Confirmed. Macam yang coach dan pengurus announce minggu lepas, senarai 12 nama pemain Bola Jaring bagi JKRNS dah ada. Ini untuk game pada Karnival Sukan dan Hari Inovasi bagi JKR pada 16 November 2013 nanti. Berlatih beriya kalau tak menang tak tau lah, bak kata sesetengah pegawai di pejabat. Puan, kami training ni sebab kami tak pandai main. Kalau kami dah hebat macam puan takpelah pegi game je terus menang. Hehehehe
|
Ada yang tak datang waktu gambar ni di ambil ye.. Kesian CC dan Kak Ija |
Happy sangat sebab coach kitorang seorang pengadil perlawanan yang berpengalaman. Dan beliau ialah seorang lelaki! Lain ok latihan dari lelaki berbanding dengan coach wanita. Awal latihan dulu macam nak gila jugak fitness kitorang tapi sekarang Alhamdulillah. Dah kurang sakit-sakit tapi masih terasa jugak sikit-sikit kesengalan. Maklumlah badan berat disuruh lari dan lompat. Dapat bayangkan tak?
Seronok je dapat pengalaman baru dengan coach ni. Setakat ni berjaya buat friendly match dengan beberapa team dari Negeri Sembilan dan KL. Paling best dapat turun KL untuk friendly match dengan bebudak lelaki netball. Pertama kali. Macam dah cerita melalut aje ni. Ok2 walaupun ada sesetengah team mate yang cuba nak jadi 'star' tapi itu semua berjaya kami hadapi dengan baik.
Yang paling penting semangat berpasukan tu ada. Dan paling penting, badan dah makin susut! Yahuuuuuuuuu!~ Hip hip horey!! Hehehe happy ok ingat senang ke baju sume nak longgar. Tapi perut menten lagi 3 layer hahaha. Sebab ini jugalah peminat-peminat I sibuk tanye, "kenapa tak update cerita terbaru dekat blog, lamanya tak nampak..." Sorry sangat-sangat. Walaupun I bukanlah retis tapi ada juga yang suka membaca di sini walaupun bahasa kurang menunjukkan kesopanan dan kesusilaan. Terima kasih. I busy sangat berlatih, dengan netball dan koir. Paling penting, tugas hakiki pun slow sangat sekarang... Kadang kalau ada masa masuk pejabat pun masih lagi I buat kerja dan terpaksa melupakan dunia menulis kegemaran I ini. Sedihhhhh sangat, jari dah kemaruk sangat nak menaip sebenarnya...
No comments:
Post a Comment