21 Oktober 2013 merupakan hari terakhir kepada Dato' Ir Dr Roslan, Pengarah JKR N.Sembilan. Setelah 6 tahun Dato' menerajui jabatan ini, hari ini tempatnya digantikan olah Tuan Abdul Karim yang sebelum ini memang pernah bertugas sebagai Jurutera Daerah dan Ketua Penolong Pengarah disini. Inisiatif dari jabatan kami telah mengadakan satu Majlis Jasamu Dikenang di Dewan MPS, Seremban. Mulai hari ini, kami adalah di bawah naungan Pengarah yang baru..
Sementara menanti ketibaan MB, majlis dimulakan dengan ucapan oleh Dato' Roslan yang menceritakan pengalaman beliau sepanjang bergelar Pengarah. Kemudian diikuti dengan ucapan oleh KPP (Jalan) yang telah lama mengenali Dato' dari zaman mudanya. Ucapan terakhir yang ringkas juga dari Pengarah baru. Kami yang gementar berhadapan dengan Pengarah baru. Lain pucuk pimpinan, lain caranya. Insya Allah kami cuba :)
MB Negeri Sembilan tiba tepat jam 10.00 am dan kami pasukan koir dah bersedia di tempat kami. Setelah MB duduk di bangku VVIP, pasukan koir mendendangkan 3 buah lagu iaitu Umpan Jinak Di Air Tenang, Kerana Budi dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti. Terlepas sudah gementar kami. Ada pula tugas lain menanti. Semasa tayangan video ada ditayangkan gambar-gambar lama Dato' yang sangat lain dari sekarang. Selesai tayangan video mulalah acara Penyerahan Nota Serah Tugas yang disaksikan sendiri oleh MB. Atas urusan rasmi yang lain, MB berangkat dari dewan ke majlis lain pula dan acara kami tetap diteruskan. Sebelum sesi makan tengahari, ada acara penyampaian hadiah dan cenderamata dari semua Bahagian dan Daerah di JKR Negeri Sembilan. Tugas kami, sebagai petugas hadiah. Alhamdulillah, berjaya dilaksanakan dengan baik.
Acara terakhir di dewan berlangsung dengan sesi fotografi. Selepas itu Dato' berangkat ke Pejabat Pengarah JKR N.Sembilan bagi menyempurnakan thumb print hari terakhir. Majlis berlangsung dengan begitu sempurna. Tapi sayangnya, tidak semua kakitangan bawahan yang hadir atas kekangan jarak dan masa.
Diharap semua pegawai dan kakitangan JKR N.Sembilan mengekalkan kualiti kerja dan membuat penambahbaikan yang perlu bagi semua kelemahan dari masa ke semasa di bawah naungan Pengarah yang baru iaitu Tuan Abdul Karim. Insya Allah....
MB Negeri Sembilan tiba tepat jam 10.00 am dan kami pasukan koir dah bersedia di tempat kami. Setelah MB duduk di bangku VVIP, pasukan koir mendendangkan 3 buah lagu iaitu Umpan Jinak Di Air Tenang, Kerana Budi dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti. Terlepas sudah gementar kami. Ada pula tugas lain menanti. Semasa tayangan video ada ditayangkan gambar-gambar lama Dato' yang sangat lain dari sekarang. Selesai tayangan video mulalah acara Penyerahan Nota Serah Tugas yang disaksikan sendiri oleh MB. Atas urusan rasmi yang lain, MB berangkat dari dewan ke majlis lain pula dan acara kami tetap diteruskan. Sebelum sesi makan tengahari, ada acara penyampaian hadiah dan cenderamata dari semua Bahagian dan Daerah di JKR Negeri Sembilan. Tugas kami, sebagai petugas hadiah. Alhamdulillah, berjaya dilaksanakan dengan baik.
Acara terakhir di dewan berlangsung dengan sesi fotografi. Selepas itu Dato' berangkat ke Pejabat Pengarah JKR N.Sembilan bagi menyempurnakan thumb print hari terakhir. Majlis berlangsung dengan begitu sempurna. Tapi sayangnya, tidak semua kakitangan bawahan yang hadir atas kekangan jarak dan masa.
Dato' Ir Dr Roslan bersama Pengarah baru, Tuan Abdul Karim bin Mohd Tahir bersama Pasukan Koir JKRNS :) |
No comments:
Post a Comment