Nuffnang Ads

Monday, June 30, 2014

Hanya Kata-Kata

6 bulan pertama, BAHAGIA, hanya BAHAGIA
Itulah kita seperti yang dibayangkan, seperti yang diandaikan
Alhamdulillah, tiada lah cacat celanya
Yang ada cuma ujian, itulah asas rumahtangga
Tiada yang sempurna, jangan risau
Semuanya baik-baik saja

Genaplah kita dalam fasa setengah tahun jagung
Diam tak diam kan Sayang...
Inai di ibu jari kaki pun hampir ke penghujungnya
Paling bahagia, kita masih dalam mood honeymoon.
Hari-hari rindu dan rindu hari-hari

Selamat ulangtahun perkahwinan ke-6 bulan untuk suamiku :)

p.s. nak cakap panjang lebar depan-depan nanti sebak hihihi

Genap 6 bulan :)

Friday, June 27, 2014

Semuanya Kongsi / Share Je

Seriously, I was soooo curious with this girl, yang dipanggil rakan Facebook. Ada yang tak kena lah dengan dia ni. Ada yang termenyimpang jugak segala tingkah laku dia. Bukan letih dengan semua rintihannya, cuma terfikir, takde kerja lain ke? Life dia macam pathetic sangat je. Takde kawan-kawan ke? Atau, tak bahagia? Bukan lah nak mengutuk sangat. Kalau sekali sekala boleh lah I tutup sebelah mata, buat-buat tak nampak. Macam mana kalau dah setiap masa, update, share benda bukan-bukan. Semak wey!

Ada satu kes tu, hal orang lain, dia pergi share. Ghairah sangat jari jemari tu nak share itu ini. Kadang tak elok jugak kan teknologi tah hape-hape ni. Jadikan orang geram. Entah iye betul atau tidak la perkara yang dia share tu. Hello, dengan public ok. Bukan 'for my eyes only', takde ke setting macam gitu ek dekat FB? Hal dia tu lantaklah, nak cerita semuanya pasal minyak habis ke apa ke, I terima lagi lah, walau kadang tu menyakitkan mata je memandang. Tapi hal dia kan, I senyapkan aje. Kalau dah sampai mengutuk orang dan benda lain tu I ade sikit kekesalan lah. 

Sekarang ni sibuk hal Lola tu, memang masalah dia kenapa buat anak OKU macam tu. Tapi semua hal Lola dishare, semua cerita Firdaus dia muat naik, Allah... Gelapkanlah hati dia untuk share semua tu dan tambah dosa I :'( Bukan apa, bila I scroll FB tu, nampak berita tak best dari dia, rasa macam nak menjerit pun ada. Again???? Terus terang lah, I ada rasa fobia sikit nak bukak FB sebab ni la. Padahal ada je button hide malahan, Unfriend. Tapi memikirkan kawan.........

Dulu, dia jugak la yang share berkenaan anak, I sedih sebab I tau I belum ke arah itu lagi. I diamkan je. Nasib baik Sayang berjaya tenangkan I. Kadang tu dia share benda macam tak patut. Riak ke life dia sempurna. Huaaaaa!~ Ok sekarang I dah sedih...

Kepada insan yang berkenaan, hanya Al-Fatihah dapat I sedekahkan. Kadang memang I kecik hati dengan segala yang u post dan upload dan share. Kadang memang ada kata-kata u terkesan dekat hati I. Cuma I tak pernah cakap. Sebab I macam tau something pasal u. U keras hati sangat. Pernah satu status u menjeritkan suara hati yang FB u adalah hak u. Tak boleh I nak kata apa. Betul, kalau tak suka sila unfriend tapi I masih ingat jasa u pada I. Takkan I lupa pertolongan dan bantuan sehebat itu. U masih kawan I, tapi attitude u, buat I nak move on. Banyak kali dah u usik hati I tapi I redha kalau dah begitu cara hidup u. In shaa Allah, tak lama lagi u akan berubah ke arah kebaikan. 

Hidup u hebat, tak macam I, kenapa banyak sangat complaint? Walaupun kadangnya nampak macam u bangga tinggi diri dengan apa yang u ada. Kucar kacir sangat jiwa u. Kalau perlu bantuan, kepada Allah tempat u mengadu, bukan kepada Tuhan FB :'( Sedih I menaip benda macam ni dekat dalam blog I sendiri. U tak sedih ke FB u sendiri u cabul untuk dikutuk dan dicemuh orang?????

RSVP : Ramadhan Tiba Lagi

Tahun ni adalah Ramadhan kedua kami bersama-sama. Segar lagi dalam ingatan, Ramadhan yang lepas, berpuasa bersama, berbuka bersama, bersahur bersama dan ke masjid bersama-sama. Semoga tahun ni pun akan diperkenankan Allah untuk kami berdua bersama lagi buat aktiviti biasa tu. Cuma kelainan dari tahun lepas ialah, tahun ni kami suami isteri. Tahun lepas kawan-kawan ajeeee. Muahaha~

Tahun ni berbeza sikit, dah jadi isteri SiDia, ada keluarga mertua. Masa kena bahagi banyak sangat. Tapi, masa berdua tetap kena ada. Mujur, rumah keluarga dekat-dekat. Takdelah gaduh sangat. Waktu raya pun nanti, senang.... Ada jugak perkara yang tak berapa best, SiDia kerjanya ikut shift. Alaaa, maknanya tak tentu la bila kerjanya, siang ke malam ke petang ke double shift ke. Redha, asalkan ada masa untuk bersahur dan berbuka sama. Kalau waktu sahur atau berbuka tu SiDia bekerja, akan I usahakan jugak untuk makan bersama. Tetiba rasa sedih....

Ramadhan tiba lagi, sekali lagi kita akan diuji. Kali ni dengan fenomena El Nino. Panas dan lencun berpeluh. Tambah lagi dengan jerebu. Allah... Semoga kita semua bermuhasabah diri dan kembali bertaubat kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan kita berpuasa nanti. Aminnnn~

Monday, June 23, 2014

Wishlists!

If u just saw an 'S' at the end of the title of this entry, it means that u have a very good eye at reading my mind! Hahaha takde kena mengena tapi the point here is I have a few things that suddenly showed up to be my personal target that should be achieve soon. Yes baby, soon. In order to get my peace of mind, I really wanna have them. *hati memberontak tanpa henti*

Its trending now, a GoPro had been everybody's interest in their life. Me either. Hanya Allah yang tau betapa maunya I pada sejenis gajet itu. Keadaan sekarang membataskan kemahuan itu. I didn't involve in any extreme activities. I just went to hiking and snorkeling, not other than that. If I say any adventurous stuffs that I would do, then, scuba diving will do. Sangat memerlukan seperti GoPro itu, yang boleh dicelup-celup dan direndam dalam lautan tanpa rasa ragu-ragu. It costs me about RM1k ++ and I can't even afford that price. The IGers had spoken, they introduced me with something that I must have right before our island trip. SJ4000 is the most thing that I want now, like, NOWWWWWW! Wish me luck my dear friends, it costs me about half a price of GoPro. I will get them!

Next, a PC or a laptop that complete with the latest version of Photoshop, I'm totally lost about what is RAM, but I guess I need someone to check it for me. I always want it because it will be easy for me to do the editing like I always do before. I didn't reach the maximum level of satisfaction in using Photoscape or PicsArt or VSOCam or any other applications or softwares, it is only Photoshop that I need to use. I sangat suka kepada editing gambar, I nak fulfill my dream of doing my own creative stuffs. I nak PC itu juga complete dengan printer. Siap dengan art paper (or whatever it is) yang boleh di print macam-macam diatasnya. Wowwww, I dah dapat bayangkan macam mana kalau adanya semua ni dengan I. Legasi Made By Saz akan dikembangkan lagi. Aminnnnn.

Semoga wishlist duniawi ini dapat disempurnakan. Mari menyeksa mata dengan melihat apa itu SJ4000 yang I idamkan.

Sunday, June 22, 2014

Layankan Aje FWC2014

Apa nak jadi?? Dua lelaki syurga I hanyut dah.. Ayah di sebelah kiri, Sayang di sebelah kanan. Tidur! Cita-cita diorang nak tengok Argentina VS Iran dan Germany VS Ghana, kesudahannya I rasa Messi dengan Ozil yang tengok diorang hehehehehe.

Kalau setakat hujung minggu ni gagah lagi untuk I layan tengok siaran langsung. Kalau weekdays, hurmmmm, tengok highlights aje lah. Tak mampu nak tengok live punye. Nanti ada yang pergi keje jam 11.00 am. Dah memang peel macam tu, kalau I tidur lambat mesti I bangun pun lambat jugak. Sebab tu I rela tidur dari tunggu game walaupun I peminat setia Brazil yang tegar! Haha.

Entri ini bukan nak komen pasal permainan atau pemain tapi nak komen pasal penonton yang dah tumpas di tempat sendiri. Macam mana ni? Untuk hujung minggu yang hebat ni I tengokkan game ni untuk Ayah dan Sayang yang tersayang. Nanti esok TENGAHARI baru Samani update result ye. Maklumlah, tidur pun dah jam berapa, haruslah I bangun lambat ni muahahahaha. Sebelum lupa, ini result untuk game yang I berjaya tengok sampai habis. Lobam mato den!


Argentina (1) VS Iran (0)
Ghana (2) VS Germany (2)


Masa ni Germany VS Ghana

Friday, June 20, 2014

Takpe, Kita Hanya Orang Bawahan


Kepada rakan-rakan seperjuanganku,
Sesungguhnya kitalah yang dibawah
Sesungguhnya kitalah yang ditindas
Sesungguhnya kitalah yang nenurut perintah.

Tenang, selalunya akan menang
Biarkan jiwa-jiwa yang tamak lagi haloba itu
Dengan permainan duniawi mereka
Kita pergi di tempat yang kita mampu
Kita duduk di kerusi yang sesuai dengan kita
Jangan menagih, sesuatu yang bukan hak kita.

Ikutkan hati, nak dimaki
Tapi apa dapat???
Darah tinggi? Stroke? Sakit jantung? 
Rentikanlah... Dapat sakit, suka?

Kami, pelakon yang tiada suara
Dan kamilah tiang seri kepada jabatan
Kami, antara aset yang bagaikan tiada harga langsung
Dan kami jualah medium yang menggerakkan gaji mereka
Kami, paling bawah di carta organisasi
Dan kami tahu yang diatas kamilah berkuasa.

Kami di sini bagaikan sekeping gambar di alam bingkainya
Dicabut dari dinding sini 
Dan bergerak ke dinding sana
Mampu memerhati tapi tak mampu bersuara.

Bila mahu dilihat, dipamerkan
Bila mahu dihilangkan, maka disorokkan
Sikit pun tidak mencabul rasa
Dan tanggungjawab terhadap jabatan.

Kerana kami Kerani yang kuat
Kerana kami Kerani yang patuh
Kerana kami Kerani yang redha...
Kami tak pasrah
Kami hormat...

In shaa Allah, 
Satu hari nanti kita akan menang
Berkat kesabaran kita.

In shaa Allah, 
Kemana pun kami dicampak 
Disitulah kami menjalankan
Tanggungjawab kepada jabatan, negeri dan negara.

Selamat tinggal tempat lamaku :)

I Miss Reading Books!

Rindu tak terperi. I terlampau sibuk lately :( sampai tak ada masa LANGSUNG nak membaca. Geram mata memandang buku-buku dekat rak. Terbiar hampir berhabuk. Tak berusik. Terketar-ketar tangan bila pegang buku-buku tu sebabnya hati meronta ni lain macam sikit. Sebabnya kalau dah baca nanti akan continuous je tak boleh berhenti kecuali tidur hihi.

Aktiviti I sentiasa penuh lately sebab pindah rumah, pindah pejabat, kelas mengaji dan kelas aerobic. Alhamdulillah tak sunyi. Ada je perkara yang dapat mengisi masa lapang. Tapi itulah, sampai tak sempat nak membaca buku yang tersusun tu. Normally, waktu membaca I ialah pada waktu malam sebelum.tidur. Sekarang ni waktu malam diisi dengan mengemaskan rumah yang belum sudah lagi tu. Nak membaca waktu hujung minggu pun tak berapa ada masa.

Kebiasaannya, pada hari bekerja, waktu selepas balik dari pejabat terus I bekerja di rumah pulak. Mengemas itu ini dalam rumah. Hari Rabu dan Sabtu pula sibuk bersenam. Untuk hujung minggu, masa diisi jugak kali ni dengan kelas mengaji dan bersenam. Bila nak curi masa untuk membaca.
Time will heal everything. I nak setelkan semua perkara yang wajib dulu. Nanti barulah ada masa nak membaca buku. Nak ubat ketagihan yang mana, bila tak membaca rasa sepi, kosong dan kurang idea. Apa pun, I sangat sangat sangat sangat rindu nak baca buku huaaaaaaaa~

P.s. Sementara tunggu kain mesin dekat rumah Mama ni pinjam kejap baca ni bestt!!!

Wednesday, June 18, 2014

Dari Sini Ke Sana

Ayat yang paling allergic untuk minggu ini ialah PINDAH. Hoi, baru je I pindah rumah sekarang nak pindah dalam pejabat pulak. Memang la berubah kedudukan je bukan berubah jabatan pun, tapi ayat perpindahan tu mengundang sakit pinggang lenguh-lenguh di kemudian hari. Kalau dekat rumah bolehlah mintak Sayang, mintak Sayang itu, tapi dekat opis kena lah sendirian berhad kan...

Sebenarnya kitorang nak pindah dari kedudukan yang dah sekian lama dihuni oleh warga Pentadbiran sejak zaman Saloma lagi agaknya, ke kedudukan bahagian yang tidak langsung terdapat dalam waran. Pfffft! Malas nak sebut siapa dan malas nak cerita hal waran la perjawatan la inventori la baik focus pasal nak berubah tempat. Sebabnya, kalau nak protes pada bahagian yang 'itu' takkanlah suara kitorang didengar oleh pihak atasan. Takpe... sabor je la...

Tempat duduk I sekarang ni adalah tempat duduk keempat sejak sembilan tahun lepas. Dari belakang ke tepi ke depan ke belakang semula. Sekarang dah nak kesebelah pulak. Memang malas sangat nak mengemas ni. Tempat dah bersaka sangat ni dengan macam-macam ada dekat sini. Hahaha!

Hari Khamis (19/6/14) dan Jumaat (20/6/14) adalah hari berkemas kitorang. Malasnya, dengan opsyen punye perkara pun belum sempurna lagi. Dengan Pergerakan Gaji Tahunan pun ada belum disemak pulak tu. Sebab tu I berkeras jugak nak selesaikan kerja-kerja yang membuatkan fail menjadi bertingkek-tingkek dalam kawasan I. Terpaksa. Sebab hari Sabtu (21/6/14) kitorang akan berpindah sepenuhnya. Bila diingatkan memang letih sebab bukan dalam kawasan meja ni je barangan kitorang, belakang tu ada lagi 2 ke 3 kabinet besi yang memuatkan fail sulit. 

Kedudukan tempat baru pun belum finalize sebab bos akan tetapkan sendiri nak letak sesiapa depan biliknya atau belakang dindingnya. Itu I tak kisah sangat. Tapi yang I kisahkan sangat tu, muat ke kabinet besi untuk masuk bawah meja, ada ke space nanti untuk printer sebabnya I printer letak bawah kaki. Hurmmmmm. Buat masa sekarang ni kitorang tengah giat berkemas je. Malas nak argue atau komen apa-apa sebabnya orang bawahan kan tugasnya mendengar kata orang atasan sahaja :) 

Cinonet Anak Lima

Dah beranak. 19 Mei 2014 yang lepas, keluarlah 5 ekor semuanya pattern lain-lain. Kemain banyak anak Cinonet. Bersalin kelas satu pulak tu, atas katil Mama. Terkejut Mama tengok macam mana Cinonet lahirkan anak dia. I sendiri tak pernah tengok. Takut dan geli kot sebab tu Allah tak pernah tunjukkan dekat I. Camne nak buang rasa tu kalo dah memang geli...
Suzy - Bunny - Donny - Bobby - Cindy
1 minggu lepas dilahirkan
Alhamdulillah, semuanya sihat-sihat belaka. Dah hampir sebulan umur diorang, dah berlari-lari anak dah dekat luar cage. Semuanya laju, melompat-lompat dan tak takut orang. Syukur Alhamdulillah... Tapi ni ada beberapa ekor dah ada kutu, rasanya kalo Cinonet ada memang anak-anak dia akan berjangkit sekali. Lepas tu, ada pulak yang dah berkurap. Kena cepat-cepat la letak minyak gamat.
Donny - Suzy - Bobby - Bunny - Cindy
Hampir sebulan! Dah berlari semuanyaaaaa~
Beberapa keping gambar dalam phone I. Buat kenangan esok diorang dah besor tangkap gambo lain pulak. Semoga Bobby, Donny, Suzy, Cindy dan Bunny jadi anak kucing yang sihat dan kuat macam Abang Baby diorang yang dah hilang beberapa bulan lepas.
Yang depan ni Bobby, yang putih tu Bunny
Yang ni je sebijik macam Cinonet... Nama dia Suzy!
Tak lupa juga pada pendatang asing dekat lorong belakang - Blackie, Carpet, Jacky, Tom and Jerry, Comot, Kentoi... Amboi ramai pendatang dari tuan rumah hahahaha. Luv u all! Semoga dipelihara kesihatan dan keselamatan semua kucing-kucing ni.


Pindah Rumah Lagi Sekali

Actually, bukanlah I yang berpindah ke rumah lain. Cuma Ayah yang pindahkan barang ke rumah kami. Selama ni rasa rumah bergema je kalau kitorang gelak kuat-kuat. Sekarang ni rasa paduan suara tu lain macam sebab barang dah banyak. Almost perfect, ade satu dua yang perlu ditambah. Alhamdulillah, rezeki Allah pada hambaNya yang sangat memerlukan. Terima kasih Ayah, terima kasih Mama.

Dengan berlorikan Abang Ajis, beberapa barangan dari hometown I dah berjaya diangkat ke Seremban. Tapi bang Ajis, kenapa lah abang datang lewat sangat. Dalam jam 11.00 pm baru sampai lori di Taman Melati. Nak mengangkat fridge dengan meja tempered glass bukan ringan kot dari penthouse tu. Takde lif! Memang tangga je la laluan yang ada....

Tu belum kira kena hantar pekerja ke Sg.Buloh dan patah balik ke Seremban. Sumpah memang I flat sangat. Mana nak tolong Ayah mengemas sikit-sikit barang dekat rumah lepas tu berangkat balik ke Seremban. Nasib baik ada Sayang yang kuat dan gagah perkasa. Kami siap berhenti tidur 2 kali sepanjang perjalanan balik ke Seremban. I dah balik rumah dan tidur, kerja selesai pun lebih kurang 5.00 am. Barulah Sayang dan Ayah dapat makan nasi. Allah je yang tau macam mana penatnya dua lelaki syurga I tu.

Kesimpulannya dari apa yang I alami dah beberapa kali pindah rumah - dari Seremban ke Segamat, dari Segamat ke Seremban, dari Dusun ke Melati, dari Rasah ke Permai, dari Dusun ke Kelisa dan dari Melati ke Kelisa. Amboi, banyak kali jugak tu ye. Memang memenatkan... 

Walaupun kita tengok barang tu sikit je, tak boleh dijangka. Mengikut pengalaman I, kita kena betul-betul pack barang dan tandakan kotak dengan barangan apa yang di dalamnya, kalau tak habis lah nak punggah satu-satu kalau nak cari barang urgent.

Akhir kata, tiada gambar untuk ditayangkan sebabnya dah tengah malam, telefon pulak dah rosak flash light dia. So bayangkan je la bawak barang berat turun dari tingkat 5 lepas tu dinaikkan ke lori. Kalau sekadar rumah teres takpe. Ikutkan hati, kalau boleh dah-dahlah tu pindah randah ni. Kalau boleh nak pindah lepas ni nak ke permanent house. Eh, macam mana orang yang pindah berkali-kali tu ek kebiasaannya polis dan tentera...

Tuesday, June 17, 2014

Jualan Gudang Sleep Focus

Berlangsung pada 13-15 Jun 2014. Syok! Puas hati! Diikutkan nafsu tu semua memang nak serba satu hahaha tamak. Tapi apakan daya, menumpang kasih Mama, dapat cekaulah apa yang patut dan betul-betul yang diperlukan. Dapat la secekau dua. Kalau bawak Sayang, tah-tah kitorang yang bercakau. Sungguh, memang best jualannya.
Yang RM25 pun kain dah sedap, kalau RM65 ni...
Sleep Focus ni terletak dekat Nilai, Negeri Sembilan. Kalau nak tanya I direction memang sumpah I FAIL gile... Tapi gudang dia terletak dekat sangat dengan Nilai 3 ala yang tempat u ols beli barang nak buat hantaran la beli langsir la beli lampu la. Kiranya dari tol Nilai, terus naik ke kiri yang jalan baru nak ke Nilai 3 tu lepas tu jalan terus je lepas nampak Nilai 3 belah kanan. Terus sampai hujung jalan dan belok ke kanan simpang yang paling last. Kemudian, akan nampaklah kenduri cadar, bantal, comforter, langsir dan tuala. Boleh naik gila.
Pilih Ma, pilih. Yang kaler grey tu macam blanket dan lapik untuk baby tau
I teman Mama je. Cewah ayat camtu memang sejak azali terpacul dari mulut dan jejari ni. Padahal dah dengar kawan-kawan cerita sana best murah-murah lagi mau cerita teman Mama. Nak meringkaskan cerita, dekat entrance je Mama dah sambar doormat. Lawo, kaler Nescafe. Sampai 3 pulak tu. Mananya tak, murah je RM6 dan RM10 untuk yang besar sikit.
Selonggok, murah-murah!
Tengok Mama beli semua kaler camni. Hahaha
Benda kedua ialah bantal, dari bantal kepala untuk tidur sampai ke bantal untuk buat sandar-sandar. Tebal dan selesa bantalnya, tenggelam kepala bila baring. Harga dalam RM22 oklah tu kan. Memang gebus je. Menyesal tak beli lebih. Ingatkan nak test-test je. Amekau, dah tutup pun jualan gudang tu. Huaaaa~ Ade jugak Mama beli kusyen macam bolster kecik tu dan satu bantal kecik polyester untuk kegunaan kucing barangkali.  
Yang kuning belakang tu tak beli ye memang dah ada dekat rumah hahahaha

Sedap dan murah. Rugi wooo tak beli banyak
Bantal ni pun best jugak!
See, RM29 aje!
Last but not least, dapat sambar dua fitted bed sheet, satu kaler peach lagi satu putih melepak. RM25 sahaja harganya, dan ada jugak yang corak-corak tapi I tak berkenan. Pun sama harganya. Paling best la tu, beli banyak-banyak untuk buat hadiah orang kahwin ke, hadiah untuk birthday ke. Senang je. Ada jugak I tengok satu van penuh dengan cadar ni, rupanya mereka dari rumah anak yatim tapi tak pasti namanya... Alhamdulillah rezeki anak-anak ni.
Macam-macam kaler ade lagi tah nape dua beranak ni suka kaler ni ye
Kenapa buat di tengah bulan macam ni? I telan air liur tengok langsir. Nak buat ganti langsir sliding door. Langsir siang, langsir malam katanya. Hahaha. Apa yang I dengar, diorang buat setiap tahun. So, tahun depan siap-siap kumpul duit untuk beli barang-barang ni je. Takpe ye sayang, tahun depan kita serbu sama-sama ok! Bagi I, jualan gudang ni sesuai untuk kami yang beru berkahwin ni, dekat rumah pun bantal ada 2 bijik je, cadar ade 2 helai je kiranya lari bertukar ganti la semua tu. Hahaha bolehlah beli murah-murah ni buat tambah stok.
Puas!

Thursday, June 5, 2014

RSVP : SOC 2014

Dah selesai Karnival Sukan JKR Semalaysia dan Hari Inovasi, muncul pulak SOC untuk JKR. Dan ye, Negeri Sembilan masih menjadi tuan rumah. Kali ni takde sangat kerja berat yang ditugaskan untuk I dan rakan-rakan. Cuma menjadi salah seorang ahli koir dan AJK Pendaftaran. Itu pun menjadi AJK ada shift hahaha memang ptut la tak semua boleh commit untuk bermalam di tempat kejadian kan.

I pernah menjadi urusetia di SOC pada tahun 2006 sahaja. Waktu tu Tiara Beach Resort. Sekarang dah tukar nama jadi Western Prima Inland Sea Resort. Tah betul ke tidak tu nama. Keluar dekat Google, mungkin betul la tu. Tahun 2006, I jaga pendaftaran dan hadir untuk makan malam. Kira semput jugak nak menguruskan pendaftaran pegawai-pegawai ye. Tahun ni tak sesibuk dulu. Rasa chill je. Buat keje macam biasa.

SOC atau nama Melayunya, Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan, akan berlangsung Tak sila I, shift untuk I bertugas ialah pada hari Isnin, jam 3.00 pm sampai ke 11.00 malam dan hari Rabu pada waktu yang sama jugak. Marilah kita ke PD memeriahkan lagi ye. 

9 Tahun Berkhidmat

03.06.2005 - 03.06.2014

Genap 9 tahun. Masuk tahun kesepuluh, cuti rehat dinaikkan ke 25 hari. Masuk tahun ke 13, lagi 4 tahun je, dapat KUP ke gred N22. Ya Allah, lamanya I dah berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Masih lagi di jabatan pertama iaitu Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Semuanya I belajar disini. 9 tahun lepas I menamatkan karier dalam perbankan dan memilih untuk masuk ke perkhidmatan awam atas kehendak kedua orang tua. Dan, inilah cerita I.. 

MENAPAK DARI TERMINAL ONE KE WISMA NEGERI
Jauh wey, cuba u all berjalan. Ya Allah, 10 minit penuh penyeksaan. Nak kena lintas jalanraya sesak, nak elakkan longkang, nak elakkan terkena kereta simbah air. Macam-macam rintangan. Paling susah waktu hujan, berpayung ke tidak ke memang akan kuyup. Dengan air longkang naik ke kaki, sampai sekarang kudis tak hilang. Hahaha~

BAS SKS, PUTRA LRT & BAS RAPID
Inilah transport utama untuk I datang dan balik kerja. Pagi-pagi naik dari depan Dayabumi sampai ke Terminal One dan waktu baliknya bas SKS akan berhenti di depan Central Market untuk I naik Putra LRT sehingga ke Stesen Wangsa Maju. Dari stesen kena naik bas Rapid ke Klang Gate. Maunya tak kurus! Punyalah jauh perjalanan. Nasib ada pas bulanan. Taklah rasa susah sangat waktu tu. Dapat gaji je beli terus pas bulanan untuk sebulan.

PASUKAN KOIR
Macam biasa, budak baru confirm la kena buat itu ini dek orang lama kan. Masalah utama, I dipaksa masuk koir. Daripada koir jabatan sampailah ke koir PUSPANITA walaupun I takde kena mengena dengan PUSPANITA. Kelakar tu. Cikgu tu dari berambut sampai dah terang duk mengajar I menyanyi je. I dapat masuk part suara soprano. Paling sempoi waktu majlis persaraan dan paling seram masa Karnival Sukan JKR Semalaysia baru-baru ni dan Hari Inovasi. Masa karnival sukan sebab pertama kali menyanyi depan menteri dan makhluk yang sangat ramai. Hari Inovasi pulak kena nyanyi solo untuk 2 rangkap. Hoi hoi hoi!

PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN & MAULIDUR RASUL
Paling best, masa muda mudi la. Kalau sekarang suruh I berbaris memang I takmau. Dengan panasnya, jauhnya, penatnya. Bagi adik-adik muda pulak ye. Akak dah berusia, tak sesuai lagi kederat ni. Alasan, sebenarnya dah malas kan, dah takde geng. Kalau dulu semua belum kahwin, jom join perbarisan, ON! Hihihi. Dapat lah jugak free costume, free kasut dan peluang melancong dengan semua ahli perbarisan tu. Best kan!

BOLA JARING
This is the best part! I suka sangat main netball tapi game tu jarang-jarang ada. Pertama kali main antara daerah di JKR Tampin. Ya Allah rindunya moment seperti itu. Dengan BFF semua, kami satu team. Dan, menang! Yang the latest, perlawanan antara JKR. Pun best jugak. Walaupun sampai quarter final je I redha. Tahun-tahun mendatang harap dapat join lagi. Amin!

Perasan tak, takde langung cerita hal urusan kerja, semuanya cerita benda di luar tugas hakiki. Bukan apa, nanti tahun kesepuluh, bila pengalaman dah bertambah, I akan cerita berkenaan tugas hakiki I pulak ye. Ok bai!

9 tahun lepas... tak sangka cepat masa berlalu :'(

Tuesday, June 3, 2014

Anggaplah Ini Dugaan Penghapus Dosa

Semuanya atas Allah, semuanya dengan keizinan Allah, semuanya dengan hebatnya aturan Allah. Dalam salah seorang dari kami menuju kebahagiaan, datang pula mendung hitam di dalam kalangan KAMI jugak. Sedih tak tau nak cakap macam mana. Baru dapat pendahuluan cerita dari empunya badan yang menanggung segala keperitan setelah sekian lama. Selama ni hanya hint yang dapat.

Allah... Tempoh hari, I rasa, dalam kawanan kami, hanya I yang akan diuji teruk, hanya I yang akan menghadapi kekecewaan, hanya I yang rasa loser sangat. Allah menunjukkan kebesaran dan kebenaran dalam semua kuasaNya. Dalam kawanan ini, 3 antara kami pernah diuji dengan rumahtangga. Dan kami redha, sentiasa ada untuk satu sama lain. Hari ini, angkanya bertambah seorang, masih lagi mengalir airmata mengenangkan nasib kaum wanita yang selalunya ditindas.

Kerana kurangnya agama, rendahnya iman, rapuhnya taqwa, segala-gala boleh terjadi. rumahtangga yang dibina atas rasa cinta, diruntuhkan sekelip mata. Zuriat hasil dari kasih sayang yang tercipta, akan mendapat kesan daripada permasalahan ini. Ye, kami bukan isteri yang baik, seringkali I dengar ungkapan itu. Siapakah yang mencorakkan kami kalau bukan imam kami sendiri...

Untuk sahabatku yang jauh dimata tapi sangat sangat sangat dekat dan terkesan di hati, aku tau kau memang hebat dan tabah. Allah berikan ujian ni pada kau sebab kau mampu dan kuat dari segala faktor. Siapa tak sedih, semua kasih sayang dan kepercayaan dikhianati sekelip mata? Siapa tak terduduk, mendapat perkhabaran paling sedih dari orang yang paling dalam di ruang hati? Hanya kita yang mampu je akan rasa benda macam ni.. Bukan aku mendoakan yang tak baik untuk kau tapi bulatkanlah hati. Terima baiknya, terima buruknya, atas apa jua keputusan yang bakal kau buat. Mintalah padaNya sesungguhnya Allah sangat sayangkan kita melebihi sayang kita pada apa jua. Jangan pernah takut dengan status kemudian, jangan pernah takut dengan keadaan sebagai ibu tunggal, sentiasa ada rezeki Allah untuk kita kelak. Kau lebih tahu apa yang kau mampu, kau lebih merasai sakitnya dari aku, dan, kau juga sendiri yang boleh menimbangkan segalanya untuk diri sendiri. 

Untuk mereka yang berkenaan, berhenti lah melakukan kesakitan terhadap rumahtangga orang lain. Balasan dari Allah tak kenal waktu, tak kenal usia, pasti akan berlaku. Muka yang kacak, wajah yang cantik dan menawan pasti digilai ramai tapi jangan lupa, yang muda juga pasti tua. Tak kira apa jenis ubatan atau bahan kimia perangsang kecantikan, pasti akan pudar....

Bersabarlah sahabatku

For you... :'(

Monday, June 2, 2014

Berbahagialah Sahabat

Sampai ke syurga hendaknya... Untuk pasangan Izan dan Wawa, satu aje pesanan dariku, ini hanyalah baru permulaan. Permulaan bagi kebahagiaan, kesempurnaan dan pancaroba duniawi dan syurgawi. Tak mudah untuk kita hadapi apa yang Allah telah turunkan. Tak mudah juga nak hadapi segala prasangka orang pada kita. Hanya kita, diri sendiri yang patutnya redha dengan apa yang telah tertulis untuk kita.

Saat diijabkabul :) I pun nervous time ni.
:)
Pada 30 Mei 2014, dalam jam 4.00 pm, bertempat di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat, Bangi selamat sudah Izan dinikahkan dengan Wawa oleh adik Wawa sendiri iaitu Jiji. Tak ramai pun hadir, keluarga sebelah Wawa dan beberapa kawan Izan. Segak dua-dua pakai rona kelabu. Cuma sayang la takde official photographer sebab wasa dah bermekap cun meletup.

Adam dan Daddy baru.
I sebagai kawan yang hanya mampu menumpangkan bahu bila-bila masa Wawa perlukan sangat bersyukur dengan pernikahan ini. Tamatlah segala spekulasi dan andaian yang berkaitan dengan Wawa lepas ni. Semoga Wawa dan Izan juga dapat menjadi ibubapa yang terbaik buat Adam. Hidup kita ada naik turun. Semoga Allah berikan semua kemanisan hidup berumahtangga kepada mereka.
Ehhh pengantin lama apesal over????
p.s. Sorry la Loccos aku tak dapat singgah opis ko sebab ko taknak blanje aku tudung Fareeda selai. Hahaha. Sorry bro, laki ku keje. Next time la aku g ye, dah tau opis ko katne.