Nuffnang Ads

Thursday, April 2, 2015

Majlis Perkahwinan Misya Di Muar

Tak lama pun kenal dengan Misya. 2 semester je duduk sebilik di rumah No.12, Taman Segamat Indah itu pun dah cukup membuat kenangan yang terindah buat I. Dengan rakan-rakan serumah yang lain semuanya junior. Sebilik, sebilik air, sedapur bagai, takkan lah I pernah lupa itu semua. Walaupun dah bertahun berlalu, still, adik-adik Taman Segamat Indah yang terbaik.

Tak sangka, perkenalan yang singkat itu membawa kebahagiaan kepada I. Kami serumah selalu makan bersama, buat bakar-bakar sempena hari raya bersama, lepak tengok movie bersama dan paling best, kalau nak exam, memang study bersama-sama. Bukan dengan Misya je, dengan Ain, Wanie, Fatin, Nad, Nas, Zira, Niza, Sue dan Jue.

Tahun lepas, tak sempat nak menghadiri wedding Fatin dan PC. Ini pun bercinta zaman UiTM Segamat jugak hihihi. Maafkan Kak Wanie ye Fatin, tak sempat kita nak berjumpa. Tahun ni I gagahkan jugak Sayang untuk bawak I ke Muar menghadiri wedding Misya dan pasangan. Termakbul dengan izin Allah! Best gile.

Hehehe walaupun kami agak lost. Punyalah I sebijak manusia, boleh delete pulak conversation I dan Misya. Dia ada bagi direction ke rumahnya. Fuh! Sayang dah hampir sentap dengan I. dengan fantas, nasib baik I pm terus Fatin dan PC di FB. Alhamdulillah! Jumpa juga rumahnya di Bukit Kangkar, Sungai Mati, Muar. Tapi sedihnya, lepas makan, Sayang terus ajak pulang. Tak sempat tunggu Misya bersanding. Tak sempat jumpa Fatin dan kawan-kawan yang lain.

Walaupun sekejap, merasa jugak I dapat ke wedding Misya. Dapat jugak I sampai ke Muar. Dan, dapat jugak jumpa parents Misya. Dulu, Misya ni pernah datang ke rumah I di Seremban. Berhari raya. Kali ni I pulak mengambil giliran, untuk datang ke rumah Misya, meraikan persandingannya. Takde yang lagi indah selain dari tengok Misya tersenyum lebar.

Tiada ucapan yang panjang lebar untuk Misya, cukup lah Kak Wanie peluk Misya tempoh hari. Sekuat mana pelukan itu, sekuat itu lah rindu dan sayang menyayang Kak Wanie dekat Misya hihi. Semoga jadi isteri yang solehah ye. Dan semoga berbahagia selalu. Kalau ada masa jalan-jalan dekat Seremban nanti datang rumah Kak Wanie ok. Muah!!

Pengantin lelaki belum sampai hihihi

No comments:

Post a Comment