Nuffnang Ads

Thursday, June 5, 2014

9 Tahun Berkhidmat

03.06.2005 - 03.06.2014

Genap 9 tahun. Masuk tahun kesepuluh, cuti rehat dinaikkan ke 25 hari. Masuk tahun ke 13, lagi 4 tahun je, dapat KUP ke gred N22. Ya Allah, lamanya I dah berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Masih lagi di jabatan pertama iaitu Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Semuanya I belajar disini. 9 tahun lepas I menamatkan karier dalam perbankan dan memilih untuk masuk ke perkhidmatan awam atas kehendak kedua orang tua. Dan, inilah cerita I.. 

MENAPAK DARI TERMINAL ONE KE WISMA NEGERI
Jauh wey, cuba u all berjalan. Ya Allah, 10 minit penuh penyeksaan. Nak kena lintas jalanraya sesak, nak elakkan longkang, nak elakkan terkena kereta simbah air. Macam-macam rintangan. Paling susah waktu hujan, berpayung ke tidak ke memang akan kuyup. Dengan air longkang naik ke kaki, sampai sekarang kudis tak hilang. Hahaha~

BAS SKS, PUTRA LRT & BAS RAPID
Inilah transport utama untuk I datang dan balik kerja. Pagi-pagi naik dari depan Dayabumi sampai ke Terminal One dan waktu baliknya bas SKS akan berhenti di depan Central Market untuk I naik Putra LRT sehingga ke Stesen Wangsa Maju. Dari stesen kena naik bas Rapid ke Klang Gate. Maunya tak kurus! Punyalah jauh perjalanan. Nasib ada pas bulanan. Taklah rasa susah sangat waktu tu. Dapat gaji je beli terus pas bulanan untuk sebulan.

PASUKAN KOIR
Macam biasa, budak baru confirm la kena buat itu ini dek orang lama kan. Masalah utama, I dipaksa masuk koir. Daripada koir jabatan sampailah ke koir PUSPANITA walaupun I takde kena mengena dengan PUSPANITA. Kelakar tu. Cikgu tu dari berambut sampai dah terang duk mengajar I menyanyi je. I dapat masuk part suara soprano. Paling sempoi waktu majlis persaraan dan paling seram masa Karnival Sukan JKR Semalaysia baru-baru ni dan Hari Inovasi. Masa karnival sukan sebab pertama kali menyanyi depan menteri dan makhluk yang sangat ramai. Hari Inovasi pulak kena nyanyi solo untuk 2 rangkap. Hoi hoi hoi!

PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN & MAULIDUR RASUL
Paling best, masa muda mudi la. Kalau sekarang suruh I berbaris memang I takmau. Dengan panasnya, jauhnya, penatnya. Bagi adik-adik muda pulak ye. Akak dah berusia, tak sesuai lagi kederat ni. Alasan, sebenarnya dah malas kan, dah takde geng. Kalau dulu semua belum kahwin, jom join perbarisan, ON! Hihihi. Dapat lah jugak free costume, free kasut dan peluang melancong dengan semua ahli perbarisan tu. Best kan!

BOLA JARING
This is the best part! I suka sangat main netball tapi game tu jarang-jarang ada. Pertama kali main antara daerah di JKR Tampin. Ya Allah rindunya moment seperti itu. Dengan BFF semua, kami satu team. Dan, menang! Yang the latest, perlawanan antara JKR. Pun best jugak. Walaupun sampai quarter final je I redha. Tahun-tahun mendatang harap dapat join lagi. Amin!

Perasan tak, takde langung cerita hal urusan kerja, semuanya cerita benda di luar tugas hakiki. Bukan apa, nanti tahun kesepuluh, bila pengalaman dah bertambah, I akan cerita berkenaan tugas hakiki I pulak ye. Ok bai!

9 tahun lepas... tak sangka cepat masa berlalu :'(

No comments:

Post a Comment