Nuffnang Ads

Tuesday, July 15, 2014

RSVP : Iftar KAMI

Serius, tak selesai lagi nak decide tempat katne yang menarik hahaha. Susah kan? Sebabnya dah ada ketetapan masa dan tarikh cuma tempat dan harga je belum jumpa lagi mana yang menarik di hati. Urusetia tertinggi, Nuin belum menggunakan kuasa veto untuk decide mana port yang terbaik. 

Macam tahun lepas, KAMI berbuka di Restoran Zam Zam, Bandar Utama. Makanan ok, tempat selesa dan sesuai la untuk majlis anak beranak macam ni. Agak-agak macam nak repeat sana lagi tahun ni. Mungkin akan cuba angin di tempat lain pulak. Memandangkan banyak percanggahan jugak, akan dipertimbangkan lagi dan lagi dan lagi.

Cadangan utama ialah Murni Discovery. Tak kisah la makan secara ala-carte pun, I suka gila! Gila tak suka Murni hahaha. Kemudian ada cadangan untuk berbuka di restoran yang terdapat dalam shopping complex, boleh cuci mata juga. Dan beberapa cadangan buffet yang rasanya, kena tempah seawal yang mungkin takut fully book. Memandangkan kakitangan Kerajaan dapat bantuan RM500 sempena Aidilfitri, takut penuh semua port makan pada hujung minggu ni.

Paling happy, I dapat join sebab Sayang cuti Hari Sabtu ni. Nak kena gosok lebih sikit supaya bila venue ditukar Sayang takkan melenting. I dah khabarkan dekat dia yang berbuka di Murni, matanya dah sparkle habis lettew. Jangan mengamuk ye Sayang, kalau tak kenyang gak buffet RM105.00++ kita repeat ke Murni gak. Kemain buffet sampai RM105.00++ woi!

Dengan rasminya I akan join :

MAJLIS IFTAR SOK SEK SOK SEK KAMI

Tarikh : 19 Julai 2014
Hari : Sabtu
Urusetia Program : Nuin

Jumpa nanti ya!




No comments:

Post a Comment