Nuffnang Ads

Monday, July 21, 2014

Pindah Randah Tempat Duduk

Tau tak, I kena pindah tempat duduk, AGAIN! Walaupun rasa macam tak best tapi relakan jua. Reshuffle sudah... Sebab tu berpindah ke tempat lain pulak. Masih dalam satu department, tapi bidang tugas yang lain, masih, kena pindah ke unit yang diarahkan. Berapa banyak kali da...

Kali ni, bidang tugas berbeza sikit, I akan bermain dengan sistem semata dan pengurusan Pasca Perkhidmatan. Kemain, Pencen sudah... Ianya berkuatkuasa pada 4 Ogos 2014 dan I betul tak sabar nak meninggalkan bidang tugas yang lama ni. Dah rasa macam kebal dan kebas-kebas je buat kerja lama ni.. Best memang best, tapi memang tak dapat komited sepenuhnya. Sebelum ni memang I boleh buat, tapi, sekarang rasa macam terbeban sangat takut effect masa audit nanti habis la jabatan I.

I dah seronok habis ni nak bertukar bidang tugas. Yang penting I nak selesaikan apa-apa kerja sebelum diserahkan pada akak yang baru dan Tanggung Kerja I selama ni akan I buat sebaik yang mungkin supaya takde bunyi-bunyian lagi walaupun rumah dah siap. Peribahasa tuuuuuu. Hahahahaha!

Dah, jom sambung kerja!

No comments:

Post a Comment