Nuffnang Ads

Friday, January 9, 2015

Etika Berpakaian Dalam Premis Kerajaan

Terpanggil untuk menulis berkenaan dengan tatacara berpakaian kerana terkejut dengan segelintir pelawat yang datang ke jabatan tempat I bekerja yang berpakaian bersahaja ketika berurusan di dalam premis Kerajaan. Cara berpakaian yang tidak mencerminkan urusan rasmi sangatlah menganggu pandangan kami yang sedang bekerja.

Untuk yang wanita, tak kira apa bangsa dan agama, jika ingin berurusan rasmi dengan mana-mana jabatan Kerajaan eloklah berpakaian yang sempurna, bersesuaian dan mematuhi etika yang ditetapkan. Ini tidak, baru sebentar tadi, kelihatan seorang wanita yang sedang berurusan dengan pegawai tempat I bertugas, berlalu dengan muka bersahaja. Terkejut kami, pakaian yang boleh dikatakan sesuai untuk ke clubbing dijadikan pilihan untuk dipakai ke sebuah premis Kerajaan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar. Berbaju tanpa lengan dan berseluar ketat. Tak pasti samada bajunya low cut atau ada tube di dalamnya bagi mengelakkan terlampau terdedah. Mungkin suasana tempat kerjanya membolehkan attire seperti itu untuk memudahkan pergerakan, namun, suasana kerja di jabatan Kerajaan adalah berbeza sepenuhnya. Sekurangnya, sarunglah cardigan atau jaket untuk menutup bahagian atas yang terdedah. Sekejap sahaja, sewaktu berurusan sahaja. 

Bagi lelaki, pernah I terpandang pakaian mereka yang bersahaja. Berseluar pendek Bermuda dan berselipar Jepun ala-ala nak ke pasar membeli barangan basah. Bukan sahaja bangsa Melayu yang begitu, ada juga lelaki-lelaki bangsa lain yang berpakaian sedemikian. Walaupun hanya berurusan sekejap di kaunter bayaran, peraturan tetap peraturan. Etika tetap etika. Adakah rakyat Malaysia mahu terkenal dengan sikap suka melanggar peraturan? Bukankah ada papan tanda yang menyatakan pakaian yang tidak dibenarkan bagi pelawat? Tulisan, kalau tak tau baca, mungkinlah buta huruf. Dimaafkan. Kalau gambar yang terang-terangan menyatakan mana boleh mana tidak?? Penyakit apakah itu?

Mujur, pejabat kami hanya menerima kunjungan pelawat yang sedikit jumlahnya. Kalau nak dibandingkan dengan tempat lain, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia contohnya... Adakah pelawat akan mengambil berat akan cara mereka berpakaian? Dan, adakah Pengawal Keselamatan yang menjaga setiap pintu masuk akan menegur mereka yang tidak berpakaian sopan? Marilah kita renungkan bersama :)

TOLONGLAH SANGAT-SANGAT YE ALERT DENGAN SIGNAGE INI.
P.S. post ni dah lama jadi draft tapi baru publish hari ni hehehe

No comments:

Post a Comment