Nuffnang Ads

Monday, October 7, 2013

Kahwin Oh Yeah : Bunga Pahar Murah Murah Aje

Alhamdulillah dah selesai satu hal. Lepas ni bunga pahar siap bolehlah disimpan rapi. Tunggu hari majlis aje. Satu hal, saying la pulak riben dah bushy tu nak masuk kotak. Idea bernas muncul, cucuk dekat polisterine then balut dengan kemas tanpa mencacatkan riben gilang gemilang sangat yang dah digebukan pada bebunga itu. Semoga Mama tak ingat ianya sejenis sampah bila I balut dengan plastik hitam gitu ye T___T harus dilabelkan agar tak diangkat dan dibuang begitu saja.
 
Bunga sekuntum tu I beli di clearance stock punya bahagian. Kalau u all pergi ke Nilai 3, semua kedai pengantin sana akan bukak khemah depan kedai dan jual murah-murah barang yang dah lama atau rosak. Kesian je tengok bunga sekuntum, daun sehelai dan organza untuk membalut telur. Takpe, itu boleh diuruskan. Tapi taklah setanding dengan bunga-bunga pahar dekat Kedai ZC tu. Kagum sekejap! Sebab cantik semuanya. Cuma diorang banyak gunakan kertas crepe dan buat bunga tisu. I dapatlah buat bunga pahar ikut citarasa dan sedap mata sendiri memandang.
 
Checklist harga bunga pahar DIY :

50 kuntum bunga pahar putih simple RM29
Riben satin pink pucat RM2.50 X 2 gulung
Riben satin cream pudar RM1 X 4 gulung
Riben organza putih jalang RM4.50 X 2 gulung
Masking tape putih RM1.50
Jurai warna gold - recycled
Wayar putih no.30 - recycled
 
HARGA SEBENAR IALAH : RM48.50 (97sen/batang)
 
Puas hati dapat bunga pahar pilihan hati. Kalau yang beli dah siap tu takde warna pilihan. Sekadar review bunga pahar yang berjaya disiapkan dengan air tangan dan air jari dan titik peluh sendiri. Ha gitu sekali semua benda berair. Like, seriously, I gedik sangat nak buat tutorial untuk bunga pahar DIY yang konon-konon best dan sweet sangat. Sebabnya, I faham perasaan pengantin excited yang banyak gila masa untuk buat semua benda dengan hasil titik peluh sendiri dan kepuasan berganda di samping menjimatkan wang ringgit, TAPI, tak tau nak mula dari mana. Sangat menggambarkan I. Berhari-hari search dekat Google, macam mana cara nak buat riben bunga pahar tu... Pffftttt!
 
Tak baik kedekut ilmu. Sebab tu I nak ucapkan terima kasih pada mereka yang sudi berkongsi cara buat bunga riben tu. Lai lai lai, click pada link mereka ye.
 
(ada 3 cara, I suka!)
 
 
 
 
dan kepada http://petakbunga-diari.blogspot.com/2012/08/tutorial-ikatan-reben-bunga-telur.html kita serupa hahahaha! Puas godek ye cara ikatan riben. Tak lah malu sorang-sorang.
 
Konon theme color nak surprise la buat black and white
Hahahaha
Warna sebenar akan I reveal, soon :)
p.s. sila abaikan background comot
 **boleh I tau mana satu yang betul ye kalau dalam Bahasa Melayu. RIBEN atau REBEN? Agak musykil disitu, kalau RIBBON tau la senang sikit.  

No comments:

Post a Comment