Nuffnang Ads

Thursday, July 17, 2014

Hand Mixer Comel

Comel. Senang. Murah. Apa lagi? Apa lagi? Nak share satu benda yang memudahkan kita, orang perempuan, sangat-sangat. Macam-macam lagi nak share tapi buat masa sekarang ni share yang ni dulu lah. Bukan apa, langkah berjimat cermat, campur kedekut sikit, kena dilaksanakan sementara waktu ni. Banyak komitmen dan bakal-bakal komitmen kemudian hari, in shaa Allah...

Semenjak Seremban dah ada Daiso dekat Palm Mall ni, rasa bernafas sikit. I memang suka barang-barang dekat Daiso ni, murah dan cute. Kalau diikutkan setiap barang RM5 memang lah, takut tak tahan dan takut tak terpakai. Tapi, kenalah pandai memilih dan pandai membeli. Kalau semua benda dirembat memang dan-dan tu duit habis, kepala pening, stor pun penuh. Haaaaa kan? 

I telah membeli, HANDHELD PORTABLE MINI BATTERY OPERATED HAND MIXER, namanya I reka sendiri (amboi, Omputih je namanya hahaha) sebab Google apa namanya jumpa macam ni pulak, so, iyelah kot. Heeeee~ Murah! RM5 sahaja. Tapi battery not included ye sayang-sayangku. Rupanya ialah seperti dibawah.

RM5 sahaja ye.
Allah... Comel nye! Masukkan bateri, dan boleh je buat kacau sebijik dua telur nak buat telur dadar kan. Tak yah lah beriya sangat nak pukul telur tu macam nak pukul orang. Dan tak payah beriya keluarkan hand mixer yang bersaiz normal semata nak pukul benda sikit-sikit ala macam nak buat ising hiasan kek. Dah dua kali I pakai nak buat telur dadar. Nanti nak buat-buat puding tu senang la tak yah kacau sangat, letak je whisker bergerak ni. Cuma bila nak basuhkan whisker tu I cuba jugak cabut-cabut semalam tapi tak boleh pun. I cuma on je dan celup dalam air sabun dan celup balik dalam air putih. Kreatif ke???? Hahahaha.

Ha itu namanya yang betul - Color Life Hand Mixer... (Tah iye ke tidak...)
Cute je, lupa nak tangkap gambo sambil pegang mixer ni kompom tak nampak mixer sebab tangan I besor gedabak
Hihihihi~
Pendek cerita, handheld whisker ni memang memudahkan I sangat-sangat. Silalah ke Daiso. Kalau ada tempat lagi murah sila inform I ok. Diingatkan lagi sekali untuk mereka yang ada nawaitu nak beli, bateri tidak disediakan. Nanti kata I menipu pulak benda tu tak function padahal lupa lettew nak beli dan masukkan bateri. Jaga-jaga ok..

No comments:

Post a Comment