Pada suatu hari, ada seekor Gajah Biru dan rakan-rakannya yang lain sedang berjalan-jalan di dalam hutan sambil bersiul-siul riang. Kenyang perut barangkali. Siulan merdu si Gajah Biru itu telah didengari oleh seekor gajah juga tetapi ianya berwarna pink. Pabila terdengar siulan daripada Gajah Biru itu, si Gajah Pink mula bersiul juga. Si Gajah Pink mula menyertai kawanan itu dan melakukan perlbagai aktiviti di dalam hutan bersama-sama dengan Gajah Biru.
Tak lama kemudian, Gajah Pink terpaksa meninggalkan hutan itu untuk beberapa hari dan pemergian Gajah Pink itu telah menimbulkan rasa tidak senang di hati Gajah Biru. Setiap masa ada saja laungan sayu Gajah Biru terhadap Gajah Pink. Masing-masing sudah tidak senang duduk kerana jauh di mata. Setibanya Gajah Pink ke hutan itu semula, mereka terus bertemu dan bertanya khabar masing-masing dengan hati yang gembira. Hilang sudah kerisauan di hati Gajah Biru terhadap Gajah Pink.
Di satu hari yang istimewa, setelah beberapa minggu mereka dan kawanan bermain-main dan mencari makanan di dalam hutan yang sama, Gajah Pink telah memberanikan diri untuk mengajak Gajah Biru mencari makanan ke kawasan hutan sebelah. Pelawaan itu telah disambut baik oleh Gajah Biru dan bermula hari itulah mereka mengharungi semua suka duka bersama-sama...
Rindu dekat Gajah Biru lah :( |
Setelah beberapa purnama, kemesraan Gajah Biru dan Gajah Pink semakin dirasa oleh yang lain-lain. Kedua mereka dilihat sering bersama di dalam kawasan hutan itu. Mereka mencari makanan bersama, bersiar-siar di hutan bersama dan setiap kesakitan dirasa bersama.
Gajah Biru dan Gajah Pink menempuhi semua rintangan mereka bersama-sama. Mereka menjaga dan melindungi di antara satu sama lain. Si Gajah Pink setia berada di belakang Gajah Biru ketika Gajah Biru menghadapi serangan-serangan haiwan ganas yang lain. Gajah Biru selalu memberi cahaya kepada Gajah Pink ketika Gajah Pink menghadapi kesukaran untuk merentas hutan yang gelap dan menyeramkan.
Gajah Biru dan Gajah Pink akhirnya menemui kebahagiaan mereka dalam menghadapi hidup yang sukar. Malah, mereka semakin rapat dan tidak sanggup berenggang walau sesaat. Belalai mereka bagaikan tertaut sesama sendiri. Apabila Gajah Pink berlari, Gajah Biru selalu mengejar mendapatkannya semula. Begitulah kesetiaan Gajah Biru terhadap Gajah Pink.
Semoga kesetiaan dan kejujuran Gajah Biru dan Gajah Pink akan menguatkan lagi tautan kemesraan dan kasih sayang antara mereka sehingga keluar anak-anak gajah kelak.
No comments:
Post a Comment