Nuffnang Ads

Tuesday, April 28, 2015

Kecewanya Hati

Sekarang I mula faham, dulu cuma membaca pengalaman orang lain dan hanya dengar kisah dari rakan baik, Fira yang mengalaminya. HARI INI, I redha ditarik balik nikmat dari lutut kanan I yang cedera sepenuhnya akibat dari kemalangan pada 11 April yang lalu.. Tak sangka, beginilah pengakhiran kepada kisah hidup I yang penuh dengan aktiviti lasak dan penggemar sukan.

Selama ni I tak pernah faham bila terbaca dalam suratkhabar di sudut sukan yang menyatakan seseorang atlet terpaksa direhatkan berbulan lamanya sementara lutut yang cedera dapat sembuh seperti sediakala. Selama ni I tak pernah faham apa yang diceritakan oleh Fira dengan keadaan lututnya yang cedera akibat bermain bola jaring dan tergelincir di dapur. Selama ni I masih bebas turun naik bukit, berjoging, berZumba dan berenang di lautan. Tak pernah I terfikir juga selama ni kalau Allah tarik semula nikmat mempunyai lutut yang sempurna. Tak pernah I terfikir ini semua pinjaman semata dari Allah SWT..

Selepas kemalangan, I terus fokus kepada lutut kanan I yang tak boleh langsung nak disentuh. Betul-betul I panik dengan keadaan lutut yang sakit teramat. I terpaksa dipapah untuk naik ke ambulans. I terpaksa ditolak dengan kerusi roda selama 3 hari kerana I tak mampu nak berjalan seperti biasa. Selepas-selepas itu, I setiap hari mengaduh nasib kenapa lutut I sakit dan I sudah tidak bebas beraktiviti walaupun hanya berjalan sedikit. Sakitnya bila duduk lama, pedihnya bila berdiri lama dan sengalnya tak dapat nak dinyatakan bila I kerap berjalan. Sumpah, I sedih sangat tak terkata... Umpamanya, lumpuh terus hidup I.

Hari ini I redha dengan ketentuan Allah. Setelah berhari merenung nasib, I nampak hikmahnya atas setiap kejadian. I redha dengan segala pinjaman dari Allah ini. Walaupun sedih, namun, I tak perlu menjadi lemah. Masih ada jalan untuk memulihkan semua kesedihan I. Mungkin Allah ada rencananya yang lebih hebat untuk insan kurang upaya seperti I ni.. Kalau bukan hari ini, esok lusa pasti ada hikmah dari Allah. I akan menanti dengan penuh kesabaran. I akan menghadapi dengan segala kekuatan yang ada. Alhamdulillah... Alhamdulillah.. I masih dipinjamkan nikmat berjalan walaupun perlahan. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Ada lagi suami yang perihatin dan keluarga yang kasihkan I. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Masih lagi I bernafas sehingga ke hari ini, untuk I memohon taubat atas segala dosa silam. Sedihnya tak terkata hanya Allah yang tau... Tapi hidup mesti diteruskan. 

Hari ini, I masih dapat berjalan terhencut-hencut. Luka di lutut sudah sembuh. Alhamdulillah I masih dapat solat diatas kerusi. Dan syukur juga, I dapat menggunakan tandas duduk. Semua aktiviti I dah lupakan.. Wishlist untuk lesen dive, jam calorie counter, GoPro dan Zumba party dah ditanam dalam-dalam jauh dari ingatan I. Untuk menjadi pembonceng motor pun dah tak boleh. I nak kembali bekerja dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan I secara serius. Itu saja yang I ada dan I mampu lakukan untuk I lupakan segala kesakitan. I nak kembali berTTC walaupun tak dapat bergiat aktif lagi. 

Hari-hari I menangis untuk memohon Allah pinjamkan semula kekuatan lutut I kerana.. I rindukan untuk bersujud di sejadah. Satu hari nanti... In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment