|
Belanja satu gambor lompat |
29/05/2015 (HARI JUMAAT)
Perjalanan bermula jam 10.00 am dari Seremban.
Of course la lepas breakfast, kena isi tank dulu haha. Sodap eh la pulak
breakfast dekat N
asi Lemak Pinggiran, pekena
Nasi Lemak Rendang Ayam perghhhh! Ok itu
review lain kali. Hehehehe.
Dari Seremban, kami semua ikut jalan
Kuala Pilah - Batu Kikir - Jempol - Keratong - Muadzam dan naik ke
Lebuhraya Pantai Timur melalui
Tol Gambang. Lenguh jugak duduk saja dalam kereta. Macam-macam tempat jumpa, macam-macam cuaca jugak kami redah. Tak makan tengahari pun. Mengejar masa untuk sampai ke Kelantan dengan sesegera yang mungkin. Alhamdulillah, kami tiba di Kota Bharu lebih kurang jam 5.00 pm dan terus ke
Pantai Cahaya Bulan untuk makan. Meriah! Dengan ramainya orang, kerana hari Jumaat adalah hari cuti hujung bagi Negeri Kelantan. Macam biasa, Mama ada je perancangan nak beli macam-macam keperluan di Mydin sebelum pulang ke
homestay yang terletak di
Mukim Chicha, Kubang Kerian.
|
PCB at night |
Seronok sangat dapat berjalan ke
Pantai Cahaya Bulan, dan melihat-lihat sekitar Kota Bharu. Rasa macam tempat baru walaupun sesetengah orang kata sama je macam tempat lain lebih kurang... Bagi I, setiap tempat berbeza sangat bangunannya, budayanya, loghatnya, makanannya dan yang penting, rasa yang kita sendiri alami sewaktu di sesuatu tempat atau lokasi. Yang teringin sangat I nak lalukan ialah bersolat di salah sebuah masjid di Kelantan, takde rezeki...
|
The Deans |
|
Gulp! Cucuk-cucuk sedap! |
Hati meronta-ronta nak berjalan lagi tapi kena rehat jugak. Esoknya ada majlis pernikahan dan persandingan Yop D. Simpan rasa tu, esok lepas majlis akan dimudahkan urusan I nak berjalan hihihi. Macam-macam dah dalam kepala ni nak fikir sana sini. Kalau ikut hatiiiiiiii, Perhentiannnn tungguuuuu! Hahaha!
Kami sampai di
homestay lebih kurang jam 9.30 pm dan tak terus tidur tau! Lepas mandi, masukkan telur dalam kantung bunga pahar. Dah selesai baru lah dapat meluruskan badan dan tidur nyenyak. Silap haribulan, pukul 12 tengahari pun boleh bangun ni
30/05/2015 (HARI SABTU)
Aktiviti pada hari ini penuh dengan upacara perkahwinan sepupu kami. Sehinggalah tepat jam 3.00 pm kami keluar untuk menghantar Kak Yong dan Along ke lapangan terbang. Dapat jugaklah tengok bandar
Kota Bharu sikit. Itu pun, laju bebenor Sayang
drive! Nak kejar masa hehehehe. Merasa jugak tengok pemandangan di
Pengkalan Chepa. Kami terus bergegas semula ke
Pasar Siti Khadijah. Takut tutup. Dapat beli semua kiriman dari Seremban. Alhamdulillah.
Best tempatnya sebab cantik dan
colorful. Hihihi nama pun Samani. Memang suka
colorful ni!
|
nampak tak ada si comel disitu hehehehe |
|
Sama-sama deh! |
Selepas satu pusingan di
Pasar Siti Khadijah, niat tu memang nak balik. Sekali, terserempak dengan
Fayzal (sepupu kepada Sayang) dan bakal isterinya yang sedang membelek-belek buah sama macam kami. Haih! Memang tak disangka. Sememangnya Fayzal juga akan bernikah dengan orang
Pasir Mas, keesokan harinya. Selepas bergelak ketawa, niat nak pergi pulak ke McDonald's nak beli kiriman dari Acu sekeluarga, jumpa pulak kawan sekerja Sayang! Pun kami terkejut jugak. Hahhahahahaha!
|
Fayzal dan Lina :) |
Lepas pulang dari membeli itu ini, malamnya Mama dah
booked Adik dan Ayah untuk ke
Wakaf Che Yeh. Berhimpit dalam satu kereta untuk ke sana. Sempit! Haha. Ada jugak perkara yang berkenan di hati, tapi tak kesampaian nak membeli. Rasa membazir.
Last-last, antara kami berlima, yang
shopping ialah Sayang. Kami yang lain pandang jeeeeee. Huaaaaa! Dekat jam 11.00 malam, kami bergerak pulang. Jauh lagi perjalanan kami esok....
31/05/2015 (HARI AHAD)
Kami pulang ke Seremban pada hari Ahad. Itupun lepas berjalan sakan di Terengganu. Terasa hidup sangat dapat tengok laut
Pantai Timur. Geram! Kalau tak fikirkan Mumu dekat rumah, kalau tak fikir kena kerja esoknya tu, mungkin dah sampai dekat
Pulau Perhentian kotttt. Pagi itu, kami keluar awal, jam 8.00 am untuk terus menikmati sarapan
Nasi Dagang dan kami berjaya jumpa. Sedapnya.... Barulah lengkap kan perjalanan ke Kelantan hehehe.
|
Wow! U ada kedai dekat sini ye? |
Kami meneruskan perjalanan ke
Kuala Terengganu. Terus ke
Pasar Payang. Punyalah panas berdengung. Dekat situ ramai yang baru naik ke jeti dari pulau. Masing-masing kulit
tanned. Jeles! Kan
Pasar Payang bersebelahan dengan
Jeti Syahbandar dan
Hentian Bas Kuala Terengganu. Jadinya, dekat situ memang ramai pelancong dan agak sesak sedikit. Lagi pun, hari Ahad ialah hari bekerja. Nak bagitau ni, I dapat beli jubah dekat
Pasar Payang. Hehehehe teringin!
|
Terengganu! |
Dah tak tahan panas, Mama ajak balik dah. Destinasi seterusnya ialah singgah makan tengahari pada jam 3.30 petang di
Pantai Batu Buruk. Takde buruk mana, cantiklah hehe. I sukaaaaaaaaa
posing melompat ok! Adik pun melayan, suami pun melayan.
Thanx korang. Hehehehehehe.
I have to admit, memang panas cuaca. Baik sangat, memang
best kalau dapat masuk laut mesti
clear dapat tengok ikan berenang-renang.
|
Laut! Rindunya... |
|
My father :) I love you! |
|
Payung lagi satu gambo lompat. Rasa ringan diriku ni... awwww! |
Lepas
Pantai Batu Buruk, kami bertolak pulang ke Seremban. Alhamdulillah, ikut jalan yang sama macam masa pergi. Takde kejadian yang tak diingini. Syukur Allah bantu mudahkan. Kami sampai di Seremban dalam jam 9.45 pm dan.... I dan Sayang terus ke
Kuala Lumpur untuk ambik baju dari Kecik di
Locast Garcia Downtown Cheras! Gilalah! Ini memang kerja gila...
At last, kami sampai semula di rumah Ayah dan Mama pada jam lebih kurang 2.30 am. Ngantuk!
Sepanjang perjalanan kami, terima kasih kepada aplikasi
Waze yang tak pernah menghampakan. Tepat dan mudah. Kami berjaya sampai di semua destinasi dengan selamat.
|
Hai Mumu baby! Kesian dia time ni dia dah kurus dan mula sakit-sakit... Now dah ok. Alhamdulillah... Samani won't leave you alone, again. Samani regret sangat.... Sedih... |