Nuffnang Ads

Friday, April 17, 2015

Malam Minggu Berdarah

Berkobar-kobar nak share satu pengalaman baru dalam hidup, yang mematangkan I dan lebih menghargai hubungan I dan suami. Tak mungkin semua orang dapat merasa pengalaman begini. Insan kesayangan Allah dan yang paling utama, yang terpilih sahaja. Alhamdulillah, I masih diberi nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah.

11/4/2015, Sabtu.
Macam biasa, I tiba di KOMBES, Paroi untuk sesi senamrobik bersama KEG, memang menjadi rutin malam minggu. Walau Sayang bekerja, I tetap setia menjadi salah seorang yang mengikuti aktiviti tersebut setiap jam 9.00 pm sehinggalah 10.30 pm atau 11.00 pm paling lewat. Minggu itu, entahlah, berkobar rasa nak pergi menyertai setelah 2 minggu I terlantar demam dan batuk selsema yang teruk. Tak beriya sangat pun, buat ala kadar. Orang baru sudah baik demam gitulah. Tapi bahagia sangat, sebab dapat jumpa kawan-kawan seangkatan. Rindu nak berpeluh, rindu dekat kawan-kawan pun ye. Hihihi. Oh ye, elok pulak malam tu Sayang bercuti, makanya, Sayang yang menghantar dan mengambil I dari KOMBES Paroi dengan menaiki motosikal.

Jam 11.00 pm, setelah habis saja sesi senamrobik, berkobar I menelefon Sayang untuk pulang. Lapar sebenarnya. Lepas tu dah berjanji pulak dengan Kak CT dan Abang Rock untuk minum bersama. Sebabkan lapar sangat, I dan Sayang terus ke Kedai Atuk untuk menikmati mihun sup ayam special. Nenek siap buatkan yang baru sebab kuahnya dah habis. Alhamdulillah.....! Selepas berhubung melalui Whatsapp Group, kononnya Kak CT pun nak datang join lepak dekat Kedai Atuk. Tapi, awal pulak tutupnya malam tu. Mungkin dah habis dan kerusi meja pun dikemas. Ok, tak jadi lah nak lepak situ, I pun mintak Kak CT datang ke Shell Paroi untuk tunggu kitorang sementara nak isi minyak motosikal sebelum kitorang sambung lepak. Cadangnya nak ke NKI di Seremban Prima. Sambil lepak, boleh cuci mata sikit kalau dekat Seremban Town ada budak kereta ber'racing'.

Jam 11.40 malam, selesai I dan Sayang mengisi minyak motosikal, kami pun melambai pada Kak CT dan Abang Rock yang berkereta untuk ikut di belakang kami. Nak lead diorang ke NKI sebenarnya. Everything went smooth, sampailah ke traffic light betul di hadapan Sekolah Menengah Seri Ampangan. Ye, dari jauh memang lampunya merah, Sayang bersiap untuk berhenti. Sampai saja betul di traffic light, lampu bertukar hijau dan Sayang yang tak mau Abang Rock kehilangan dari pandangan, perlahan saja jalannya terus menyusur jalan sehinggalah....... I dan Sayang terbaring di atas jalanraya betul-betul di hadapan sekolah!

Ye, dengar bunyi hon kereta di tepi telinga I, terus I tarik bahu Sayang untuk bangun dari jalanraya. Motosikal dah menghempap kaki kami. Kereta dan motosikal yang lain dah berhenti di bahu jalan. Untuk menolong kami. Bila Sayang bangun saja, I nampak muka Sayang berlumuran darah. Ya Allah! I masih di atas jalanraya kerana lutut I tak mampu dan tak berdaya nak mengangkat sendiri motosikal yang di atas I. Dengan bantuan seorang pakcik untuk membantu I untuk menaikkan motosikal tersebut. Namun, yang I paling sedih ialah kaki I yang tidak mampu diangkat sendiri. Sehinggalah I dibantu oleh seorang wanita dan Kak CT sendiri yang masih terkejut tengok I dilanggar di depan matanya. Ye, kaki kanan I masih lagi tak mampu bergerak. Sedihnya tak terkata. Dengan kaki inilah, kekuatan untuk beribadat kepada Allah, kekuatan I untuk menggerakkan badan untuk tugas hakiki I di pejabat, kekuatan I untuk perniagaan sampingan I dan kaki inilah, yang berfungsi untuk I bersenam, I nak kuruskan badan, dalam usaha untuk mendapatkan zuriat kerana Allah. Sempat, I menelefon Ayong untuk memberitahu keadaan kami.

Sudah ditakdirkan Allah, ramai yang membantu kami. Ditambah pula dengan saksi yang ada, yang boleh hadir untuk memberikan keterangan atas kes kemalangan kami ini. Allah bantu lagi, dengan kebetulan, ada sebuah ambulans dalam perjalanan dari Hospital Kuala Pilah menuju ke HTJS. Allah, syukur... Kami ditumpangkan ke dalam ambulans tersebut bersama seorang lagi pesakit. Muka Sayang berlumuran darah, kaki I tak mampu bergerak. Tangan dan kaki kami tak usah dicakap lagi. Semuanya berlumuran darah. Tiba di Unit Kecemasan dan Trauma HTJS, kami terus di bahagian saringan. Luka kami dibersihkan disitu. Pedihnya, Allah saja yang tahu. Sayang terus dibawa ke Zon Kuning kerana kesukaran untuk bernafas. I pula hanya di Zon Hijau

:'(
Semasa doktor merawat, I telah diminta untuk melakukan X-ray. Alhamdulillah, ya Allah, tiada keretakan atau apa-apa yang patah pada lutut kanan I. Ya Allah, sedihnya I mendengar perkhabaran itu. Masih lagi Allah beri kesempatan dan kasih sayangNya untuk hambaNya yang seringkali lalai ini. Paling takut, kalau I terpaksa memakai simen, akan menyusahkan semua disekeliling I. Entahlah, I berdoa agar I diberi kesihatan yang baik agar tak perlu Mama Ayah, Mama Baba, Sayang, Ayong, Abang, Kak Long, Kak Ratna dan semua keluarga bersusah untuk I. Syukur lagi sekali. Cuma yang menyedihkan I, melihat Sayang terlantar dan dimasukkan wad. Sedih sangat I, tengok nasib kami yang diuji sebegini. Aku bersyukur ya Allah andai ini penghapus kepada dosa-dosa kecil kami. Aku bersyukur ya Allah dengan kasih sayang Mu yang Kau berikan kepada kami untuk peringatan bahawa mati itu pasti. Aku bersyukur ya Allah, Kau berikan kami nafas lagi untuk kami segera bertaubat kepadaMu. 

Cerita malam itu berakhir dengan kemasukan Sayang ke wad. Tiada keretakan tulang atau apa-apa yang patah pada I dan Sayang. Alhamdulillah. Lutut kanan I masih cedera dan tak mampu berjalan dengan sempurna. Tangan kanan I bercalar sehingga ke siku kerana tersagat pada jalanraya. Tangan kanan Sayang pun besar calarnya di lengan. Tangan kiri Sayang pula berlubang besar di tangannya. Lutut cedera dan muka bercalar di sebelah kiri. Antara komplikasi lain pada Sayang ialah, bahagian dada sebelah kanan Sayang masih sakit bila digerakkan, kaki kanan Sayang penuh lebam, semua calar dan luka pada tangan Sayang masih dirawat untuk dicuci setiap hari. Tangan I pulak masih terik pada lukanya dan bengkak. Tiada apa-apa keretakan pada tangan I. Dada sebelah kiri I masih sakit bila melakukan kerja berat. Lutut kanan I masih tidak boleh berfungsi seperti biasa. Sakit yang teramat bila I cuba membengkokkan lutut kanan. 

Kronologi kejadian kemalangan yang dapat I ingat ialah :

1. SETELAH MELEPASI LAMPU ISYARAT, I RASA LUTUT KANAN I DILANGGAR KERETA SECARA TIBA-TIBA DAN DIHIMPIT KE KIRI JALAN

2. MOTOSIKAL SEPERTI MELEKAT PADA KERETA TERSEBUT NAMUN SAYANG HILANG KAWALAN

3. KERETA TERSEBUT BERGERAK KE KANAN SEMULA DAN MOTOSIKAL KAMI TIDAK MELEKAT PADA KERETA LAGI

4. SAYANG HILANG KAWALAN MOTOSIKAL

5. KAMI JATUH DI SEBELAH KANAN BERSAMA MOTOSIKAL

6. KAMI BERSAMA MOTOSIKAL TERSERET KE BAHU JALAN SEBELAH KIRI

7. TANGAN I MASIH MEMELUK ERAT BADAN SAYANG TERSERET SEKALI DI ATAS JALANRAYA

8. I TERASA SUDAH TERBARING DI JALANRAYA TAPI TAK MAMPU BERBUAT APA

9. TERDENGAR BUNYI HON KERETA TERLAMPAU DEKAT DENGAN TELINGA I MEMBUATKAN I TERKEJUT 

10. I TERUS MENARIK BAHU SAYANG UNTUK MENGEJUTKANNYA YANG SEPERTI TIDAK SEDAR

11. TANGAN KANAN TERASA KEBAS DAN BERLUMURAN DARAH, LUTUT KANAN TIDAK MAMPU BERGERAK SENDIRI

12. I DIPAPAH UNTUK BANGUN DAN DIDUDUKKAN DI BAHU JALAN

13. HELMET I DITANGGALKAN DAN TIADA KECEDERAAN PADA MUKA DAN LEHER I

Semuanya, masih segar dalam kotak ingatan I. Setiap malam, sebelum melelapkan mata, I sentiasa terbayang setiap saat kejadian itu. Apa yang I dapat bayangkan ialah, walaupun kejadian itu berlaku seperti hanya 5 saat, tapi bila recall, semuanya jadi macam slow motion. I tak mampu nak luputkan langsung.. Moga Allah bantu I dan suami untuk mendapat pembelaan. Takut, tengok keadaan Sayang. Semua yang berlaku buat I terfikir yang tak mungkin I akan naik motosikal lagi. 

Di kesempatan ini, banyak ucapan terima kasih yang tak terhingga I nak ucapkan. Pertama sekali pada Allah, kerana peringatan mesra ini. Kemudian, berjuta ucapan terima kasih pada semua yang membantu I dan suami di tempat kejadian. Pada pakcik yang tidak bernama, pada adik yang tidak bernama juga. Terima kasih pakcik kerana mengangkat motosikal dari atas I. Terima kasih adik yang membantu I untuk berpaut padanya untuk angkat I duduk di bahu jalan. Allah saja dapat membalas budi baik kalian dan keluarga. Terima kasih Kak CT dan Abang Rock yang menjadi saksi utama kejadian dan membantu mengejar kereta yang melanggar kami. Terima kasih juga kerana menjadi peneman setia I di hospital sementara ahli keluarga I yang lain tiba pada malam itu. Terima kasih Abang dan Ayong yang hadir dan menanti sampai Adik masuk wad. Terima kasih Mama Ayah, Mama Baba dan kawan-kawan yang lain, Izham, Mizal, Shafiq dan Amal semasa di Unit Kecemasan HTJS.

I nak berterima kasih jugak pada yang sudi melawat Sayang semasa di hospital. Pegawai-pegawai dan kakitangan KPJ Seremban, pegawai-pegawai Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan, keluarga dari dekat dan jauh, kawan-kawan JKR yang hadir, Fira, Hajar, Chaa sekeluarga. Semua hommies Sayang dari Paroi Jaya dan sekitar. Terima kasih atas kesudian melawat.. Terima kasih juga atas doa dari semua di Whatsapp, Instagram dan Facebook. Allah... ramai yang mendoakan, terima kasih tak terhingga. Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian. Terima kasih untuk doa, hadiah-hadiah dan saguhati.  

Semoga Allah kuatkan kasih sayang antara kita... I love you.

No comments:

Post a Comment