Nuffnang Ads

Friday, June 27, 2014

Semuanya Kongsi / Share Je

Seriously, I was soooo curious with this girl, yang dipanggil rakan Facebook. Ada yang tak kena lah dengan dia ni. Ada yang termenyimpang jugak segala tingkah laku dia. Bukan letih dengan semua rintihannya, cuma terfikir, takde kerja lain ke? Life dia macam pathetic sangat je. Takde kawan-kawan ke? Atau, tak bahagia? Bukan lah nak mengutuk sangat. Kalau sekali sekala boleh lah I tutup sebelah mata, buat-buat tak nampak. Macam mana kalau dah setiap masa, update, share benda bukan-bukan. Semak wey!

Ada satu kes tu, hal orang lain, dia pergi share. Ghairah sangat jari jemari tu nak share itu ini. Kadang tak elok jugak kan teknologi tah hape-hape ni. Jadikan orang geram. Entah iye betul atau tidak la perkara yang dia share tu. Hello, dengan public ok. Bukan 'for my eyes only', takde ke setting macam gitu ek dekat FB? Hal dia tu lantaklah, nak cerita semuanya pasal minyak habis ke apa ke, I terima lagi lah, walau kadang tu menyakitkan mata je memandang. Tapi hal dia kan, I senyapkan aje. Kalau dah sampai mengutuk orang dan benda lain tu I ade sikit kekesalan lah. 

Sekarang ni sibuk hal Lola tu, memang masalah dia kenapa buat anak OKU macam tu. Tapi semua hal Lola dishare, semua cerita Firdaus dia muat naik, Allah... Gelapkanlah hati dia untuk share semua tu dan tambah dosa I :'( Bukan apa, bila I scroll FB tu, nampak berita tak best dari dia, rasa macam nak menjerit pun ada. Again???? Terus terang lah, I ada rasa fobia sikit nak bukak FB sebab ni la. Padahal ada je button hide malahan, Unfriend. Tapi memikirkan kawan.........

Dulu, dia jugak la yang share berkenaan anak, I sedih sebab I tau I belum ke arah itu lagi. I diamkan je. Nasib baik Sayang berjaya tenangkan I. Kadang tu dia share benda macam tak patut. Riak ke life dia sempurna. Huaaaaa!~ Ok sekarang I dah sedih...

Kepada insan yang berkenaan, hanya Al-Fatihah dapat I sedekahkan. Kadang memang I kecik hati dengan segala yang u post dan upload dan share. Kadang memang ada kata-kata u terkesan dekat hati I. Cuma I tak pernah cakap. Sebab I macam tau something pasal u. U keras hati sangat. Pernah satu status u menjeritkan suara hati yang FB u adalah hak u. Tak boleh I nak kata apa. Betul, kalau tak suka sila unfriend tapi I masih ingat jasa u pada I. Takkan I lupa pertolongan dan bantuan sehebat itu. U masih kawan I, tapi attitude u, buat I nak move on. Banyak kali dah u usik hati I tapi I redha kalau dah begitu cara hidup u. In shaa Allah, tak lama lagi u akan berubah ke arah kebaikan. 

Hidup u hebat, tak macam I, kenapa banyak sangat complaint? Walaupun kadangnya nampak macam u bangga tinggi diri dengan apa yang u ada. Kucar kacir sangat jiwa u. Kalau perlu bantuan, kepada Allah tempat u mengadu, bukan kepada Tuhan FB :'( Sedih I menaip benda macam ni dekat dalam blog I sendiri. U tak sedih ke FB u sendiri u cabul untuk dikutuk dan dicemuh orang?????

No comments:

Post a Comment