiasa rasa gagal. Rupanya, bukan I sahaja yang merasa begitu, RAMAI lagi! Dalam group kami berbincang dan memberi kata dan sokongan moral diantara satu sama lain. Sekaligus, membuang rasa gagal dalam diri sendiri. 

Secara asanya, teruskan usaha. Itu saja yang mampu I katakan. Jangan putus asa, jangan rendah diri. Jangan sibuk dengan gosip artis, jangan menghentam sana sini. Buat amal jariah. Majukan diri dan positifkan diri dalam semua aspek. Rezeki, bukan dari sesama manusia. Rezeki datang dari Allah. Percayalah.

P.S. Tak sabar nak update pasal Diet Atkins, Fish Oil, Spearmint Tea, Zumba, Multi-vitamin dan OPK

This is PCOS

No comments:

Post a Comment