Nuffnang Ads

Monday, October 7, 2013

Pertama Kali MC

Kesian, ni pertama kali SiDia bercuti sakit. Dalam sejarah bekerja di tempat baru. Memang patut kena jaga prestasi, MC kalau betul-betul sakit saja. Tapi apakan daya, bila dah tak boleh menahan langung mana boleh pergi kerja jugak. Kalau terbaring dek nak kejar kan kerja semata, memang tak patut. Boleh report Pejabat Buruh tak? Mulalah tu..

Kronologi 30.09.2013

8.30 am - I ke pejabat macam biasa, lepas punch kena isi SKT pulak. Tak fikir apa cuma ingat SiDia demam biasa macam selalu :(

9.10 am - Bergerak ke Paroi Jaya untuk bawak SiDia ke Klinik Kesihatan Ampangan

9.45 am - Sampai di Klinik Kesihatan Ampangan, drop SiDia, I berpusing cari parking kereta. Monday, biasalah klinik penuh. Pfffffttttt! Sampai klinik terus SiDia diberikan neb dan I masuk tengok SiDia masih di bilik rawatan. Takde orang di Asthma Bay, hanya Hafizi sahaja ye..

10.00 hingga 12.30 pm - Berjumpa doctor, disahkan belum clear lagi paru-paru. Terpaksa ambik neb sekali lagi dan jumpa doctor semula. Masih belum clear, terpaksa diberikan antibiotic dalam bentuk cecair yang disuntik dan neb sekali lagi.

12.45 pm - Doktor buat referral letter untuk dibawa ke Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Ops, tak boleh naik kenderaan sendiri ok. Kena tunggu ambulan datang ambik.. Sudahhh, ambulan bagai...! Call Auntie Pipah untuk bawak sekali ke HTJS. Tapi kami naik kereta ye..

1.30 pm - Gedebuk gedebak gedebik, SiDia dah dibawa ke HTJS menaiki ambulan. I dan Auntie Pipah menyusul kemudian. Sampai di Unit Kecemasan, I cuma drop Auntie Pipah dan macam biasa I cari parking di kawasan parking baru. Eh selesa ok sebab berbumbung. Tapi kena berjalan sikit la sebab lif rosak. Takpe, exercise...

2.00 pm - SiDia dalam keadaan terbaring lemah mungkin sebab tak makan dari pagi. Siap pakai oksigen lagi tuh. Hadoiii, masa ni jantung I pulak lemah. Macam biasa, Unit Kecemasan tak kira pagi petang siang malam ada aje kes. Lagi-lagi SiDia dekat Yellow Zone. Takpe, bertahan ok...

3.00 pm hingga 5.00 pm - I dan Auntie Pipah bersapau di HTJS. SiDia kena ambik lagi sekali neb. Alhamdulillah dah hampir clear. Tapi still kena buat X-Ray dan ECG. Kata doctor mungkin jangkitan kuman di paru-paru. Lepas Asar, doctor sahkan result ECG clear, cuma X-Ray ada tunjukkan yang paru-paru dijangkiti kuman. Sebab tu SiDia demam dekat nak 3 hari. Kena habiskan antibiotic yang diberi dan kalau sesak nafas lagi datang terus ke Unit Kecemasan dan Trauma HTJS.. Oklah tu, dapat ubat asthma, antibiotic, ubat batuk dan MC selama 2 hari.

5.30 pm - MAKAN NASI ARAB DAMSYIK DI TAMAN PAROI JAYA. Haaaa???!!

 Pengajaran pada hari itu ialah,

STOP SMOKING, JAGA KESIHATAN, REHAT SECUKUPNYA

Kesian, kena inject antibiotic...

I tak suka costume hijau tu >,<
U tau tak masa tu I risau gila? Sampai seharian tak makan dan tak minum mengenangkan u macam tu? Makan ubat tu habiskan tau... Tak best kan pergi hospital? Haaa, tau pun... Dan I memang tak sukakan hospital lagi-lagi dekat Unit Kecemasan dan Trauma sebabnya I memang bebetul TRAUMA nak masuk wad. Eeeeeeeeeeeeeeeeee, tak suka!
 

No comments:

Post a Comment