Nuffnang Ads

Wednesday, June 18, 2014

Dari Sini Ke Sana

Ayat yang paling allergic untuk minggu ini ialah PINDAH. Hoi, baru je I pindah rumah sekarang nak pindah dalam pejabat pulak. Memang la berubah kedudukan je bukan berubah jabatan pun, tapi ayat perpindahan tu mengundang sakit pinggang lenguh-lenguh di kemudian hari. Kalau dekat rumah bolehlah mintak Sayang, mintak Sayang itu, tapi dekat opis kena lah sendirian berhad kan...

Sebenarnya kitorang nak pindah dari kedudukan yang dah sekian lama dihuni oleh warga Pentadbiran sejak zaman Saloma lagi agaknya, ke kedudukan bahagian yang tidak langsung terdapat dalam waran. Pfffft! Malas nak sebut siapa dan malas nak cerita hal waran la perjawatan la inventori la baik focus pasal nak berubah tempat. Sebabnya, kalau nak protes pada bahagian yang 'itu' takkanlah suara kitorang didengar oleh pihak atasan. Takpe... sabor je la...

Tempat duduk I sekarang ni adalah tempat duduk keempat sejak sembilan tahun lepas. Dari belakang ke tepi ke depan ke belakang semula. Sekarang dah nak kesebelah pulak. Memang malas sangat nak mengemas ni. Tempat dah bersaka sangat ni dengan macam-macam ada dekat sini. Hahaha!

Hari Khamis (19/6/14) dan Jumaat (20/6/14) adalah hari berkemas kitorang. Malasnya, dengan opsyen punye perkara pun belum sempurna lagi. Dengan Pergerakan Gaji Tahunan pun ada belum disemak pulak tu. Sebab tu I berkeras jugak nak selesaikan kerja-kerja yang membuatkan fail menjadi bertingkek-tingkek dalam kawasan I. Terpaksa. Sebab hari Sabtu (21/6/14) kitorang akan berpindah sepenuhnya. Bila diingatkan memang letih sebab bukan dalam kawasan meja ni je barangan kitorang, belakang tu ada lagi 2 ke 3 kabinet besi yang memuatkan fail sulit. 

Kedudukan tempat baru pun belum finalize sebab bos akan tetapkan sendiri nak letak sesiapa depan biliknya atau belakang dindingnya. Itu I tak kisah sangat. Tapi yang I kisahkan sangat tu, muat ke kabinet besi untuk masuk bawah meja, ada ke space nanti untuk printer sebabnya I printer letak bawah kaki. Hurmmmmm. Buat masa sekarang ni kitorang tengah giat berkemas je. Malas nak argue atau komen apa-apa sebabnya orang bawahan kan tugasnya mendengar kata orang atasan sahaja :) 

No comments:

Post a Comment