Nuffnang Ads

Sunday, June 22, 2014

Layankan Aje FWC2014

Apa nak jadi?? Dua lelaki syurga I hanyut dah.. Ayah di sebelah kiri, Sayang di sebelah kanan. Tidur! Cita-cita diorang nak tengok Argentina VS Iran dan Germany VS Ghana, kesudahannya I rasa Messi dengan Ozil yang tengok diorang hehehehehe.

Kalau setakat hujung minggu ni gagah lagi untuk I layan tengok siaran langsung. Kalau weekdays, hurmmmm, tengok highlights aje lah. Tak mampu nak tengok live punye. Nanti ada yang pergi keje jam 11.00 am. Dah memang peel macam tu, kalau I tidur lambat mesti I bangun pun lambat jugak. Sebab tu I rela tidur dari tunggu game walaupun I peminat setia Brazil yang tegar! Haha.

Entri ini bukan nak komen pasal permainan atau pemain tapi nak komen pasal penonton yang dah tumpas di tempat sendiri. Macam mana ni? Untuk hujung minggu yang hebat ni I tengokkan game ni untuk Ayah dan Sayang yang tersayang. Nanti esok TENGAHARI baru Samani update result ye. Maklumlah, tidur pun dah jam berapa, haruslah I bangun lambat ni muahahahaha. Sebelum lupa, ini result untuk game yang I berjaya tengok sampai habis. Lobam mato den!


Argentina (1) VS Iran (0)
Ghana (2) VS Germany (2)


Masa ni Germany VS Ghana

No comments:

Post a Comment