Nuffnang Ads

Wednesday, January 28, 2015

Pulau Langkawi 2015 : Hari 3

Cantik kan... Subhanallah!
How time flies. Hari ni dah nak balik. Barang dah siap dikemas malam tadi. Semua perkara yang nak dibeli pun berjaya dicari. Tak ada yang tertinggal langsung. Hari terakhir ni ambil peluang tidur lama sikit. Tepat jam 12.30 pm kami semua checkout dari hotel dan meneruskan perjalanan ke Padang Mat Sirat untuk makan tengahari di Jom Ikan Bakar. Sila search sendiri untuk ke sini ye. I tak sempat nak drive sambil ambil gambar sambil tengok nama jalan hehe.

Memang sedap dan tak salah memilih tempat kali ni. Lauk yang banyak dan sedap, harga yang berpatutan. Kedai ni diperkenalkan ketika I berkursus di sini 2 bulan lepas. Mama pun suka. Paling suka dalam dunia lah tu dapat top up air berkali-kali. Sedap pulak airnya tu. Ikan Terubuk bakar yang kami makan memang sedap. Menjilat jari!

Selepas makan tengahari, kami berjalan lagi di Pantai Cenang. Kali ni kami berkampung di Cenang Mall. Lepas berjalan dalam mall tu, kami pun melepak di KFC. Dapat lah jugak sambar 2 barang di surf shop. Memang best! Kami berkampung sampai jam 4.30 pm saja dan terus ke airport. Dah dekat pun. Hari terakhir ni memang dah reserve untuk tak buat apa-apa aktiviti sangat. Dah nak balik la katakan.

Kereta legend... minyak jimat gila! Sampai Mama suruh beli Viva plak ni hahahahaha
Lepas hantar kereta dengan selamat pada tuannya, kami terus ke tempat menimbang beg. Ngam-ngam! Mula-mula memang dah beli 30kg untuk balik. Atas rasa takut, sebanyak 20kg lagi ditambah. Nasib baik sempat beli. Semua beg dalam berat 45.5kg. Fuh fuh fuh! Setelah melepasi kastam, kami membalut beg roda yang baru dibeli. Senang ada benda balut ni. Tak lah rosak beg kalau masuk ke dalam perut kapal terbang nanti.

45.5 kg untuk 3 hari. Gilalah... gila... 
Mana-mana airport pun ada service ni
Selesai check in tuan badan dan beg sekali, kami terus masuk ke dalam ruang menunggu. Tak sabar nak balik... Nak unpack semua dan makan semua cokelat yang dibeli hahaha. Dalam jam 8.45 pm kami sampai di KLIA 2. Dan, perjalanan dari flight ke Arrival Hall pun jauh jugak! Dengan nak tunggu beg lagi. Lama jugak Sayang menunggu I. Hehehehe dapat kan rokok 4 kotak ok lettew.

Bye Pulau Langkawi! Nanti I datang lagi beli cokelat :D
Overall, perjalanan semuanya mudah dan santai. Takde terkejar-kejar dan ikut jadual beriya sangat. I suka macam ni. Tapi I lagi suka kalau, dapat pergi dengan Sayang. Last sekali pergi Pulau Perhentian. Takpe, tahun ni kita memang ada plan ok Sayang :)

P.S. Kali ni memang tak banyak gambar. Sobab eh, I kan drebar. Lepas sampai destinasi sibuk check Whatsapp, haram nak tangkap gambar hahaha!

No comments:

Post a Comment