Nuffnang Ads

Friday, June 26, 2015

#eddiedahliawedding

Alhamdulillah... Everything went well :) Tak sangka, my beloved cousin, Yop D dah pun ade isteri hehehehe. Majlis yang serba dan sangat ringkas. Memang betul-betul mengutamakan yang wajib sahaja. Selamat sudah keduanya bergelar suami isteri. Tak perlu fikir benda yang complicated. Lengkap juga semuanya. Dengan pengantin, pelamin dan hantaran yang cantik, ada khemah tetamu dan jamuan makan, ada photo-booth dan juga ada jurugambar. Apa lagi kesempurnaan yang kita idamkan?
Eddie & Dahlia
Ini pertama kali I sampai di Kota Bharu, Kelantan. Suasana yang berbeza daripada di Seremban dan Kuala Lumpur. Semua kedai bertulisan jawi. Syukur, Allah izinkan I sampai dan menjejakkan kaki ke Negeri Kelantan. Seperti yang dirancang, kami memulakan perjalanan pada hari Jumaat pagi. Sampai saja kami di Kota Bharu, kami sekeluarga terus ke homestay yang terletak di Mukim Chicha, Kubang Kerian. 5 minit sahaja berjalan dari homestay kami ke rumah pengantin. Senang sangat.

Pasangan pengantin ini dinikahkan di masjid pada pagi Sabtu, 30/5/2015 dan mereka selamat bergelar suami isteri pada lebih kurang jam 10.00 am. Pertama kali I dengar lafaz akad yang ringkas dan sampai maksudnya. Alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusan pernikahan pasangan ini. Suasana sedih menyelubungi kami sekeluarga melihat Eddie dan Dahlia menjadi pasangan suami isteri. Semoga Allah sentiasa pelihara mereka berdua, in shaa Allah.
Our rombongan for akad nikah
Alhamdulillah... Allah permudahkan semuanya
Dahlia memeluk ibu martuanya hehehe
Hoyohhhh, anak ibu!
Selesai upacara akad nikah, kami pulang ke homestay untuk menyiapkan Eddie untuk majlis persandingan dan makan beradap. Nasib baik ada suamiku encik pak andam yang meyarungkan samping dan menguruskan pakai pengantin. Dalam jam 12.15 pm kami berarak ke rumah pengantin perempuan. Ada beberapa orang kawan baik dan kawan sekerja Eddie pun turut mengiringi menjadikan kami semua lebih kurang dalam 25 ke 30 orang dalam rombongan pengantin lelaki.

Yang, kita buat bisnes andaman plak lepas ni
Tibanya di rumah pengantin perempuan, pasangan dijemput duduk di atas pelamin yang sangat cantik dan semua keluarga serta sahabat handai mengambil peluang untuk bergambar bersama. Sebak lagi tengok dah besor Yop D kami..... Selepas acara bergambar, kami semua dijemut ke khemah untuk makan. Alhamdulillah, syukur, dapat makan sebab pagi tu memang I tak breakfast. Selepas selesai semuanya, kami terus pulang ke homestay dan merehatkan badan masing-masing sebelum keluar ke Pasar Siti Khadijah untuk melapangkan mata. Ammmboiihhh!

Red carpet u ols!
Selesai sudah upacara pernikahan dan majlis persandingan Eddie dan Dahlia. Semoga keduanya menjadi pelengkap diantara satu sama lain. Semoga keduanya dilimpahi rezeki Allah dan semoga dipelihara hubungan kasih sayang mereka berdua. Semoga dikuatkan juga iman mereka masing-masing. I memang fail sikit kalo bab-bab ucapan ni takut sangat la nanti terbarai airmata, nama pun hati Hello Kitty. Hehehehehehehhe!

Saat ni paling touching bila Mama nanges Samani pun nanges huaaaa!
Ok, tu je. Layan sikit gambor ye. Abaikan ketembaman minah baju kaler krim tu. Sekian.

The Lailis + Apai hehehee
Samani - Acu Nen - Mama - Anyah
Ritual wajib, selfie dengan pengantin
Cousin-cousin Eddie ade 3 helai ni je yang cantik turun padang hahahaha
The Nonens
Pengantin with Aunty Dina, Dadang, Nyanyah, Acu Nen
P.s. I dah berdebor, sebab lepas ni Adik!

No comments:

Post a Comment