Nuffnang Ads

Monday, February 4, 2013

Ya Allah, Sempurnakanlah Segalanya

Keadaan Opah makin tak stabil lewat malam tadi (03/02/2013) bila dipanggil-panggil namanya Opah tak menyahut. Opah macam sedang dalam tidur. Berkeruh tak berhenti-henti. Bila disalinkan pampers pun Opah tidur aje. Mengerang sakit bila dialih-alihkan badannya. Kemudian Opah tidur semula. Wanteh, Achu Nen dan Mama tak dapat kawal perasaan sedih. I pun sama, tengok muka Opah serupa dengan Allahyarham Atuk Laili. Yelah, mereka 2 pupu kata Mama

Siangnya, Tasha dan Wanteh ada menyuapkan makanan kepada Opah. Semangkuk penuh bubur dihabiskan dan 3 cawan air Opah minum. Masuk waktu malam Opah langsung tidur. Harini I belum lagi melawat Opah sebab tuntutan kerja. Petang ni pasti Samani datang jenguk Opah ye.. 

Malam tadi juga Mama dah SMS pada adik-beradiknya. Sekadar peringatan awal. Tak mau bersangka buruk tapi eloklah dikhabarkan keadaan Opah. Jika sebelum ni pelbagai dugaan Opah dah lalu harap Allah bantu Opah untuk dipermudahkan segalanya. Ya Allah... Bantulah Opah ku. Sesungguhnya hambaMu ini tak sanggup melihat keadaannya begitu.

I tau, I bukanlah cucu favorite Opah tapi I sedih tengok keadaan Opah yang begitu. Apalah yang Opah rasa di dalam hatinya dan apalah rasanya kesakitan Opah sedangkan kita yang muda dan sihat ini selalu tak stabil. Inikan Opah yang sudah terlantar di katil, makan bersuap, terpaksa dilap untuk dibersihkan badannya dan kencing berak hanya di dalam pampers.

Walaupun tak selalu Opah belai dan manjakan Samani tapi dalam hati Samani tak pernah nak bersangka buruk dengan Opah. Ampunkan semua silap salah Samani.. Sebelum ni kalau I masuk ke bilik Opah dan bagi salam, nampak Opah tersenyum. Tapi malam tadi, beberapa salam yang kulafazkan tiada sahutan ataupun senyuman dari Opah. Ya Allah....

The Lailis
Opah Rahmah Binti Hassan

No comments:

Post a Comment