Nuffnang Ads

Wednesday, February 20, 2013

Dekatkanlah Kami

Perkhabaran gembira memang selalu buat I tersenyum tak berhenti-henti. Tapi dalam kegembiraan tetap ada kerisauan yang tidak bertepian. Perancangan yang keluar dari mulut SiDia sungguh buat aku tergamam. Ada juga rasa nak berlari selajunya dan menghempas diri pada dinding konkrit, bagai ombak yang sering menghempas pantai. Ada rasa nak menenggelamkan diri dalam kolam renang kedalaman 35 meter dan biarkan diri ini tenggelam, dalam rasa cinta dan sayang pada SiDia..

Pelbagai andaian wujud di kepala. Sudahnya SiDia akan mengeluarkan kata-kata hikmatnya, "Sudah Sayang, jangan fikir sangat. Yang penting bulan June..." Berani, yakin dan tegas kata-kata SiDia. Macam pisau yang paling tajam membelah dada. Macam panahan dari busur Sang Arjuna. 

Bila difikirkan banyak kekurangan diri, mulalah jiwa diselaputi awan hitam. Tapi bila terlintas saja muka SiDia, semua bintang dan bunga-bunga keluar dari persembunyian dalam awan hitam. Kabus-kabus putih dan angin sepoi-sepoi datang juga. Sejuk rasa hati. Hilang gundah di hati. 

:) 
Bukan pertama kali, bukan kedua tapi kali yang ketiga. Semuanya bakal besar.. Besar pengharapan, besar cita-cita, besar pengorbanan dan tidak ketinggalan juga besar kosnya di zaman yang serba serbi canggih ini. Bukan ertinya I menolak SiDia mentah-mentah tapi pelbagai aspek harus I fikirkan tanpa membebankan sesiapa jua. Fikiran sentiasa memproses data-data yang semakin bertambah digit binari nya. 

Ya, I sayang u juga. Semoga Allah dekatkan kita dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kita.

Kenapa Saya Tengok Bola?

Kenapa I suka menonton perlawanan bola sepak di stadium? Sedangkan di TV memang I tak pernah menonton perlawanan-perlawanan itu. Hanya menonton dan menyorak pasukan kegemaran I sahaja iaitu Manchester United. I have a few reasons here to support my passion about football match.
  1. Outing pertama yang duduk sebelah menyebelah dengan SiDia. Alahai... rasa sweet la kononnya but it is so true! Masa tu Negeri Sembilan VS ATM dan I tak berapa kenal yang lain-lain mulanya. Dan itulah juga kali pertama I menjejakkan kaki untuk tengok liga yang ada dekat Malaysia. Big L****! Hahaha...
  2. Sebab dapat hangout dengan kawan-kawan dan SiDia jugak. It is Seremban! Apa aktiviti selain dari karoke? Ok lepak Chiang Mai. The point is, the Chiang Mai itself located at the Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Salah satu aktiviti sosial la kiranya :)
  3. Dapat makan kuaci. Sampai sakit-sakit jari dengan lidah mengopakye pun.
  4. Sebab goalkeeper ATM berkawan dengan rakan-rakan Paroi Jaya. This should be my MAIN REASON actually. Sebabkan friendship mereka I pun dapat buah hati. Gatal!
  5. Dapat dengar brass band ATM yang memainkan lagu-lagu menarik sambil menggoyang-goyangkan badan dan mengangguk-anggukkan kepala. Best tau.. Join us, enjoy the music, dude!
  6. Dapat tengok macam-macam karenah manusia. Ada yang cool, ada yang extreme, ada yang obses, ada tua, muda, besar, kecil...
  7. Abang jual kuaci dan air kotak dah kenal Tasha. Mesti dan wajib dia akan singgah dekat Tasha. 
  8. Selalunya dapat tiket free! Muahaha. Jahat kan :D
Mari menyokong local football scene. Mari sokong Pasukan ATM. Tak tau lah kalau goalkeeper dah pindah team lain mungkin beralih anginlah kami. Hati tak tetap langsung sebab ikut kawan.

Ah ah ah ahhhhhh!~
First time tengok ni!
Tq Sayang sebab snap kan gambar penyokong ATM ni :)

Nightmare Sepanjang Hayat

Tiba-tiba beberapa malam lepas I dapat satu Whatsapp dari satu nombor yang dah lama tak muncul dalam hidup I. Tiba-tiba jugak nak berbaik balik ke? No! Secara rasminya I menolak keras perbuatan orang itu. Masih ada ketidakpuasan dalam hatinya. Ye Puan, atas segala tohmahan dan bangkangan yang telah anda buat, I takkan sekali-kali memandang ke belakang semula dengan setiap perbuatan anda.

Bukan sekali maupun dua kali tapi dah berkali-kali dan tak terungkap dengan perkataan segala apa ke'rosak'an pada mental yang dah I dapat selama ni. Kemudian dengan mudahnya permohonan maafnya I terima dengan hati terbuka. Sampai bila? Sampai hujung nyawa?

Dijaja cerita I sana sini, I sabar lagi hingga sekarang. Ok kali ni enough is enough. Malam keesokannya selepas dia membuat cubaan berbual, mengorek rahsia barangkali, nampak pulak kelibat kenderaannya di satu tempat yang memberi kemusykilan yang amat dahsyat. Oh maiiii! Bersatu padu? Bergabung? Meletup? Selalu I lupa, mereka dari keluarga yang baik-baik belaka. Siapalah kami yang sering dikutuk-kutuk ni hanya manusia biasa yang mungkin layak di bawah tapak kaki mereka. Atau mereka yang layak duduk di bawah tapak wedges I? Hanya Allah yang boleh menilai mereka.

Segala yang pernah berlaku antara kami adalah sejarah belaka. I pun tak mau mendatangkan kebencian orang pada kedua orang tua I yang langsung tak bersalah. Tak pernah sedikit dalam sejarah kami berkawan I mencuit keluarganya tapi kenapa keluarga I diracun-racun? I faham dia cuba memburukkan I di hadapan keluarganya juga tapi I redha selama ini I tak pernah berdepan dengan kedua orang tuanya. Kasihan... Tapi, wujudkah rasa itu terhadap orang tuaku???? 

Mata yang memandang mungkin mampu melafazkan, "Sabarlah Samani, jangan layan dia sangat... Ramai lagi kawan-kawan lain.." Ye, I memang sudah banyak bersabar. Malah diberikan lagi peluang untuknya. Harapan I......

TOLONG JANGAN HADIR DALAM HIDUP I LAGI YE, KAK :)

Cukup setakat ini luahan hati yang tak seberapa sekadar meluahkan perasaan yang dah lama terpendam. Allah Maha Mengetahui. Semoga dibukakan pintu hati insan-insan ini untuk ke arah kebaikan. Insya Allah, tiada dendam di hati ini, cuma rasa nightmare sangat bila ada cubaan, dugaan yang macam ni. Semoga dijauhkan dariku segala yang boleh memudaratkan diri ini dan keluarga.

Amin.. 

Friday, February 8, 2013

Tenanglah Disana Opah

Tepat pada hari entri 'Ya Allah, Sempurnakanlah Segalanya' telah lengkap dipublish, pada hari Isnin, 4 Februari 2012 bersamaan 23 Rabiulawal 1434H jam 6.01 pm dengan tenangnya Allah telah menjemput Opah ke rahmatullah. Berkat doa anak cucu dan semua yang mendoakan, sungguh senang dan dipermudahkan jalan untuk Allahyarhamah Opah Rahmah Binti Hassan. Tapi hanya Allah yang tahu kesakitan yang dialami Opah ketika itu...

Setelah sehari, iaitu 24 jam Opah bertarung nyawa namun Opah pergi juga. Alhamdulillah... Tak sanggup I tengok Opah diperlakukan macam-macam I sendiri redha dengan pemergiannya. Wanyong, Wanteh, Achu dan Mama ada bersama Opah sewaktu Opah menghembuskan nafas terakhir. Antara cucu-cucu yang ada pula ialah Tasha, Tijah dan Doll. I tak berkesempatan nak bersama Opah di saat-saat terakhirnya di dunia ini. Atas tuntutan kerja dan keegoan I sendiri. Maafkan Samani ye Opah. Samani taknak jumpa 'makcik' tu tengahari masa Opah sakit. Samani meluat tengok dia... Macam-macam dia buat Samani, sama juga, macam-macam dia buat Opah. Sampai hati dia...

Dapat berita ketika I dan SiDia sedang berurusan di Terminal One dan bila dapat saja SMS dari Mama terus kami bergegas ke rumah Wanteh, tempat dimana Opah meninggalkan kami dan dunia yang sementara ini. Ambulan pun baru saja beredar memberi pengesahan akan kematian Opah. Kami semua redha. Innalillahiwainnailaihihirajiun... Sejuk tangan dan muka Opah :'(

I bersyukur dapat menyempurnakan tanggungjawab terakhir sebagai cucu kepada Opah. Sejak disahkan kematian sehingga ke liang lahat I takmau melepaskan peluang bersama Opah untuk kali terakhir. Semua kami buat bersama-sama termasuklah memandikan dan mengkafankan Opah. Alhamdulillah. Perjalanan terakhir Opah di dunia ada dikelilingi anak-anak dan cucu-cucunya. Saat paling menyedihkan bila I dan sepupu-sepupu menemani Opah di dalam Van Jenazah. Waktu itu hati I semacam sakit dan sedih, mengenangkan semua perjalanan yang dilalui Opah. Waktu memandikan Opah dah tak tertahan airmata dari mencucuri pipi. I tabahkan jua, tak baik airmata kita kalau terkena pada jenazah...

Perjalanan ke Tanah Perkuburan Senawang juga berjalan lancar. Semuanya mudah. Cuaca tidak begitu panas dan tidaklah pula hujan. Alhamdulillah rezeki Opah. Selesai juga tahlil selama 3 hari untuk Opah. Segalanya mudah sejak dari saat Opah menghembuskan nafas. Allah sayangkan Opah lebih dari kami semua. Walaupun tak sempat nak menjaga Opah dekat rumah I tapi bila dipandang katil yang dah tersedia untuk Opah, I jadi sebak tiba-tiba. Dari 2 tahun lepas I pernah menyuarakan untuk menjaga Opah tapi tidak dipersetujui oleh makcik-makcik malah Mama juga.. Takde rezeki Samani untuk jagakan Opah

Saat-saat terakhir Opah dikelilingi anak cucu amatlah membahagiakannya. Waktu di rumah makcik yang itu, takde langsung senyuman mesra yang dilemparkan Opah bila namanya I panggil. Malah, takde sahutan dari Opah. Bila sampai saja di rumah Wanteh, lebar senyuman Opah bila melihat kami semua datang. Allah Maha Besar. Itulah kekuasaan Allah. Diberikan kebahagiaan kepada kami melihat senyuman dari pipi tuanya dan lambaian terakhir dari tangan kurusnya agar kami tidak terlalu merinduinya, barangkali.

Bercucuran airmata saat I menaip entri ini. Sesungguhnya, walaupun kami bukan idola Opah tapi Opah tetap seseorang bagi kami. Kalau tiada yang tua maka tiadalah yang muda dan jika tiada Opah dan ibu-ibu kami maka tiadalah kami di dunia ini...

Sempurnalah segalanya seperti yang telah I doakan untuk Opah. Puas rasanya dapat menemani Opah semalaman. Samani penat sikit takpe Opah... Asalkan Opah tak berseorangan dikala semua terkatup rapat mata mereka kerana keletihan. Itu saja yang dapat Samani buat pengorbanan kecil untuk Opah berbanding keluarga yang lain..

Tenanglah di sana Opah. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Dia pasti akan menjemput kita semua. Hari ini adalah hari untuk Opah dijemputNya. Esok lusa belum pasti siapa yang dijemputNya. Yang pasti, Samani akan ke sana bersama Opah juga tapi masanya belum tentu. Allah tidak akan pernah melalaikan sesaat pun janjinya. Tunggu Samani ye Opah... 

Terima kasih atas sumbangan semua insan yang berhati mulia membantu keluarga kami di dalam menguruskan jenazah Opah. Tak kira sumbangan dari segi doa kesejahteraan, wang ringgit mahupun kudrat. Setiap satunya dihitung Allah dan hanya Allah saja yang membalas segala kebaikan kita semua insan kepada mahkluk Allah yang lain. Kita tak tau apa yang Allah akan berikan kepada kita pula. Bagaimana dengan bahagian kita.. Insya Allah, segala kebaikan dibalas kebaikan. Amin...

Samani bersama Allahyarhamah Rahmah Binti Hassan :'((((((

Monday, February 4, 2013

Ya Allah, Sempurnakanlah Segalanya

Keadaan Opah makin tak stabil lewat malam tadi (03/02/2013) bila dipanggil-panggil namanya Opah tak menyahut. Opah macam sedang dalam tidur. Berkeruh tak berhenti-henti. Bila disalinkan pampers pun Opah tidur aje. Mengerang sakit bila dialih-alihkan badannya. Kemudian Opah tidur semula. Wanteh, Achu Nen dan Mama tak dapat kawal perasaan sedih. I pun sama, tengok muka Opah serupa dengan Allahyarham Atuk Laili. Yelah, mereka 2 pupu kata Mama

Siangnya, Tasha dan Wanteh ada menyuapkan makanan kepada Opah. Semangkuk penuh bubur dihabiskan dan 3 cawan air Opah minum. Masuk waktu malam Opah langsung tidur. Harini I belum lagi melawat Opah sebab tuntutan kerja. Petang ni pasti Samani datang jenguk Opah ye.. 

Malam tadi juga Mama dah SMS pada adik-beradiknya. Sekadar peringatan awal. Tak mau bersangka buruk tapi eloklah dikhabarkan keadaan Opah. Jika sebelum ni pelbagai dugaan Opah dah lalu harap Allah bantu Opah untuk dipermudahkan segalanya. Ya Allah... Bantulah Opah ku. Sesungguhnya hambaMu ini tak sanggup melihat keadaannya begitu.

I tau, I bukanlah cucu favorite Opah tapi I sedih tengok keadaan Opah yang begitu. Apalah yang Opah rasa di dalam hatinya dan apalah rasanya kesakitan Opah sedangkan kita yang muda dan sihat ini selalu tak stabil. Inikan Opah yang sudah terlantar di katil, makan bersuap, terpaksa dilap untuk dibersihkan badannya dan kencing berak hanya di dalam pampers.

Walaupun tak selalu Opah belai dan manjakan Samani tapi dalam hati Samani tak pernah nak bersangka buruk dengan Opah. Ampunkan semua silap salah Samani.. Sebelum ni kalau I masuk ke bilik Opah dan bagi salam, nampak Opah tersenyum. Tapi malam tadi, beberapa salam yang kulafazkan tiada sahutan ataupun senyuman dari Opah. Ya Allah....

The Lailis
Opah Rahmah Binti Hassan

Aku Punya Manja Kau Saja Boleh Rasa

Terima kasih Fynn Jamal untuk lagu yang manis ini. Kepada SiDia, terima kasih jugak sebab semua ni u pernah pesan dekat I, kecuali pasal 'tonton cerita Korea' tu ye. Maybe u can change it to 'cerita Hindustan' bluwekkkkk! Hehehe~


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”


Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”


Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata


“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”


Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata


Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada


Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Sunday, February 3, 2013

Kisah Gajah Biru Dan Pink

Pada suatu hari, ada seekor Gajah Biru dan rakan-rakannya yang lain sedang berjalan-jalan di dalam hutan sambil bersiul-siul riang. Kenyang perut barangkali. Siulan merdu si Gajah Biru itu telah didengari oleh seekor gajah juga tetapi ianya berwarna pink. Pabila terdengar siulan daripada Gajah Biru itu, si Gajah Pink mula bersiul juga. Si Gajah Pink mula menyertai kawanan itu dan melakukan perlbagai aktiviti di dalam hutan bersama-sama dengan Gajah Biru.

Tak lama kemudian, Gajah Pink terpaksa meninggalkan hutan itu untuk beberapa hari dan pemergian Gajah Pink itu telah menimbulkan rasa tidak senang di hati Gajah Biru. Setiap masa ada saja laungan sayu Gajah Biru terhadap Gajah Pink. Masing-masing sudah tidak senang duduk kerana jauh di mata. Setibanya Gajah Pink ke hutan itu semula, mereka terus bertemu dan bertanya khabar masing-masing dengan hati yang gembira. Hilang sudah kerisauan di hati Gajah Biru terhadap Gajah Pink.

Di satu hari yang istimewa, setelah beberapa minggu mereka dan kawanan bermain-main dan mencari makanan di dalam hutan yang sama, Gajah Pink telah memberanikan diri untuk mengajak Gajah Biru mencari makanan ke kawasan hutan sebelah. Pelawaan itu telah disambut baik oleh Gajah Biru dan bermula hari itulah mereka mengharungi semua suka duka bersama-sama...

Rindu dekat Gajah Biru lah :(
Setiap hari ada sahaja angin ribut yang melanda kawasan hutan tempat tinggal mereka tetapi Gajah Biru tenang melindungi Gajah Pink. Bila panas terik, Gajah Biru melindungi Gajah Pink dengan bayang-bayangnya. Bila hujan Gajah Biru melindungi Gajah Pink dengan belalainya itu.

Setelah beberapa purnama, kemesraan Gajah Biru dan Gajah Pink semakin dirasa oleh yang lain-lain. Kedua mereka dilihat sering bersama di dalam kawasan hutan itu. Mereka mencari makanan bersama, bersiar-siar di hutan bersama dan setiap kesakitan dirasa bersama.

Gajah Biru dan Gajah Pink menempuhi semua rintangan mereka bersama-sama. Mereka menjaga dan melindungi di antara satu sama lain. Si Gajah Pink setia berada di belakang Gajah Biru ketika Gajah Biru menghadapi serangan-serangan haiwan ganas yang lain. Gajah Biru selalu memberi cahaya kepada Gajah Pink ketika Gajah Pink menghadapi kesukaran untuk merentas hutan yang gelap dan menyeramkan.

Gajah Biru dan Gajah Pink akhirnya menemui kebahagiaan mereka dalam menghadapi hidup yang sukar. Malah, mereka semakin rapat dan tidak sanggup berenggang walau sesaat. Belalai mereka bagaikan tertaut sesama sendiri. Apabila Gajah Pink berlari, Gajah Biru selalu mengejar mendapatkannya semula. Begitulah kesetiaan Gajah Biru terhadap Gajah Pink

Semoga kesetiaan dan kejujuran Gajah Biru dan Gajah Pink akan menguatkan lagi tautan kemesraan dan kasih sayang antara mereka sehingga keluar anak-anak gajah kelak.

Bersambung...

i love u, gajah!



Friday, February 1, 2013

Mengalahkan Pengantin Namanya

Kadang-kadang macam tak berapa sedar diri dengan apa yang I cuba lakukan. Muahaha. Orang lain nak kawin, I yang sibuk-sibuk mengalahkan mak pengantin. Adik beradik pengantin belum beli baju lagi tapi I dah semangat waja beli kain siap ajak SiDia tolong pilihkan. Kaler yang agak hot ketika ini la kan fuchsia ape lagi. Tapi kan kan kan kan, I nak buat design camne ek? Dah tentu Tasha buat dress. Pengapit camne? Takkan nak dress jugak??? Pengapit lelaki camne costume dia? 

Ok kalar dan cutting baju ni dah ok tapi sesuai ke
dengan punggung dan bentuk badan I? Oh no!
Tapi kain I lawa sikit ok ade sulam-sulam sikit hehe

Alamak I suka sangat kaler ni. Cutting dia pun
biasa-biasa aje. I pun tak berapa suka yang
terlampau extreme sebab I sedar diri ini.
Mulalah touching sebab tak kurus lagi....

Dah lama mengidam nak buat kain macam ni tapi I risau makin nampak lagi
tembam bila buat kain flare camni. Lawanye...

Baju akak ni pun simple je. Kain dia pun jatuh je
takde over sangat... Hurmmmmmmmmm
Ok I dah decide nak try hantar satu baju dulu dekat Cathy tapi kan kan kan sekarang dah dekat dengan Chinese New Year nak lagi ke dia amik? Sekarang ni I nak meracuni SiDia supaya beli jugak baju warna fuchsia tu untuk bagi same kaler sedondon gitu :D