Nuffnang Ads

Wednesday, February 25, 2015

Selit Menyelit Je!

Fuh, baru I tau betapa indahnya dunia bila merempit naik motorsikal kesana sini dengan yang tersayang. Prinsip I yang merasakan naik kereta adalah lagi bagus dari naik moto ternyata meleset sekali. Prinsip I juga yang ala diva, kononnya naik moto nanti panas la basah dek hujan la, telah berjaya dicabul hihihi.

Masa ni moto tengah bergerak tau cetengok tu tudung dah kelepet hehe
Lately, Sayang selalu hantar dan jemput I dari opis dengan moto. Best wo! First, sebab angin rasa kuat gila menampor muka. Dan second, boleh menyelit dimana juga yang kita suka. Contohnya, bila dah lambat ke opis dan bajet memang akan jam la depan Terminal One tu. Takde masalah! Naik moto lagi cepat sampai dari naik kereta tau. 

Apa pun, I suka sangat konsep naik moto ni. Lagilah jimat, bila minyak dah turun harga, selamat poket. Dan best jugak, kalau pergi shopping, PALM MALL la terutamanya, senang je parking! Naik moto sebab dekat pun ye, nak senang parking moto pun ye. Lagipun moto Sayang ada box belakang. Boleh je letak-letak barang macam car boot hahaha bayangkan je la. Tapi, box untuk moto ialah limited sangat ruang. Ini juga menggalakkan supaya jangan membeli-belah dengan ghairah gituuuu.

Gayo memang mantap. Moto tu tak naik pun tongkatnya :D
Bukan saja dalam negeri tau, kitorang pernah la ke KL naik moto! Oh mai!!! Kebas punggung, kaki, muka, bahu, jari, pendek kata, seluruh anggota badanlah. Maklumlah, awak berdua comel lote. Naik moto berdua dah jadi 2 tan, bak kata Baba mertua I. Selamat sampai pergi dan pulang. Yang paling best pergi berdating ke Port Dickson la. Relax je, semata-mata nak pergi tengok sunset dan makan ABC tepi laut.

Suami I ambik naik moto wuhuuuuu
Dulu, I risau nak naik moto sebab risau kalau pakai helmet nanti tudung I akan kelepet. Sejak dah tau konsep pemakaian yang betul, sekarang dah tak kisah lagi. Cuma kena Sayang yang pakaikan kalau tak I tak tau nak adjust macam mana.

Cuma yang menyedihkan, tak pasti perbuatan khianat atau tidak sengaja bila tempat letak kaki untuk pembonceng belakang dah patah. Masa tu Sayang parking di opisnya. Bila nak balik je nampak dah terkulai je. Hurmmmmm. Sampai ke hari ni belum bertukar lagi benda tu. Rindu nak naik moto. Rindu nak nyelit-nyelit. Rindu nak polok-polok suami masa atas moto. Huaaa!

Tuesday, February 24, 2015

Nak Kurus : Pantau Jumlah Kalori Setiap Hari

I was introduced to this application by a friend. Sangat berguna, sangat user friendly, sangat mudah dan sangat membantu. Macam biasa, kalau I yang omong-omong nak menguruskan badan ni kan memang hebat bunyinya kihkihkih! Harap maklum, insan PCOSer macam I ni memang ambil masa yang lama untuk menurunkan berat badan berlebihan yang sentiasa bergayut di seluruh anggota badan dan organ-organ dalaman.

I ada strategi sendiri lepas ni. Memantau jumlah pengambilan kalori di samping membuat aktiviti untuk membakar kalori. Melalui pembacaan, makanan berebus adalah yang paling baik untuk diet rendah kalori ini. Macam I, seorang PCOSer, ada makanan yang I boleh ambil dan ada yang I tak boleh ambil, due to high insulin level. I kena betul-betul menjaga pemakanan I, untuk mengurangkan berat badan dan TTC

Sebelum I memperkenalkan (cewah!) application yang I gunakan di smartphone ini, eloklah kiranya kita membuat sedikit research atau kajian mengenai calorie intake ini ke atas tubuh kita. Untuk diet kali ini (masih lagi mencuba, mana yang sesuai untuk I hahaha kesian kan!) antara rujukan yang I buat ialah seperti senarai di bawah ini (sila click link di bawah untuk lebih info)




I memang tengah gigih lagi mencari info dekat 3 blog di atas ni. Pesanan biasa, nak seribu daya lah kita usaha membaca semua maklumat yang diberikan, kalau taknak, memang seribu dalih la malas nak click pada link-link yang diberikan hahahaha! Oh ye, sebelum terlupa, I ada juga terjumpa Calorie List yang disediakan dalam bentuk jadual oleh SusuSejat


Ok, kalau dah selesai buat kajian dengan rujukan dan maklumat yang diberikan, inilah cara I untuk mengira jumlah kalori yang diambil dan dibakar. Bagi memudahkan proses pengiraan, silalah install application MyFitnessPal. Rupanya adalah seperti di bawah ini :

Macam ni la rupa app nya ye
Sehari banyak tu je la ye yang I boleh ambik
Mak aih! Beratnya Samani! Hahaha in 5 weeks berat gitu, sekarang????
Macam-macam ada... sila install ye :)
Bukan ini saja, dengan application ini juga kita boleh menambah makanan kita sendiri. Dengan ruangan recipes itu, bila kita masukkan saja bahan-bahan nanti kalori akan dikira keseluruhan makanan itu. Bagi goals, boleh juga dipilih untuk kurangkan berat atau maintain berat atau tambahkan berat.

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada segala kemudahan yang ada. Jangan disalahgunakan, kita buat yang baik-baik saja ok. Selamat mengira kalori!

Pengalaman Ujian DRAC 2

Ok kali ni bukan ujian multiple choice sangat ye. Itu masa DRAC 1 dah jenuh ketuk-ketuk meja sebab nak cari jawapan. Untuk Ujian DRAC 2 ni kena menulis sikit, bukan buat karangan, tapi menulis speech! Aduh, stressnya... 

Here we go again, IDB Kuala Lumpur
Nampak tak secebis insan yang nun jauh disana... He's my other half. And I'm proud of him
Rupanya ada dua hari ujian ini untuk 240 orang calon. Maklumlah, nama pun huruf S dah kebelakang, dapat la sesi terakhir. Dalam 4 sesi, kamilah yang penghabisan. Uish, kira ramai jugak tu kan. Dapat ke I nanti? Nak tunggu result tu yang nervous sangat. 
Nampak tu, tengah menghafal nombor giliran sambil tunggu turn untuk mendaftar
Oh, tak perlu hafal, bukak je senarai pendaftaran terus nampak nama tersergam indah 
Ada 2 kategori untuk ujian kali ni. Ada yang akan buat ujian Bahasa Inggeris dulu dan kumpulan I, buat Pengucapan Awam Bahasa Melayu dulu. Dalam hidup, ini kali pertama I memohon pekerjaan dan dapat sampai ke tahap ini. Exam PTD selalunya dekat ujian bertulis tu je dah kandas! Hahaha ok malunye.

Sebelum ke bilik panel, disinalah soalan akan diberikan kepada calon.
Dan disini juga tempat calon membuat persediaan selama 20 minit.
Alhamdulillah, soalan untuk Bahasa Melayu dengan yakin I dapat bercakap panjang lebar. Dengan tajuk yang menarik, apakah kelebihan di KL yang mampu menarik pelancong. Soalan dari panel pun mudah. Bagaimana KL dapat mengekalkan destinasi pelancongan yang dinamik. Phew! Menggigil jugak suara I. 

Alhamdulillah, untuk bahasa Inggeris, walaupun I tak dapat bercakap selancar mungkin dengan tajuk Negotiation, tapi berjaya jugak sampai ke conclusion. Ingat senang ke, dia bagi soalan macam tu je. Kalau diorang bagi soalan berbunyi 'online shopping' ke mampulah jugak I jawab. Muahahahaha.

Apa pun keputusan, I redha seredha redhanya. Nak lawan kuasa Allah takkan boleh. Kalau dah Kun Fa Ya Kun tu Allah sebut, maka dapatlah I jadi warga KL lepas ni. In shaa Allah. U all kalau berdoa tu selit-selit sikit nama I ek hihi secebis je. Thank you :)

Balik je terus macam weng sikit. Hahahahaha!

Monday, February 23, 2015

Tunggulah Kami di Pintu Syurga

Hari Rabu yang lepas, 18.02.2015, kami, seluruh warga Bahagian Pentadbiran & Kewangan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan berkabung dan suasana suram menyelubungi seluruh pelusuk jiwa dan raga kami. Pemergian salah seorang dari sahabat kami menemui Penciptanya telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri kami masing-masing. Sesungguhnya, ajal Allah adalah pasti, tidak pernah lewat dan tidak pernah cepat walau sesaat.

Bengkak mata auntie tengok Afeef sayang...
Kembalinya Nurul Hafeeza Binti Khazali ke rahmatullah pada waktu Subuh sangat-sangat mengejutkan kami semua. Sesungguhnya, semacam tak percaya yang Nurul dah tiada. Dengan panggilan manjanya, Gegirl, kami masih lagi teringat akan kemanjaannya, kegedikannya, cerewetnya dan gelak ketawanya. Sewaktu mengemaskan work station Nurul untuk 5S, barangnya dah diasingkan peribadinya dan alatan pejabatnya. Nurul juga dijangka akan naik semula ke pejabat selepas bercuti selama 3 bulan kerana bersalin. Tapi.... Nurul lebih dulu dijemput pulang kepada Penciptanya.... Allahuakbar! Semacam tak percaya lagi...

Nurul meninggal dua orang putera yang berusia 3 tahun dan 2 bulan yang masih menyusu badan. Nurul juga baru saja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 30 tahun dalam bulan Februari ini. Walaupun tak ada memori yang istimewa bersama Nurul, namun, pemergiannya tetap I rasai. Manakan tidak, rakan sepejabat yang bergelak ketawa bersama. Tiba-tiba pergi begitu saja. Maafkan Kak Wanie, tak sempat bagi seloyang Kek Batik pada Nurul yang memang gemarkan. Nurul cuma dapat merasai sepotong dua, itupun sewaktu sambutan hari raya yang lepas. Perkara itu masih membuatkan I ralat sampai sekarang...

Auntie tau, kau seorang anak yang kuat, walaupun kau masih tak mengerti apa-apa...
Suatu hari nanti pasti kau tau, nak, kemana ibumu. 
Semoga Zahid, Aisy dan Afeef menjadi insan-insan yang tabah dan kuat dengan kehilangan yang amat besar dalam hidup mereka ini. Aisy dan Afeef, ramai aunties disini sudi menjadi ibu kepada kamu berdua, nak. Kerana kami semua adalah kawan kepada Mummy. Datanglah, kalau ada apa-apa yang kamu berdua perlukan. 

Ya Allah, 
Kau tempatkanlah sahabat kami, Nurul di kalangan orang-orang yang beriman
Kau mudahkanlah segala urusan suami dan anak-anaknya dalam menempuh hidup yang mendatang
dan, Kau kuatkanlah hati kami, rakan sepejabatnya
Kerna, setiap kali kami melihat tempatnya, kami sedih
Tiap kali kami melihat gambarnya, hati menjadi sayu
Dah tak ada Nurul, yang sering didengari gelak tawanya
Walau dari jauh, masih terdengar suaranya
Rindu dengan panggilan 'KAKAK' kepada kami
Redhakanlah hati kami, yang masih dibuai angan-angan
Yang sepatutnya Nurul akan naik ke pejabat pada 2.3.2015 bila habis bercuti
Habis sudah, urusan Nurul di dunia
Kami akan menyusul Nurul, namun, masanya belum diketahui
Nurul akan menunggu kami, dengan senyumannya
Tenanglah kau disana... 
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah
Amin... Ya robbal 'alamin...

DALAM KENANGAN, NURUL HAFEEZA (1985-2015)

P.s. hari ini (23.2.2015) Zahid hadir ke pejabat kami untuk mengemaskan dan membawa pulang segala barang kepunyaan Nurul. Sedih dan pilu masih menyelubungi kami semua melihat kehadiran Zahid.

Afeef, kau kena kuat, nak. Jaga Daddy dan Abang Aisy bila dah besar nanti ok...
Pelihara anak ni wahai Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

KAMI di PD

Semoga hilanglah segala saka yang ada di Port Dickson dan saka yang melekat di baju biru KAMI. Alkisah, planning nak ke PD ni ceritanya dari tahun lepas. Nak bermalam la, nak bbq la, nak group photo la dan macam-macam lagi. Muahahahaha! I siap ke PD tu dengan Sayang, survey hotel murah. Tapi, saka telah menghalang KAMI.

KAMI plus plus 
Semuanya tak menjadi. Dua tarikh proposed, still, tak dapat nak sempurnakan hajat masing-masing. Mungkin semua keberatan nak tidur di PD kot. Paling mudah, buat piknik dan bbq saja. Jadi pun! Dari yang berat hati nak join, siap ada penambahan lagi! Tambah Qemal @ Babat je hihi.

Qemal yang belakang sekali tu.
I dah kata, jangan pergi pukul 4.00 pm, tengah panas berdengung. Pukul 5.00 pm just nice. Lagipun I baru habis kenduri Joe dan Lyna. Tak mungkin dapat sampai sharp jam 4.00 pm. Dah pukul 4.00 pm baru nak keluar rumah macam mana nak sharp hahahahaha. Akhirnya, berjaya jugak semua sampai jam 5.00 pm. Put lambat sikit, tapi Eyna orang last. Dan yang tak berbaju biru saka ialah Nuin, lupa ke apa tah, Put, demam dan tak kuasa nak cari baju tu, Babat pulak, memang takde baju biru tu.
KAMI - candid shot
Makanan memang best-best belaka. Maunya tak best, bila dah potluck kan... Antara tugasan pada hari tu ialah :

1. Waniesamani - Kek Batik, plastik tapau dan minyak serta serai
2. Kak Ct - kambing perap. Yummy!
3. Nuin - pinggan cawan garfu sudu plastik, tisu dan tempat bakar
4. Kecik - ayam perap dan gravy. Tak cukup cik, we want more! Hahaha
5. Reen - limau, tikar, suratkhabar lama
6. Eyna - spaghetti carbonara, puding castard 
7. Put - tit bits
8. Qemal - arang

Wow, suami I hebat lah bab mengipas hihihi 
Fairuz - Fizi - Abg Rockstar
Yang ni keje posing je la mana nak bakor-membakor kan
Semua yang turut serta memberi kerjasama yang paling baik dalam dunia. Selain makan, aktiviti paling win untuk hari itu ialah gambar lompat melompat waktu Maghrib! Best sangat. Rasa macam nak lompat lagi dua puluh kali hahahaha. Yang paling best, sebab Sayang yang snap gambor tu. Tq Sayang! Memang u layan je la bini u ni kan. Hihihi.

Amboi, Kak Maz kata I tahan napas ok
KAMI, without Nuin, with Qemal
Ceria betul wife si Hafizi tu kan?!
The boys, starring : Abg Bas - Abg Rockstar - Syah - Fairuz - Fizi
Tips untuk BBQ di Port Dickson : Kalau nak BBQ di Pantai Bagan Pinang, Batu 4, Port Dickson, ada disediakan kawasan untuk berkelah. Cuma kalau nak buat BBQ tu kena lapik supaya tak mengotori kawasan pantai dan sekitar. Jangan risau, semuanya bawah pokok. Selamat berjimba!

I love you, Sayang! Thanx for everything. Muah muah muah! Chup chup chup!
Niat nak belanja gambar lompat, tapi ada pulak makcik-makcik Arab dekat belakang tu...
Halahhhhhhhai!

Cantik Sangat Royal Blue

I berkesempatan menghadiri wedding Joe pada Ahad lepas. What I found was, warna baju pengantin cantik gila! Sesuai sangat dengan kedua pengantin. Masa nak kahwin hari tu tak terfikir langsung warna ini.

Cantik okay kaler u ols!
Bukan itu je, doorgifts pun cantik, pelamin pun cantik, photobooth pun cantik! Semuanya cantik-cantik belaka. I suka jugak tu konsep papan hitam lekat-lekat pastu lukis dengan kapur. Alaaaaa, zaman dah berubah betul eh. Sekarang lagi best rupanya.

Bunga ni kalau sejambak memang cun... 2 kuntum pun dah cun wey! Hehe
Dan yang best juga, dapat jumpa kawan-kawan lama Sayang yang mana, wife diorang tu la seronok sangat I berborak dengan diorang. Paling best jugak, dalam 2 kali jugak Sayang ajak balik lepas tu duduk balik dengan kawan-kawan dia. Hadoiiii hahahaha. Takpe, beli jiwa sikit. Lepas tu nk kena pergi piknik dengan kawan-kawan I pulak! Yahuuuuuu!

Sayang and friends. Ada ramai lagi 3 khemah dekat sana tak datang bergambar haha.
Ucapan untuk kedua pengantin, semoga dirahmati Allah untuk Joe dan isterinya, Lyna. Semoga sweet selalu, lovey dovey sampai bila-bila dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dari sisiNya. In shaa Allah, ada kelapangan kita jumpa lagi yeah. Eh, kaler baju korang cantik gila! It suits you guys well. Sayang, esok anniversary kita bersanding pakai baju kaler camtu eh hahahaha!

Dapat pun selfie dengan pengantin. Yay!

#syfz - Selesai Semuanya

Alhamdulillah. Lepas ni Boboy dan Finaz dah boleh tenangkan fikiran. Selagi tak selesai majlis perkahwinan memang akan terfikir macam-macam. Hihihi. Actually, mereka dah nikah pada bulan 12 dan majlis di sebelah perempuan dah selesai jugak. Cuma majlis sebelah lelaki yang diadakan sempena cuti Hari Wilayah. Esoknya dah dapat cuti tersepit dengan Thaipusam.

Anak-anak buah bersama Pak Teh dan Mak Teh gojes muahahahahahahaha 
I datang memang dah lambat. But not really that late, still belum ramai orang dan pengantin tak sampai lagi. Parking pun mudah lagi. Lepas balik dari event Zumba di Karnival Karangkraf 2015 terus I bergegas bersiap dan ke majlis ini pulak. Letih dan seram sejuk semuanya satu macam punya rasa. Tapi, berjaya jugak I atasi hahaha tu lah gatal pergi Zumba lagi kan dah letih :D

Berdiri sama tinggi betul la korang ni.. Melangit tingginya.
Majlis perkahwinan Boboy dan Finaz ni sangat simple dan bersederhana. Semuanya just nice. They really had good food. Tahniah kepada team caterer yang menyediakan makanan. Pantas. Belum habis makan pun diorang dah nak clear kawasan. Hihihi. Itu yang sebenarnya, tetamu yang hadir nak good food that have been prepared by good caterer. 

Kek tu selepas majlis telah dikorbankan oleh I dan Kak Lynda. Sodap!
Sayang pulak dah ditugaskan untuk jadi official photographer. Amboih, hebat sangat bunyinya, official ye. I belum edit lagi kesemua gambar. Photoshop buat hal ye. Nasib baik dapat diselesaikan. Dan I akan usahakan mengedit semua gambar sebaiknya, Chewah, macam poyo dah statement macam ni. Kepada pasangan pengantin diharap bersabor ok. Bukan pengantin je, uncles, aunties, cousins semua dah bising dekat Pak Teh ni, mano gambar ehhhh! Hahahahahaha padan muka u :D

Anak-anak buah Mak Teh lencun ye korang.. Syok la kan main dekat playground
My favorite picture of Ayish, Alya, Afan
Kitorang betul-betul lepak dekat dewan tu sampai ke titisan terakhir. Kena balik awal, sebabnya Sayang nak kerja malam. I terus balik ke rumah dan siapkan barang dan Mumu untuk dibawa balik ke Seremban semula. Segalanya telah Allah permudahkan. Sempat je Sayang nak ke pejabat. Dan Mumu pun, walaupun dia melakukan sejenis proses penyahtinjaan secara berhemah di dalam kereta, kitorang sampai ke rumah dengan selamat.
Kemain Mak Teh dengan Ayish main kiss-kiss ni haha
Daniel dan Pak Teh
Dik An, pengacau Mak Teh dengan Pak Teh nak selfie kan! Grrrrrrrr. Hahaha 
Kami the bebiras. Bersama Kak Lynda, Nad dan Adam
Alhamdulillah dan tahniah kepada pasangan pengantin dan keluarga tersayang. Juga kepada keluarga Finaz yang datang jauh dari Johor. Semoga hubungan yang terbina antara 2 keluarga ini terjalin dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat menghormati sampai ke syurga. Semoga pasangan pengantin menjadi hamba Allah yang beriman dan ibubapa yang baik kepada junior mereka kelak. In shaa Allah, ada rezeki nanti kita pergi bercuti bersama ye. Eh jadi ke ni? Hahahahahaha!

Ok bye!

Belanja la satu gambar pengantin lama. Ok bai again!

Thursday, February 5, 2015

RSVP : Nak Pergi Wedding Joe!

Alahai, dah nak kahwin kawan sorang ni. Zaman gila-gila kita dah habis, sekarang zaman mendirikan rumahtangga. Hihi pastu gila balik kot! Kalau nak gila ajak la kawan-kawan k bahahahahaha! Kami setia menanti dan menemani. 

Sebelum ni ada jugak jumpa Joe dan bakal isteri dekat KOMBES Paroi, jogging katanya. Nak fit kan badan. Ada jugak diberitahu nak kahwin, tapi belum tau lagi tarikhnya. Tiba-tiba, semalam Sayang dapat satu Whatsapp dari number yang tak save dalam contact. Its from Joe! 

Lepas dapat Whatsapp jemputan dari Joe, Sayang terus call. Cakap dengan tuan badan baru puas sikit. Menurut Joe, dia akan menikah pada hujung minggu ini dan belah lelaki akan dilangsungkan pada 15.02.2015 hari Ahad. Alhamdulillah... 

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk Joe sekeluarga dan ucapan tahniah in advance. So excited to go for the wedding to meet them, our old friends. Excited lebih jugak sebab Joe nak kahwin! Yayyy! 

Selamat menempuh alam rumahtangga untuk Joe dan bakal isteri. Berbahagialah! Walaupun adat resam rumahtangga ni ada ups and downs, tapi kita sendiri yang corakkan perkahwinan kita ni menjadi sesuatu yang indah atau sebaliknya. Kitorang doakan Joe dan bakal isteri kekal bahagia selamanya. Aminnnnn!

Kitorang bersama Joe yang belah kiri tu. Adoi, blur sungguh gambar lama ni. Ambik dari IG je hehehehehe

Fun & Fit Zumba With RAPI

One word, TAK PUAS! Huaaaaa... Senang je konsep dia kalau dengan 3 SAKA, 3 ke 4 jam pun belum tentu cukup puas. Hahaha. Actually, dalam promo dinyatakan sampai jam 10.00 am, tapi, hari kejadiannya, hanya 1 jam aje berZumba. Oklah tu, asalkan I sempat dari awal sampai ke habis. Ini je lah yang dapat mengubat hati, Nak ke Fit N9, tak dapek, sobab eh, anak buah kawen. Ku korbankan je lah... Walaupun sakit mata memandang kawan-kawan upload dekat IG dan FB.

Panas kan... nasib baik bawah bumbung hihihi
I bergerak dari Taman Melati dalam jam 7.15 am dan tiba di Jalan Sepana 15/3, Shah Alam pada jam 8.10 am. Alhamdulillah, lagi sekali, dengan bantuan Waze, tepat, cepat dan mudah untuk I sampai di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Dan paling penting, I drive sorang-sorang tau! Sayang terus ke rumah kenduri sebab nak tangkap gambar pengantin tengah bermekap. 

100 peserta mendaftar akan dapat gifts dari penganjur. I dapat jugak! Terima kasih Put sebab tolong register untuk I hihihi. Best sangat free gift tu, macam-macam ada... Kawasan depan Pentas Utama untuk Karnival Karangkraf 2015 tu adalah atas tar. Nasib baik I dah biasa atas jalan tar muahahaha. Selepas berZumba selama sejam, kitorang berjalan seround ke dalam kawasan pameran. Ok fine, buku murah-murah ala BBW jugak ni. Iman ada sedikit goyang. Tapi dapat ditahan. Pastu goyang lagi sebab nampak majalah Impiana. Tahan punya tahan, Put yang teruskan berjalan, I terus surrender.

Inilah Putt, dia slim, I tembam! Hummppph!
Serious lah, kalau ada lagi event 3 SAKA baik u all join, baru tau kehangatannya dan betapa bestnya diorang bertiga. Dan baru akan mengucap panjang. Hihihi! Sebab tu lah I berani cakap, tak cukup langsung sejam dengan diorang. Atas jalan tar pun orang sebat jugak. Macam tak de apa dah rasa jalan tar tu. Panas pun, silai-silau mata tu usahakan jugak nak follow steps hahaha extreme betul penerangan I ni kan. Dah-dah tak mau up lebih-lebih, go and join them. Tak tau choreography? Holoh, I ni pun tercangak-cangak jugak wey! Tapi bedal, macam biasa.... Hahaha.

Gambar buku murah-murah takde, ini je yang ada. Ini masa dah habis Zumba ye... Yang tinggi-tinggi atas stage tu model Majalah Rapi :) Wahhhhhh!
Later that day, I pulang ke Taman Melati dibantu dengan Waze jugak. Ada polis dihadapan katanya, memang ada. Nasib baik tak kena 'tembak' hahaha. Alhamdulillah...

RSVP : Ujian DRAC 2

Alhamdulillah. Dapat teruskan lagi perjuangan dalam usaha nak mendapatkan jawatan di DBKL. I pun sebenarnya tak sangka boleh lepas Ujian DRAC 1 yang diadakan pada tahun lepas. Calon pun ada lebih kurang 800 orang... 

Hari Isnin lepas baru I dapat surat panggilan untuk ke ujian seterusnya. Nervous nya bukan main. The test consist of Public Speaking. Allah... Dah lama tak buat presentation, harap lidah ni masih lancar menyebutnya. I dah nekad, nak beli suratkhabar berbahasa Inggeris sahaja. In case of they ask me to present on any current issues. I hope I can speak well.

I pun tak berapa faham maksud surat yang berkenaan dengan 'analitikal' dan 'persembahan' tu. Adakah calon akan berlakon berada dalam mesyuarat ke macam mana? Kalau masa ambik MUET dulu memang ada grouping punya presentation. Dapat situation dan bercakap. Dah macam-macam dalam otak ni. Nervous punyalah tebal... 

In shaa Allah, berkemungkinan besar Sayang lagi akan setia menjadi peneman I. Untuk calon lain, jangan lupa satu perkara, kita yang perempuan ni kena pakai kasut hitam tau, kot terlupa, cuma secebis reminder. Apa pun, good luck untuk semua yang terlibat. And me too!


Doakan I dapat ke peringkat temuduga pulak ye :)