Nuffnang Ads

Wednesday, July 9, 2014

Sazzi's Pantry - Homemade Puding Karamel Kukus

Bila Fiz dan Saz masuk dapur, maknanya adalah tu projek kitorang ye. Sebab tu terhasilnya Puding Karamel buatan kitorang. Actually, last night was my first time doing this kinda pudding and I've failed, for the first attempt. Failed sebab I tak reti buat karamelnya hahaha. Untuk yang pemikiran suci macam I, tak berapa reti nak ke dapur sangat, nanti I bagitahu step-by step supaya taklah berpeluh sangat bila baca satu persatu resipi yang diambil terus dari belog ctliyana86.blogspot.com ni ye... Tapi untuk karamel tu kitorang ikut cara Mama mertua dan dikacau sepenuhnya oleh Sayang. Tenkiu yang!

Untuk resepi yang sebenarnya bolehlah KLIK SINI ye. Kot la tak puas bacanya betui ke idak. Hihi.

Bahan-bahan dan cara buat karamel

5 sudu gula kasar
2 ke 3 sudu air 

Sebelum buatkan karamel ni, sediakan acuan dan letakkan berhampiran supaya senang nanti nak tuang terus lepas masak. I masakkan gula ni guna kuali, masukkan 5 sudu besar gula, kacau-kacau sikit dan biarkan sampai warna perang. Masa dah warna perang tu barulah letak air dalam 2 ke 3 sudu dan baik-baik dia meletup-letup nanti. Agak-agak dah ok, bolehlah tuang terus dalam acuan.

Bahan-bahan dan cara buat puding

*Sebelum buatkan puding ni bolehlah panaskan pengukus. Nanti siap boleh terus masakkannya*

2 biji kuning telur sahaja
3 biji telur
5 sudu gula halus (I takde stok gula halus, guna yang kasar je)

Campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau. Macam resipi asal, I pun guna whisker untuk kacaukan telur dan gula tu. Kacau ye bukan pukul hehehe. Kacau elok-elok sampai ianya sebati, sampai gula tu larut. Jangan sampai berbuih macam pukul telur nak buat kek. Dah nampak ok, boleh ke langkah seterusnya.

1 tin susu cair 
1 sudu kecil esen Vanilla

Tuang kedua bahan ni dalam periuk dan panaskan atas api secara suam-suam kuku bukan sampai mengelegak. Kacau sikit je ala-ala manja. Lepas angkat dari dapur terus campurkan dengan bahan diatas tadi. Tuangkan Bahan susu cari dan esen ni perlahan sambil dikacau adunan yang dah bercampur tadi. Sekarang dah adunan puding dah siap untuk dimasukkan ke dalam acuan.

Gunakan penapis, masukkan adunan ke dalam acuan yang berisi karamel tadi. Guna penapis sebab ada nak asingkan bendasing dan makhluk asing dari telur hahaha. Ok serius! Ingat tau, tapis jangan tak tapis. Kalau ada bendasing ni nanti texture puding tak cun. Sebab, I dah buat eksperimen hehehehehe.

Pengukus pun dah siap panas, masukkan bekas acuan tadi ke dalam pengukus. Kalau ada penutup, tutuplah bekas tu, kalau takde sila balut dengan aluminium foil. Macam resipi asal, I kukus selama 30 minit. Ngam 30 minit terus tutup api dan keluarkan puding untuk disejukkan. Sabar... sabar... Jangan terbalikkan dulu, nanti buruk padahnya. Tunggu dia sejuk sikit ye.
Bentuknya kurang cantik sebab I gunakan acuan yang plastik tu :)
Takpe, biar INDAH RASA DARI RUPA muahaha. Tapi... nyum2 pulak haihhhhh!
I dah berjalan ke PaRam dan tekak betul teringin nak makan Puding Karamel kegemaran ni. Harga RM2.00 dan slice kecik sangat, Allah.... Kecewa rasa hati, lepas tu keras pulak tu layer yang ada karamel tu. Buat macam mana tah tu acik oi... Dulu dekat KL sedap gilos! Untuk menyedapkan hati dan insan tersayang, baik buat sendiri. Walaupun insan tersayang tu yang tolong jugak buatkan muahahaha. 

Apa pun I puas hati dengan resipi ni. Nak buat lagilah nanti! Nak buat lagi resipi lain pulak lepas ni. Puding Roti, letak chocolate chip dan sikit chocolate syrup, pastu add on ice cream. Arghhhh puasa la! Okbai!

p.s. Maaf, tiada gambar untuk menjamu mata, semalam berperang dah lupa handphone kemana. Almaklum, kerastangan betul la bab memasak ni. Satu tu jadilahhh, lagipun puasa kan wiwiwiwiwiwi :D

No comments:

Post a Comment