Tepat pada hari entri 'Ya Allah, Sempurnakanlah Segalanya' telah lengkap dipublish, pada hari Isnin, 4 Februari 2012 bersamaan 23 Rabiulawal 1434H jam 6.01 pm dengan tenangnya Allah telah menjemput Opah ke rahmatullah. Berkat doa anak cucu dan semua yang mendoakan, sungguh senang dan dipermudahkan jalan untuk Allahyarhamah Opah Rahmah Binti Hassan. Tapi hanya Allah yang tahu kesakitan yang dialami Opah ketika itu...
Setelah sehari, iaitu 24 jam Opah bertarung nyawa namun Opah pergi juga. Alhamdulillah... Tak sanggup I tengok Opah diperlakukan macam-macam I sendiri redha dengan pemergiannya. Wanyong, Wanteh, Achu dan Mama ada bersama Opah sewaktu Opah menghembuskan nafas terakhir. Antara cucu-cucu yang ada pula ialah Tasha, Tijah dan Doll. I tak berkesempatan nak bersama Opah di saat-saat terakhirnya di dunia ini. Atas tuntutan kerja dan keegoan I sendiri. Maafkan Samani ye Opah. Samani taknak jumpa 'makcik' tu tengahari masa Opah sakit. Samani meluat tengok dia... Macam-macam dia buat Samani, sama juga, macam-macam dia buat Opah. Sampai hati dia...
Dapat berita ketika I dan SiDia sedang berurusan di Terminal One dan bila dapat saja SMS dari Mama terus kami bergegas ke rumah Wanteh, tempat dimana Opah meninggalkan kami dan dunia yang sementara ini. Ambulan pun baru saja beredar memberi pengesahan akan kematian Opah. Kami semua redha. Innalillahiwainnailaihihirajiun... Sejuk tangan dan muka Opah :'(
I bersyukur dapat menyempurnakan tanggungjawab terakhir sebagai cucu kepada Opah. Sejak disahkan kematian sehingga ke liang lahat I takmau melepaskan peluang bersama Opah untuk kali terakhir. Semua kami buat bersama-sama termasuklah memandikan dan mengkafankan Opah. Alhamdulillah. Perjalanan terakhir Opah di dunia ada dikelilingi anak-anak dan cucu-cucunya. Saat paling menyedihkan bila I dan sepupu-sepupu menemani Opah di dalam Van Jenazah. Waktu itu hati I semacam sakit dan sedih, mengenangkan semua perjalanan yang dilalui Opah. Waktu memandikan Opah dah tak tertahan airmata dari mencucuri pipi. I tabahkan jua, tak baik airmata kita kalau terkena pada jenazah...
Perjalanan ke Tanah Perkuburan Senawang juga berjalan lancar. Semuanya mudah. Cuaca tidak begitu panas dan tidaklah pula hujan. Alhamdulillah rezeki Opah. Selesai juga tahlil selama 3 hari untuk Opah. Segalanya mudah sejak dari saat Opah menghembuskan nafas. Allah sayangkan Opah lebih dari kami semua. Walaupun tak sempat nak menjaga Opah dekat rumah I tapi bila dipandang katil yang dah tersedia untuk Opah, I jadi sebak tiba-tiba. Dari 2 tahun lepas I pernah menyuarakan untuk menjaga Opah tapi tidak dipersetujui oleh makcik-makcik malah Mama juga.. Takde rezeki Samani untuk jagakan Opah.
Saat-saat terakhir Opah dikelilingi anak cucu amatlah membahagiakannya. Waktu di rumah makcik yang itu, takde langsung senyuman mesra yang dilemparkan Opah bila namanya I panggil. Malah, takde sahutan dari Opah. Bila sampai saja di rumah Wanteh, lebar senyuman Opah bila melihat kami semua datang. Allah Maha Besar. Itulah kekuasaan Allah. Diberikan kebahagiaan kepada kami melihat senyuman dari pipi tuanya dan lambaian terakhir dari tangan kurusnya agar kami tidak terlalu merinduinya, barangkali.
Bercucuran airmata saat I menaip entri ini. Sesungguhnya, walaupun kami bukan idola Opah tapi Opah tetap seseorang bagi kami. Kalau tiada yang tua maka tiadalah yang muda dan jika tiada Opah dan ibu-ibu kami maka tiadalah kami di dunia ini...
Sempurnalah segalanya seperti yang telah I doakan untuk Opah. Puas rasanya dapat menemani Opah semalaman. Samani penat sikit takpe Opah... Asalkan Opah tak berseorangan dikala semua terkatup rapat mata mereka kerana keletihan. Itu saja yang dapat Samani buat pengorbanan kecil untuk Opah berbanding keluarga yang lain..
Tenanglah di sana Opah. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Dia pasti akan menjemput kita semua. Hari ini adalah hari untuk Opah dijemputNya. Esok lusa belum pasti siapa yang dijemputNya. Yang pasti, Samani akan ke sana bersama Opah juga tapi masanya belum tentu. Allah tidak akan pernah melalaikan sesaat pun janjinya. Tunggu Samani ye Opah...
Terima kasih atas sumbangan semua insan yang berhati mulia membantu keluarga kami di dalam menguruskan jenazah Opah. Tak kira sumbangan dari segi doa kesejahteraan, wang ringgit mahupun kudrat. Setiap satunya dihitung Allah dan hanya Allah saja yang membalas segala kebaikan kita semua insan kepada mahkluk Allah yang lain. Kita tak tau apa yang Allah akan berikan kepada kita pula. Bagaimana dengan bahagian kita.. Insya Allah, segala kebaikan dibalas kebaikan. Amin...
Samani bersama Allahyarhamah Rahmah Binti Hassan :'(((((( |
No comments:
Post a Comment