Nuffnang Ads

Wednesday, May 20, 2015

10 Update Sepanjang Ramadhan

1. Upload selfie ketika Solat Tarawikh
Paling banyak! Trust me on this.. Sepanjang Ramadhan dari 1 Ramadhan sampai ke 15 Ramadhan je yang ligat upload tu sebab dah nak hujung-hujung nanti busy kemas rumah la siapkan baju raya anak-anak dan siapkan barang baru untuk berhari raya. Ini upload paling common waktu Ramadhan. Motif upload gambar dekat surau/masjid???? Hahaha! I pun pernah buat tau, tapi, Alhamdulillah, dah padam. Waktu jahil dulu jangan kiralah wey! Kekekekeke.

2. Upload gambar lauk berbuka - selama berpuasa
Ini pun common. Paling banyak la dalam timeline Instagram dan Facebook. Kalau tak caya tunggu dan lihat haha! Yang bestnye, caption win sangat. '1 Ramadhan, rasa macam nak makan semua!' Rupa je cantik tapi tak sedap buat ape derrr. Ops! Ok, ok paham, waktu ni lah semua berlumba-lumba nak tunjuk kehebatan masing-masing. Korang hari biasa tak masak ke?? Itu ok lagi kalau masak sendiri, tapi yang upload gambar masakan omak pastu di'claim' dia masak camne ek??? Boooo!

3. Update lokasi beli juadah
Status sebegini selalunya untuk pekerja yang busy macam I. Ewahhhh! Balik stok pukul 6.30 pm lepas tu tak sempat masak kan kenalah beli lauk pauk dekat PARAM. Elehh, macam I tak tau, ade tu sengaja buat balik lelambat skit pastu cakap dekat laki/tunang/boypren yang depa tak larat masak. Iye, berpuasa ni letih dan lesu dan lemah. Yang penting inilah update yang agak famous jugak sepanjang Ramadhan. 

4. Update status sedang bersahur
Selain dari berbuka, ada jugak yang sepanjang Ramadhan menjadikan sahur sebagai bahan untuk di'update' sepanjang bulan puasa yang mulia ni. The thing is, dalam pada terkulat-kulat ngantuk tu boleh bulak main telefon sambil update status dan gambar kan? Kalau I, bangun tidur dah tentu cranky, itu satu hal, duk nak ngejar waktu Imsak memang tak dapek la nak update bagai. Baik makan sepuas hati. Opsss! Hahahaha!

5. Upload gambar dan update lokasi di 'the famous tailor in town' yang dah jahitkan baju raya
Trend agak paling latest la lately. Mungkin nak bagitahu yang my tailor ni paling famous dan design baju raya I mesti yang paling latest. U all? Beli dekat Jalan TAR? What the heck?! Macam biasalah mesti bagi teaser gambor kain kibai-kibai seikit je hujung-hujung lepas tu di black and white kan gambor itu. Warna ialah rahsieeeee! Macamlah kita nak pegi dekat the famous tailor in town tu semata-mata nak selak baju awakkk. Haih!

6. Update gambar gathering berbuka puasa dengan ex-schoolmate
Tunggu weekend dalam bulan Ramadhan. Penuhlah timeline kita dengan update gambar berbuka dengan ex-schoolmate, ex-housemate, ex-uitm's mate, ex ex ex seterusnyalah. JANGAN EX-BOYFRIEND/EX-GIRLFIREND udohlahhhh. Mampossss hahaha! Dahlah upload gambor satu hal, nanti kawan-kawan tag pulak. Gambar tu pulak dah setting friends of friend boleh view. Haaaaaa, semputlah timeline dengan selfie, wefie ape sume. Gambar lompat ade tak? Setakat selompat dua reramai dalam restoran harapnya tak dapat makian hihihihihi!

7. Update lokasi berbuka puasa di hotel best-best
Nak bagitau jugak dah terlanjur ni, Groupon dah start jual lokasi-lokasi berbuka puasa yang hebat-hebat di abad ini. Beli cecepat nanti merana gigit jari. Tengok je la kawan-kawan update lokasi depa dekat hotel-hotel sedangkan u all...? Nasi putih dengan ikan masin. Itupun ade kicap sikit mintak dari jiran sebelah rumah. Untunglah berbuka dekat hotel, boleh makan buffet melantak selagi ada ruang kosong dalam perut tu sampai skip Maghrib dan Isya'. Tarawikh tak leh skip nanti takde pulak selfie pakai telekung untuk hari itu. Ops!!

8. Upload gambar jam sana sini terpaksa berbuka dalam kereta
Ini seringkali berlaku pada waktu hujung minggu, waktu dapat gaji, waktu lepas shopping raya dan waktu malam mantai masa semua orang di kota nak balik beraya di kampung masing-masing. My advice, bawak lah bekalan dalam kereta. Keadaan di kotaraya yang sibuk macam Kuala Lumpur tu tak tentu masanya sibuk dan lengang. Lengang..? Most of the time, confirm sesak! 

9. Upload gambar sekepuk duit raya yang baru ditukar
Iye tau, duit banyak berkepuk-kepuk, ada sedara kerja bank, so, senang nak tukar duit berkepuk. Tak kisah lah nak bagi duit raya banyak mana pun. Jangan update status siap bubuh gambar dan lokasi tau. Gila ke, kena snatch baru tau! Orang kata musim perayaan ni waktu orang jahat dapat hidup mewah. Orang kalau tengok kita bawak beg pergi ke shopping complex pun dah tau, mesti banyak duit mamat/minah ni sebab dia nak pergi shopping. Siap kau... kihkihkihkih! *gelak jahat*

10.  Upload gambar tengah buat kuih raya
Oklah last ye. Jangan tak tau, bila masuk hujung-hujung Ramadhan kan, gambar ke masjid/surau dah hampir susut. Gambar dekat dapur pulak berlambak-lambak muncul. Waktu ni sibuk la semua nak buat kuih raya, kek raya, biskut raya dan tak kurang jugak gambar tengah membakar lemang di kampung halaman. Best kan?

Minta maaf kalau terasa. Ada certain isu pun I terasa jugak. Hahaha! Tepek batang hidung sendiri nampakkkk. Apa pun, I harap Ramadhan kali ini akan membawa barakah untuk kita semua. Jom grab pahala. Dan I mendoakan kita semua dipermudahkan dalam semua amalan kita.

Sebab kita pun tak tau... Adakah ini Ramadhan terakhir kita...?

Gambar dari spreadsalam.tumblr.com

No comments:

Post a Comment