Hahaha I'm just nobody yang nak jalankan kempen-kempen ni. Cuma nak tambahkan geng untuk minum air kosong aje. Alhamdulillah, I sendiri dah berubah ke arah itu, minum 2 ke 3 liter air kosong sehari. Memang banyak benda yang menarik untuk I share sini pasal perubahan yang I dapat dengan meminum air kosong ni. Nak cerita banyak pun buat apa, bila u all Google mesti akan dapat baca semua kebaikan yang disebutkan oleh ramai orang tu, contohnya, dapat meningkatkan metabolisma la, menurunkan berat badan la, mengurangkan sakit-sakit dan membakar kalori.
Suka I nak ceritakan pengalaman sendiri dalam setiap entri Nak Kurus. Bila sendiri boleh buat, barulah sendiri boleh ceritakan pada orang lain kan. Tak perlu cedok pengalaman orang, baca sebagai panduan aje. Buat dan join mereka. Lepas tu baru kita sendiri puas, sebab dah cuba kan.
Pasal minum air banyak ni, I memanglah bukan jenis yang suka minum air kosong bergelen sangat. Ada masa, kalau bersukan ataupun senggugut barulah tercari air kosong yang suam-suam. Kalau tak, humpppphhhh! Milo ais tu memang no.1! Hahaha. Tiba-tiba memang Allah bagi hidayah, untuk I minum U-Trim dalam proses nak turunkan berat badan. Sebelum ni I pernah jugak minum air banyak masa penggunaan Herbalife. Tapi kan, masa tu muda lagi, nak compare sekarang. Jom tengok apa yang I dapat dengan meminum air kosong dalam 2 ke 3 liter sehari.
Minum ni banyak-banyak tau! |
1. Cergas - Memang of coz la u akan rasa cergas bila u banyak minum air kosong. Maunya tak, berulang ke toilet semata, tak sempat nak rasa mengantuk ok! Kidding.. Maksud I, kurang rasa mengantuk, mata segar dan sedap rasa badan. Sekarang pun I tengah giat berlatih netball, rasa bersemangat. Tips : minum air sebotol kecik (500 ml) setengah jam sebelum mula latihan. Insya Allah... Boleh stretching dengan segar. Menipunya kalau tak letih, memang la, ikut kemampuan diri. Kalau 3 bulan sekali baru nak mula bersukan macam I ni, memang perit sikit tapi taklah rasa teruk sangat ye. Masih boleh berlari, masih boleh speed dan masih boleh melompat.
2. Melembapkan kulit - Masalah kulit I tersangat banyak. Terutama masalah kulit kering. Dekat tangan dan kaki ketara sangat. Paling bersisik, tumit! Sejak minum air dengan banyak, dah kurang sisik kering dekat tumit dan kawasan sekitar tapak kaki. Seriously! I lupa nak amik gambar sebelum dan selepas. Baru boleh compare kan. Pengikis tu memang standby je depan tv. Sambil tengok tv sambil tangan kopek-kopek tumit. Sekarang tidak lagi... Nagalahkan iklan krim tumit kembali dara pulak ek :D
3. Mengurangkan pening kepala - Baru I percaya, kalau banyak oksigen dalam kepala barulah kepala kita tak pening sangat. Alhamdulillah, sejak minum air banyak, kurang dah pening kepala I terutama waktu tengahari. Kalau tak manjang rasa nak makan Panadol. Actifast pulak tu. Eishhh, bahaya-bahaya. I dahlah kurang makan sayuran, kalau air pun kurang memang bertambah sakitlah kepala ni. Bergantung pada ubat semata-mata susah juga...
4. Mengurangkan senggugut - Ni yang paling best. Sebabnya I memang akan mengalami senggugut setiap bulan dan setiap kali period. Bila banyak air kosong, perjalanan darah menjadi agak lancar. Nak kata hilang terus senggugut tu tak boleh jugak kan, rasa cramp ada jugak tapi takdelah sampai berguling menahannya. Best sangat rasa perut, rasa macam, "Eh, period ke tak ni???" Haaa, itu umpamanya lah. Rasa sebenarnya macam terkencing je la kot sebab I tak reti nak explain camne rasa orang yang tak merasai senggugut walau tengah period.
5. Lawas - Lega! Tak payah cerita kot lawas apa. Fahaman sendiri je lah ye. I memang tak ada masalah tidak lawas dan sebelum ni pun memang 2 atau 3 kali pembuangan air besar setiap hari. Bila minum air ni lagilah lembut segala yang keras. Perlu teruskan? Tak yah ek.
Nak mulakan minum air kosong ni agak perit sikit. Tekak raya loya dan perut macam gegor ada air. Perasaan aje tu. Macam mana nak mudah minum air dengan banyak? Paling senang, beli 2 botol mineral besar 1.5L dan jangan kongsi dengan orang lain. Minum sorang-sorang aje dah. Permulaan aje sebab mesti rasa susah nak agak dah berapa banyak kita minum kan. Jangan risau kalau nak ke toilet. Cuma peringatan penting, kalau nak menghadapi traffic jam kenalah ke toilet dulu, jangan delay. Nanti menyesal hahaha. Tak rugi ok minum air kosong, jauh lebih murah. Compare dengan teh tarik kaw kedai mamak. Dahlah air potong kaki, kena kuar duit at least RM1. Rugi...
Untuk wanita di luar sana, minum air kosong adalah cara diet yang agak berkesan. Tapi kena sulam dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Barulah toksin keluar dari badan dan senang badan nak susut. Ini baca dari Google tapi I sendiri dah turun 1kg sejak berhenti minum U-Trim selama seminggu tapi mengambil air kosong dengan sepatutnya. Lagi satu kan, kalau ke toilet tu, tolonglah bawak tisu untuk lap bahagian yang basah akibat dibasuh air tu. Tak elok dibiarkan seluar dalam basah nanti bakteria senang bersarang.. Sarang?? Ewwwwghhhhhhhh!!~
Amalkanlah air kosong dengan penuh tabah ye. Loya-loya semua tu perasaan je. Takde loya sangatlah. Ape tu orang kata... NAK SERIBU DAYA, TAKNAK SERIBU DALIH. Renungkanlah diri u dekat kategori mana, nak atau taknak. Senang.
Dapatkan penapis air yang bermutu tunggu Dari kami dengan harga yang berptutan .Membekalkan air bersih ,mineral Serta nutrisi keperluan badan anda boleh Hubungi saya 01127161998
ReplyDelete