Sangat! Tak sangka pun! First time jumpa! Hahaha so excited. Selama ni tengok through Tango dan dapat tengok gambar dengan video je. Kali ni jumpa real punya, in person. Kisahnya bermula, PIL Anyah jemput sekeluarga ke majlis pernikahan SIL Anyah. So, memang dah plan baek punye, kita pergi nanti beramai-ramai. Oh yeah! Noyin pun tidur dekat rumah Kelisa. Selepas kenduri tu pulak Mama dah plan untuk beraya ke rumah Mak Lang, Mak Ngah dan Pak Long. Malamnya, I ada open house rumah Nalynn pulak. Kiranya beraya sakan le nampaknya.
Kami bergerak agak lewat dari Seremban kerana faktor kenderaan dan berpusing sana sini. Nak ambik handbag la, nak beli jajan la, nak tukar kereta la... Macam-macam kan? Mama, Baba, Ayong sefamily dan Noyin dah sampai dulu dekat kenduri tu dan I dengan Sayang bawak Ain dan Alia kesana, sampai agak lewat. Ok, masuk-masuk je dekat khemah tak nampak langsung family, mungkin dekat dalam rumah.
Berjalan masuk dalam rumah pun macam segan-segan jugak, pertama kali datang, maunya tak segan. Walaupun kenduri... Sampai je dekat meja family, sekali ada surprise! Rupanya kakak ipar comel lote balik Malaysia! Laaaaaa, maknanya kitorang lambat la tadi tengok drama swasta ke sinetron entah! Ayong cakap, tadi Mama dah berdrama dengan Anyah. Maunya tak rindu, dah setahun lebih kot tak jumpa. Ye, panggilan telefon memang mengeratkan tapi bercakap dengan orang berkenaan lain rasanya....
|
Noyin dan Anyah Gambar dicilok dari : FB Noyin. Sorry Noyin kita curik tapi dah letak credit takpe kan hehehe |
Tak tau nak cakap macam mana dapat jumpa kakak ipar. Teruja dan agak takut-takut hehehe. Sebabnya selama ni I hanya jumpa abang-abang ipar, kak ipar tu tau memang ada cuma tak berapa kenal dan tak pernah jumpa. Jadi, tak tau macam mana ada kakak ipar. Biras-biras pulak, Kak Long dengan Kak Ratna memang I dah biasa bersama. Memang rock habis. Adakah I nervous sebab I pun bakal ade adik ipar perempuan???? Tengah nervous lagi bila Anyah kata nak datang rumah. Weeee~
In addition, dapat jugak jumpa anak-anak buah 3 orang tu. Comelnye! Dah dapat bergambar dengan Ali Umar je, dengan kakak-kakanya belum lagi. Later, nanti Anyah akan balik jugak ke Seremban. In shaa Allah, banyak masa lagi bersama nak beramas mesra dengan Anyah yang tengah pregnant 6 bulan tu. Memang comel, ala size-size Mama jugak.. Dan nak bagitau jugak, KAKAK IPAR SAYA CANTIK! Sama dengan Kak Long dan Kak Ratna cantik-cantik belaka. Dan slim! Hahahaha mintak maap adik ipar dan birasmu ini gemuk sungguh :D
|
Anyah (Cantik kan beliau!) dan Ali Umar Gambar dicilok dari : FB Noyin jugak. Noyin jangan marah kita hehehe |
Dengar ceritanya, Anyah duduk di Malaysia selama 3 minggu sahaja dan akan pulang kembali ke sana untuk bersalin November nanti. Mama pulak akan ke Melbourne masa Anyah bersalin nanti. Cerita lain to be updated soon. Sekarang tengah excited nak pergi rumah Paroi jumpa orang jauh.
Bye!
|
Pakteh muko ghiang, Ali Umar muko rileks sajo bak kata Kak Lang hahaha |